Prosedur dan Kos Pembedahan Buasir @ Hemorrhoid di Hospital Kerajaan

KOS OPERATION KERAJAAN VS SWASTA

Sebelum ena lanjutkan prosedur rawatan di Hospital Kerajaan, terlebih dahulu ena nak kongsikan sejarah 2 kali pembedahan dan juga 2 kali banding. Ini pengalaman ena sendiri mengikut rawatan daripada 2013 sehingga 2016. Masa zaman ena operation paling terbaru menggunakan rawatan "Stapler". Tapi kini dengarnya dah ada rawatan "Laser" lebih cepat dalam masa 30 minit. So tak pasti harganya. Rasa di Hospital swasta je ada.

Macam kes ena ni memang tak banyak budget hanya menggunakan kos bawah RM2000. Kalau nak pergi swasta kena standby RM8000 masa ena pergi sendiri Columbia Asia Hospital Melaka atas saranan doktor klinik panel. Jadi kalau korang takde budget besar macam ena ni boleh ikuti prosedur rawatan di bawah. Sebab masa ena pergi rawatan susulan tahun 2019, doktor cakap harga masih sama RM16++

Apa itu buasir? 

Kredit to MyHealthKKM

Buasir adalah salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur. Ia akan membawa masalah apabila ianya menjadi radang atau bengkak. Buasir boleh diklasifikasikan kepada dua bergantung kepada lokasinya iaitu buasir luaran atau buasir dalaman. Kedua-dua ini mempunyai simptom dan masalah yang berbeza.

Buasir dalaman merupakan salur darah vena yang bengkak di lapisan dalam rektum terasa seperti unjuran yang terkeluar dari dubur selepas membuang air besar. Unjuran ini mungkin hilang sendiri atau ada juga yang perlu menolak balik unjuran ini ke dalam.

Buasir luaran pula merupakan salur darah vena di bahagian bawah kulit luar dari dubur. Kesakitan yang dirasai seseorang itu mungkin berbeza. Ada orang yang mungkin merasa sedikit tidak selesa, tetapi ada juga yang merasa panas atau amat pedih. Sakit yang kuat mungkin berlaku akibat salur darah yang tersumbat oleh darah beku.

SEJARAH BUASIR KETIKA HAMIL DAN SELEPAS BERSALIN

Ena mula mendapatkan rawatan daripada SOPD (Klinik Pembedahan AM) selepas kena sakit buasir dalam dan terkeluar ketika sembelit. Pergi Emergency dan dapat surat untuk rawatan susulan klinik SOPD. Pada 13 September 2013 ena hanya alami buasir dalaman (Internal Hemorrhoids) pada jam 3, 7 dan 11 bermakna ada 3 bengkak buasir di dalam dubur. Masa ni tak berapa teruk sebab masih di dalam. kalau terkeluar pon boleh tolak ke dalam. Jadi sepanjang checkup setiap 3 bulan sekali hanya buat pemeriksaan dalam dan dibekalkan ubat-ubatan. Puncanya ena selalu sembelit. Tak pasti kenapa walaupun ena banyak minum air pon tetap sembelit. Kadang 3 hingga 4 hari baru boleh membuang.

Pembedahan membuang "Thrombosis"

Bayangkan lah masa tu kerja lagi office hour memang kena duduk depan PC dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Dalam keadaan mengandung dan sembelit makan ubat tambah darah, buasir semakin teruk. Terpaksa ambil cuti tanpa gaji. 

Paling kritikal bila usia kandungan dah masuk 37 minggu perut semakin berat menolak buasir keluar. Silap ena asyik masukkan buasir ke dalam sampai tahap kena "THROMBOSIS" (Darah beku). Sakit dia setiap saat macam nak mati !!! Emergency ke Hospital Pontian doktor tengok dah jadi darah beku warna biru. Emergency naik ambulans terus hantar ke HSA (Hospital Sultanah Aminah), Johor Bahru.


Pada 27/8/15 sejarah yang tidak akan ku lupakan kena "Thrombosis". Ye... nampak tak perut ena dah sarat 37 minggu. Ena jalani pembedahan emergency bukan untuk keluarkan baby, tapi nak buang darah beku pada buasir tersebut. 

