KOS OPERATION KERAJAAN VS SWASTA
Sebelum ena lanjutkan prosedur rawatan di Hospital Kerajaan, terlebih dahulu ena nak kongsikan sejarah 2 kali pembedahan dan juga 2 kali banding. Ini pengalaman ena sendiri mengikut rawatan daripada 2013 sehingga 2016. Masa zaman ena operation paling terbaru menggunakan rawatan "Stapler". Tapi kini dengarnya dah ada rawatan "Laser" lebih cepat dalam masa 30 minit. So tak pasti harganya. Rasa di Hospital swasta je ada.
Macam kes ena ni memang tak banyak budget hanya menggunakan kos bawah RM2000. Kalau nak pergi swasta kena standby RM8000 masa ena pergi sendiri Columbia Asia Hospital Melaka atas saranan doktor klinik panel. Jadi kalau korang takde budget besar macam ena ni boleh ikuti prosedur rawatan di bawah. Sebab masa ena pergi rawatan susulan tahun 2019, doktor cakap harga masih sama RM16++
Apa itu buasir?
Kredit to MyHealthKKM
Buasir adalah salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur. Ia akan membawa masalah apabila ianya menjadi radang atau bengkak. Buasir boleh diklasifikasikan kepada dua bergantung kepada lokasinya iaitu buasir luaran atau buasir dalaman. Kedua-dua ini mempunyai simptom dan masalah yang berbeza.
Buasir dalaman merupakan salur darah vena yang bengkak di lapisan dalam rektum terasa seperti unjuran yang terkeluar dari dubur selepas membuang air besar. Unjuran ini mungkin hilang sendiri atau ada juga yang perlu menolak balik unjuran ini ke dalam.
Buasir luaran pula merupakan salur darah vena di bahagian bawah kulit luar dari dubur. Kesakitan yang dirasai seseorang itu mungkin berbeza. Ada orang yang mungkin merasa sedikit tidak selesa, tetapi ada juga yang merasa panas atau amat pedih. Sakit yang kuat mungkin berlaku akibat salur darah yang tersumbat oleh darah beku.
SEJARAH BUASIR KETIKA HAMIL DAN SELEPAS BERSALIN
Ena mula mendapatkan rawatan daripada SOPD (Klinik Pembedahan AM) selepas kena sakit buasir dalam dan terkeluar ketika sembelit. Pergi Emergency dan dapat surat untuk rawatan susulan klinik SOPD. Pada 13 September 2013 ena hanya alami buasir dalaman (Internal Hemorrhoids) pada jam 3, 7 dan 11 bermakna ada 3 bengkak buasir di dalam dubur. Masa ni tak berapa teruk sebab masih di dalam. kalau terkeluar pon boleh tolak ke dalam. Jadi sepanjang checkup setiap 3 bulan sekali hanya buat pemeriksaan dalam dan dibekalkan ubat-ubatan. Puncanya ena selalu sembelit. Tak pasti kenapa walaupun ena banyak minum air pon tetap sembelit. Kadang 3 hingga 4 hari baru boleh membuang.
Pembedahan membuang "Thrombosis"
Bayangkan lah masa tu kerja lagi office hour memang kena duduk depan PC dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Dalam keadaan mengandung dan sembelit makan ubat tambah darah, buasir semakin teruk. Terpaksa ambil cuti tanpa gaji.
Paling kritikal bila usia kandungan dah masuk 37 minggu perut semakin berat menolak buasir keluar. Silap ena asyik masukkan buasir ke dalam sampai tahap kena "THROMBOSIS" (Darah beku). Sakit dia setiap saat macam nak mati !!! Emergency ke Hospital Pontian doktor tengok dah jadi darah beku warna biru. Emergency naik ambulans terus hantar ke HSA (Hospital Sultanah Aminah), Johor Bahru.
Pada 27/8/15 sejarah yang tidak akan ku lupakan kena "Thrombosis". Ye... nampak tak perut ena dah sarat 37 minggu. Ena jalani pembedahan emergency bukan untuk keluarkan baby, tapi nak buang darah beku pada buasir tersebut.