Sakit dia bukan kepalang. Hanya mampu tarik besi katil sambil meraung. Ena tak dibenarkan makan ubat tahan sakit demi keselamatan baby dalam perut. Semua nurse kasihankan ena tapi apakan daya, diorang takut ena overdose dan mengancam nyawa baby.. 

Mak yang teman hanya mampu menangis sepanjang masa melihat ena yang macam orang nak putus nyawa. Ena tak boleh tidur sebab sakitnya 24jam setiap saat. Kalau korang nak tahu ena tak boleh di bius ketika pembedahan. Kalau bius fikirkan nyawa anak dalam perut. Jadi korang boleh bayangkan tak ena menjerit kena potong ????? Sakit wehhhh. Hanya mampu genggam tangan nurse sekeliling ena. Masa tu ena fikir nak mati je. Sebab terlampau tak kuat nak tanggung sakit. 

Selepas pembedahan, doktor masih tahan ena di wad untuk pantau jika ena akan contraction awal bersalin. Tapi setelah 3 hari takde rasa keluar tanda, jadi ena dibenarkan pulang. Yang paling sadis harini ena pulang, esoknya ena bersalin di Hospital Pontian. Tak sempat bontot nak baik, terjadi semula. Bersalin normal dengan masa yang tak dijangka. Jam 1 pagi masuk labour room dan jam 2 pagi ena selamat bersalinkan anak sulung. Masa ni dah tak sakit contraction mungkin sebab dah lalui sakit Thrombosis yang lagi dahsyat.

Rawatan secara "Rubber Band Ligation" untuk buasir dalaman


Pada 24/11/15 ena mengalami External Hemorrhoids skin tag (Buasir Luaran) kesan daripada meneran keluarkan baby secara normal. Yelah masa tu tak sangka bersalin awal 37 minggu dan Hospital Pontian memang takde operation. Nak pula tiba-tiba ena pecah ketuban dan bersalin cepat memang tak sempat nak pergi HSA. Jadi buasir ena berulang lagi teruk dah jadi saiz 50 sen di luar. Bila ena naik bekerja still tak mampu nak duduk lama asyik MC dan akhirnya cuti lagi tanpa gaji. 

Doktor Pakar SOPD tetapkan rawatan secara "Rubber band ligation" untuk buasir dalam dulu. Kiranya doktor inform kita try rawatan ni dulu menjadi atau tidak. Jika tak baik baru kita akan lakukan pembedahan besar. Rawatan ini hanya dilakukan dalam klinik SOPD dan ini adalah sangat ringkas dimana gelung getah yang kecil dipasang dipangkal buasir menyebabkan aliran darah ke kawasan tersebut terhenti dan buasir tersebut mengecut. Kira dalam bilik kecil tu doktor just ikat getah sambil ena menonggeng tak perlu bius. Masa buat tu takdelah sakit pon. Macam kena gigit semut tapiiiiii malam tu start lah kesakitan dia dimana tempat kena ikat tu berdenyut-denyut sebab getah tu fungsinya untuk berhentikan aliran darah. Ambil masa 2 - 3 hari jugak sakit terbaring kat rumah. Bila darah tak mengalir, maka jadilah kulit mati dan akan jatuh sama semasa kita membuang air besar. Risiko dia 50-50 mungkin jadi atau pun getah terlepas. Nak tahu jadi ke tidak doktor akan periksa semula untuk next checkup.

Pada 22/3/16 doktor buat rawatan "Rubber band ligation" pada bahagian (Jam 3) & kali kedua "Rubber band ligation" pada 17/5/16. Dan akhirnya tak berjaya juga dan doktor keluarkan surat rujukan untuk ena jalani operation di HSA, JB. Masa tu dekat Muar belum ada lagi rawatan ini.

Pembedahan ‘stapler hemmorhoidectomy’ membuang pembuluh darah yang bengkak 

Ambil masa lama juga taw nak tunggu turn. Cuma sebab ena dapat surat rujukan Hospital Muar jadi dapatlah proses awal sedikit. Masa ni Sumayyah dah hampir setahun. Lama kan ena tanggung derita buasir. Sebabtu dulu ena kurus, kena jaga pantang makan. Jadi suami kena standby RM1650 kos beli alatan untuk rawatan PPH ni daripada syarikat B.Braun Medical Supplies Sdn.Bhd. Ada juga yang berharga RM1800 seorang pesakit China sebelah katil ena. So bergantung pada brand.


Pihak hospital akan berikan surat rujukan di atas untuk suami pergi ke CIMB Bank. 


Selepas itu suami kena isi Borang Permohonan Kiriman Wang. Jadi bawa lah cash RM1650.00


Ni contoh cek daripada bank. Suami ada Surat Akuan Jabatan (GL) bagi kakitangan kerajaan. Jadi kami keluar duit dahulu, kemudian claim semula. Itu pon duit dapat selepas setahun. Haaa.. di bawah ni lah panggil "Stapler". Bila tengok depan mata memang besar dan panjang. seram taw.

Procedure for Prolapse and Haemorrhoids (PPH)



Rawatan melalui kaedah PPH menggunakan sejenis alat pakai buang seperti pengokot berbentuk bulatan yang mengikat dan memotong buasir. PPH dilakukan dengan menarik buasir yang terkeluar kembali ke kedudukan asal, kemudiannya membuang mukosa prolaps rektal dan menyebabkan buasir yang bengkak mengecut.


Sebelum rawatan, ena kena puasa dulu. Huishh nervous nak masuk bilik bedah. Kena bius separuh badan. Memang terasa perut di goncang-goncang masa doktor tengah buat operation. Kena cover dari perut sampai ke bawah jadi takde lah ena tengok apa dia buat. Rasanya 1 jam juga dalam tu.


Selepas operation. Sumpah tak larat nak bangun, Kesan dia selepas di bius ena muntah-muntah je kepala pening. Masa pergi toilet pon pendarahan tak banyak. Kira terkawal. Lepastu nurse akan bawa ke toilet untuk buat tangas. Dia sediakan besen yang di isi air panas lepastu kenalah berdiri sambil rendahkan lutut selama 10 minit supaya wap panas tu membantu mengecutkan buasir. Bagi ena amil masa 6 bulan juga nak betul-betul sihat sebenarnya. Bukan terbaring lah maksudnya elakkan travel jauh, elakkan makan pedas dan keras dan juga elakkan angkat berat. Sebab sepanjang 6 bulan pertama selepas operation tu ada juga ena tak jaga mesti jadi balik bengkak. Jadi biarlah pantang betul-betul kalau nak sihat lama. 

Ena dinasihatkan untuk mengandung jarak selama 5 tahun. Sebabtu Sumayyah dan Safiyyah jarak jauh. Sumayyah tahun 2015 dan Safiyyah tahun 2020. Jadi jangan suruh ena beranak banyak. Trauma taw kena buasir selepas meneran!!

Sekarang???? yaa..still kena semula tapi tak teruk macam dulu. Kalau diikutkan masa mengandungkan Safiyyah, ena kena pergi set date dengan SOPD dan O & G (Jabatan Obstetrik dan Ginekologi) untuk bersalin secara caesarean tapi tak sempat operation terberanak awal juga 38 minggu. Hahahaha. memang 2 2  anak bersalin awal. Keluar secara normal dan jadi buasir semula tapi saiz 5 sen jela. Dan sampai sekarang ena tak berani p checkup SOPD sebab takut kena operation semula.huwaaaaa.. trauma taw masuk bilik bedah tu. tunggu lah ena bersedia jumpa semula.

Rawatan buasir di rumah

Diingatkan rawatan ni untuk tahap 1 yang tak berapa teruk dan takde pendarahan. Doktor yang ajar ena buat di rumah sendiri. So far ini lah yang ena lakukan bila ter sembelit dan pedih. Lepas membuang tu ena akan cari besen.


Ambil satu besen bulat yang muat direndam punggung. Letakkan air suam yang tidak berapa sejuk. Kira agak-agak korang tahan panaslah sebab nak rendam lama. Macam ena rasa guna tangan dulu. Tahap yang tangan boleh tahan kepanasan level mana. Haa lepastu tambah lah garam sikit. Then rendamlah punggung sampai dah kebas tu. Yang ni mula-mula memang lah pedih tapi lepas je keluarkan punggung memang hilang sakit tu. Dah 4 tahun ena buat camni.