Sakit dia bukan kepalang. Hanya mampu tarik besi katil sambil meraung. Ena tak dibenarkan makan ubat tahan sakit demi keselamatan baby dalam perut. Semua nurse kasihankan ena tapi apakan daya, diorang takut ena overdose dan mengancam nyawa baby..
Mak yang teman hanya mampu menangis sepanjang masa melihat ena yang macam orang nak putus nyawa. Ena tak boleh tidur sebab sakitnya 24jam setiap saat. Kalau korang nak tahu ena tak boleh di bius ketika pembedahan. Kalau bius fikirkan nyawa anak dalam perut. Jadi korang boleh bayangkan tak ena menjerit kena potong ????? Sakit wehhhh. Hanya mampu genggam tangan nurse sekeliling ena. Masa tu ena fikir nak mati je. Sebab terlampau tak kuat nak tanggung sakit.
Selepas pembedahan, doktor masih tahan ena di wad untuk pantau jika ena akan contraction awal bersalin. Tapi setelah 3 hari takde rasa keluar tanda, jadi ena dibenarkan pulang. Yang paling sadis harini ena pulang, esoknya ena bersalin di Hospital Pontian. Tak sempat bontot nak baik, terjadi semula. Bersalin normal dengan masa yang tak dijangka. Jam 1 pagi masuk labour room dan jam 2 pagi ena selamat bersalinkan anak sulung. Masa ni dah tak sakit contraction mungkin sebab dah lalui sakit Thrombosis yang lagi dahsyat.
Rawatan secara "Rubber Band Ligation" untuk buasir dalaman
Pada 24/11/15 ena mengalami External Hemorrhoids skin tag (Buasir Luaran) kesan daripada meneran keluarkan baby secara normal. Yelah masa tu tak sangka bersalin awal 37 minggu dan Hospital Pontian memang takde operation. Nak pula tiba-tiba ena pecah ketuban dan bersalin cepat memang tak sempat nak pergi HSA. Jadi buasir ena berulang lagi teruk dah jadi saiz 50 sen di luar. Bila ena naik bekerja still tak mampu nak duduk lama asyik MC dan akhirnya cuti lagi tanpa gaji.
Doktor Pakar SOPD tetapkan rawatan secara "Rubber band ligation" untuk buasir dalam dulu. Kiranya doktor inform kita try rawatan ni dulu menjadi atau tidak. Jika tak baik baru kita akan lakukan pembedahan besar. Rawatan ini hanya dilakukan dalam klinik SOPD dan ini adalah sangat ringkas dimana gelung getah yang kecil dipasang dipangkal buasir menyebabkan aliran darah ke kawasan tersebut terhenti dan buasir tersebut mengecut. Kira dalam bilik kecil tu doktor just ikat getah sambil ena menonggeng tak perlu bius. Masa buat tu takdelah sakit pon. Macam kena gigit semut tapiiiiii malam tu start lah kesakitan dia dimana tempat kena ikat tu berdenyut-denyut sebab getah tu fungsinya untuk berhentikan aliran darah. Ambil masa 2 - 3 hari jugak sakit terbaring kat rumah. Bila darah tak mengalir, maka jadilah kulit mati dan akan jatuh sama semasa kita membuang air besar. Risiko dia 50-50 mungkin jadi atau pun getah terlepas. Nak tahu jadi ke tidak doktor akan periksa semula untuk next checkup.
Pada 22/3/16 doktor buat rawatan "Rubber band ligation" pada bahagian (Jam 3) & kali kedua "Rubber band ligation" pada 17/5/16. Dan akhirnya tak berjaya juga dan doktor keluarkan surat rujukan untuk ena jalani operation di HSA, JB. Masa tu dekat Muar belum ada lagi rawatan ini.