Minyak belut dari Bidan Mak Esah. Yang ni pon ena suka sebab selepas je membuang kalau sakit ena akan sapu dengan minyak belut. Susah nak dapat ni. Dari Benut, Pontian. Firstly sapu memang merenyam gatal kat dubur dan sakit. Tapi untuk sehari dua je. Lepastu dah tak sakit. Memang bagus guna masa pantang. Menangis juga malam sebab pedih tapi berkesan kecutkan buasir. Nak order boleh rojer ena. InsyaAllah ena bantu dapatkan.

Selain itu, ada juga alternatif lain yang korang boleh cuba. Disini ena kongsikan cara merawatnya.


Diharap kisah ni dapat membantu korang bagaimana nak dapatkan rawatan di Hospital dan simpanlah duit mane lah tahu kalau nak buat operation ni. Bagi ena berbaloi buat kalau dah sampai tahap 4 macam ena ni. Sebab ena muda dan ada anak kecil nak kena jaga. Kalau fikir kan sakit dan takut sampai bila-bila ena tak berani nak ke depan. Sekian.......

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH CONTACT ENA : 012-3942251

Post a Comment

71 Comments

ciktom said…
Allahu...seram baca kisah ena..alhamdulillah skang dh okay skit ye..saiz kecik..tak boleh bayang akak kena operate tanpa bius..smoga buasir ena dpt kecut n baik tanpa operate lagi..amin
Sis Lin said…
Ena punya kes macam kawan Sis juga, dia sampai tak boleh nak duduk, kalau duduk mesti berdarah..kesian nengok dia, mengadu sakit aje perit katanya...now dah okay, dah buat pebedahan semua, tapi paling dia gerun, kalau tau dia hamil...huhuhu ni lama tak tanya khabar dia..
SalinaJohari said…
Info yang sangat membantu . Kak Sal share dengan member sebab agak teruk jugak sembelit dia. Atleast apa yang ina share dapat bantu dia. Kesian bila dia ngadu part susah nak membuang tu
Red Linda said…
Allahu akbar..besar dugaan ena yer..

Suami saya dulu pun pernah kena buasir tapi tahap boleh tolak semula ke dalam la.. xde la smpai operation..