Pembedahan ‘stapler hemmorhoidectomy’ membuang pembuluh darah yang bengkak
Ambil masa lama juga taw nak tunggu turn. Cuma sebab ena dapat surat rujukan Hospital Muar jadi dapatlah proses awal sedikit. Masa ni Sumayyah dah hampir setahun. Lama kan ena tanggung derita buasir. Sebabtu dulu ena kurus, kena jaga pantang makan. Jadi suami kena standby RM1650 kos beli alatan untuk rawatan PPH ni daripada syarikat B.Braun Medical Supplies Sdn.Bhd. Ada juga yang berharga RM1800 seorang pesakit China sebelah katil ena. So bergantung pada brand.
Selepas itu suami kena isi Borang Permohonan Kiriman Wang. Jadi bawa lah cash RM1650.00
Ni contoh cek daripada bank. Suami ada Surat Akuan Jabatan (GL) bagi kakitangan kerajaan. Jadi kami keluar duit dahulu, kemudian claim semula. Itu pon duit dapat selepas setahun. Haaa.. di bawah ni lah panggil "Stapler". Bila tengok depan mata memang besar dan panjang. seram taw.
Procedure for Prolapse and Haemorrhoids (PPH)
Rawatan melalui kaedah PPH menggunakan sejenis alat pakai buang seperti pengokot berbentuk bulatan yang mengikat dan memotong buasir. PPH dilakukan dengan menarik buasir yang terkeluar kembali ke kedudukan asal, kemudiannya membuang mukosa prolaps rektal dan menyebabkan buasir yang bengkak mengecut.
Sebelum rawatan, ena kena puasa dulu. Huishh nervous nak masuk bilik bedah. Kena bius separuh badan. Memang terasa perut di goncang-goncang masa doktor tengah buat operation. Kena cover dari perut sampai ke bawah jadi takde lah ena tengok apa dia buat. Rasanya 1 jam juga dalam tu.
Selepas operation. Sumpah tak larat nak bangun, Kesan dia selepas di bius ena muntah-muntah je kepala pening. Masa pergi toilet pon pendarahan tak banyak. Kira terkawal. Lepastu nurse akan bawa ke toilet untuk buat tangas. Dia sediakan besen yang di isi air panas lepastu kenalah berdiri sambil rendahkan lutut selama 10 minit supaya wap panas tu membantu mengecutkan buasir. Bagi ena amil masa 6 bulan juga nak betul-betul sihat sebenarnya. Bukan terbaring lah maksudnya elakkan travel jauh, elakkan makan pedas dan keras dan juga elakkan angkat berat. Sebab sepanjang 6 bulan pertama selepas operation tu ada juga ena tak jaga mesti jadi balik bengkak. Jadi biarlah pantang betul-betul kalau nak sihat lama.
Ena dinasihatkan untuk mengandung jarak selama 5 tahun. Sebabtu Sumayyah dan Safiyyah jarak jauh. Sumayyah tahun 2015 dan Safiyyah tahun 2020. Jadi jangan suruh ena beranak banyak. Trauma taw kena buasir selepas meneran!!
Sekarang???? yaa..still kena semula tapi tak teruk macam dulu. Kalau diikutkan masa mengandungkan Safiyyah, ena kena pergi set date dengan SOPD dan O & G (Jabatan Obstetrik dan Ginekologi) untuk bersalin secara caesarean tapi tak sempat operation terberanak awal juga 38 minggu. Hahahaha. memang 2 2 anak bersalin awal. Keluar secara normal dan jadi buasir semula tapi saiz 5 sen jela. Dan sampai sekarang ena tak berani p checkup SOPD sebab takut kena operation semula.huwaaaaa.. trauma taw masuk bilik bedah tu. tunggu lah ena bersedia jumpa semula.
Rawatan buasir di rumah
Diingatkan rawatan ni untuk tahap 1 yang tak berapa teruk dan takde pendarahan. Doktor yang ajar ena buat di rumah sendiri. So far ini lah yang ena lakukan bila ter sembelit dan pedih. Lepas membuang tu ena akan cari besen.
Ambil satu besen bulat yang muat direndam punggung. Letakkan air suam yang tidak berapa sejuk. Kira agak-agak korang tahan panaslah sebab nak rendam lama. Macam ena rasa guna tangan dulu. Tahap yang tangan boleh tahan kepanasan level mana. Haa lepastu tambah lah garam sikit. Then rendamlah punggung sampai dah kebas tu. Yang ni mula-mula memang lah pedih tapi lepas je keluarkan punggung memang hilang sakit tu. Dah 4 tahun ena buat camni.
Minyak belut dari Bidan Mak Esah. Yang ni pon ena suka sebab selepas je membuang kalau sakit ena akan sapu dengan minyak belut. Susah nak dapat ni. Dari Benut, Pontian. Firstly sapu memang merenyam gatal kat dubur dan sakit. Tapi untuk sehari dua je. Lepastu dah tak sakit. Memang bagus guna masa pantang. Menangis juga malam sebab pedih tapi berkesan kecutkan buasir. Nak order boleh rojer ena. InsyaAllah ena bantu dapatkan.
Selain itu, ada juga alternatif lain yang korang boleh cuba. Disini ena kongsikan cara merawatnya.
Tips merawat >>> Ubat buasir dan cara merawat buasir dengan cepat
Diharap kisah ni dapat membantu korang bagaimana nak dapatkan rawatan di Hospital dan simpanlah duit mane lah tahu kalau nak buat operation ni. Bagi ena berbaloi buat kalau dah sampai tahap 4 macam ena ni. Sebab ena muda dan ada anak kecil nak kena jaga. Kalau fikir kan sakit dan takut sampai bila-bila ena tak berani nak ke depan. Sekian.......
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH CONTACT ENA : 012-3942251
71 Comments
Suami saya dulu pun pernah kena buasir tapi tahap boleh tolak semula ke dalam la.. xde la smpai operation..
Jaga makan/minum dan kesihatan selalu yer..
Xpenah buat apa2 rawatan, just mkn ubat dr senseng cina, ubat sapu dan ubat buasir dr farmasi.
Klau ter sembelit.. Ya Allah azabnyaaa😭😭😭
Ingat nk buat jgk operate..ok x?
Apapun, Terima kasih ena share info, huhu..
Tp tu lah sampai bila nk CM ni, nikmat MKN pun hilang, MKN ot DN Nestum je,.. ada solutions tak kak eja UTK masalah saya, sbb 44 hari melahirkan juga bby besar tu yg terkeluar
Kos buang buasir dia 11k di hosp columbia, 3 hari warded.
Bius separuh bdn ..masa operation dlm 20 minit..lps operation masuk bilik n rest..mlm rasa sakit sbb ubat bius dah habis..nurse dtg cucuk and lepas tu tidur
Hari ke 2 sy dah boleh berjln ke kaunter byrn utk byr sblm balik...bapa mertua dtg ambil sy
Hari ke 3 or ke 4 ..sy dh lupa..sy dah drive kereta ke hospital utk doktor check balik..doktor puji..dr india..ckp wah kita sgt happy u cepat recover..rasa terhutang budi dgn doktor tu
Tahun-tahun mendatang kehidupan sgt baik sbb buasir telah tiada..jujurnya mmg masih ada tapi sikit sgt itupun sbb sembelit atau cirit birit
Buasir boleh dtg balik klu selalu sembelit dan sy bersedia utk operate lagi sbb ikutkan buasir ni minor surgery..pengalaman sy tak sampai seminggu dah spt sediakala..mungkin sbb masa tu muda
Sy berpendapat klu tak operate buasir tak hilang..tu sy pilih operate masa tahun 2006
Bbrp tahun slps sy operate mak mertua sy juga operate buasir dgn doktor yg sama..juga baik sepenuhnya
Mmg takut nak operate tapi sy fikir nak buat jgk sbb hasil bacaan didapati yg bt operate akan lebih baik dari menunggu-nunggu