Jaga makan/minum dan kesihatan selalu yer..
Semoga Allah memelihara anda. Tak tahu cakap apa, baca pun dah takut. Itu baru baca tak mengalami sendiri lagi. Naim doakan semoga cepat sihat.
Marina Bashah said…
Ya Allah seramnye baca. Kuatnye awak dapat bertahan. Takut nak beranak lagi bila baca ni
Ya Alah takleh nak bayang dah sakitnya bila takde bius kan. Tabahnya Ena. Alhamdulillah sekarang dah sihat kan Ena. Jaga kesihatan ya agar buasir tak berulang.
Rasa berpusing2 hujung usus akk baca pengalaman Ena ni lagi2 selepas pembedahan tu. Ya Allah, kesiannya Ena. Jaga makan ok, berpantang, asalkan sihat dan tak dipotong lagi.. huhu. Doc tu lelaki ke pompuan Ena? Haishhh.. Kalu dah sakit peduli apa ek, semoga Ena terus sihat ya
Rawlins GLAM said…
Seram saya membaca kisah ini. Terima kasih kerana berkongsi informasi ini - insyaAllah ianya akan membantu ramai dan boleh mengelakkan dari berlanjutan kan
Yaya Mohd said…
Allahu..sakit nya kalau kne..tq ena share. amat membantu ni kalau ade sesiapa yang tgh cari info berkaitan dan cra atasi/ubat lps operation. tp mohon dijauhkanla >,<
Betty's Journey said…
Aww, that painful when seeing it. I agree the government hospital is much cheaper compared to a private hospital.
Aerill Hassan said…
bila sebut pasal buasir, saya memang agak takut sebenarnya. terima kasih sebab share pengalaman.
Ruby said…
Allahu seramnya akak baca. tapi akak perlu tahu. Sebab lepas bersalin dulu, macam ada buasir. Hahaha. Sekarang ni berhati-hati bab makanan. Takleh makan pedas atau overdose. Kalau lambat melabur, nanti mulalah memulas. Sakit oiiii. Hahaha. Share pengalaman.
Farhana Jafri said…
thanks share pasal ni sebab tak ramai yang share pengalaman bila kena buasir. Seram jugak perjalanan nak dapatkan rawatan tu.
Kak Fas said…
Alhamdullillah! Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segalanya.
Mawardi Yunus said…
Alhamdulillah.semoga dipermudahkan dan cepat sembuh. satu perkongsian yang bagus ni untuk rujukan. Thanks sis
messarah said…
seksa juga ye ada buasir ni semoga semuanya baik-baik sahaja
Emi said…
Scary nya. Kita ada kawan yang kena buasir. Tapi tak pasti pulak apa rawatan yg dia terima. Rasanya dia takde operate pun. Mungkin x cukup serious.
Cik Puan Ena said…
Laki kak. Hahaha. Tapi ramai je dalam tu pompuan tolong
Cik Puan Ena said…
Samalah bila preggy lagi dok pikir buasir. Hehe. Nasib baik anak kedua kecut balik
Anonymous said…
Seram plak rasa, sy tahap 4 n 29/9/2020 ni date operation buasir dekat hsi. Nway thanks for good sharing. Blh la buat preparation mental n fizikal.
mrsliez said…
Kak liez 2 kalinoreggy kena biasir.. mmg sakitnya Allahuakbar.. tp lepas bersalin alhandulillah dah ok.. tapi klau ada buasir or sembelit jgn la makan brown rice. Mmg tu penyebab najis keras dan susah membuang.. kak lizamlaluinya dan skrg mkn basmathi je..
Unknown said…
Blh dptkan minyak belut tu
Anonymous said…
Huhu..sy buasir tahap 3..setiap kali membuang kena tolak balik. Bengkak mcm ena dolu2 jgk, jam 3,7dan 11😥

Xpenah buat apa2 rawatan, just mkn ubat dr senseng cina, ubat sapu dan ubat buasir dr farmasi.

Klau ter sembelit.. Ya Allah azabnyaaa😭😭😭

Ingat nk buat jgk operate..ok x?

Apapun, Terima kasih ena share info, huhu..
Anonymous said…
Terima kasih Ena kerana sudi berkongsi pengalaman rawatan buasir yang begitu mencabar. Semoga Ena terus sembuh dan tidak lagi menderita kerana buasir. Take care.
Anonymous said…
Terima kasih Ena kerana sudi berkongsi pengalaman rawatan buasir yang begitu mencabar. Semoga Ena terus sembuh dan tidak lagi menderita kerana buasir. Take care.
Anonymous said…
Tgh mngalami..dktr ckp dh stage 3 n sy br lps brsalin ank 1st..dktr bg surat rujukan utk ke SOPD bln dpn...huhuhu...tkt plak nk pg...
Unknown said…
Salam.. nasib kte sma la ena. Sy baru bersalin czer ank first, skrg dh 3 bulan umo ank, sy diserang sembelit sjk 2 mggu berpantang, mula2 sembelit biasa je, lps 2 mggu tu trus kena sembelit kronik , memang kronik sgt sbb njis keras amat sgt, xbleh nk kluar lngsung sb agk bsr la. Dah bnyk kali sy ulang alik ke klinik swasta dn hosptl krjaan. Lps tu bg ubat mcm masukkan ikut bontot tu je lps tu balik. Pstu berulang, smpai kena buasr dah pn, tiap kali mbuang memng takut sgt3, memg trauma smpai trpaksa tahan smpai nk pengsan dn muka pucat dan rse pitam sgt.. mcm2 ikhtiar sy buat.. tp ttp xmnjd smpai skrg ni
Unknown said…
Blh x ena wsap sy. 0145262812. Utk sy tnykn bnyk lg pndpt n pglmn yg ena llui. Sb Smg sy thp truk sgt dh rsenya tiap kli nk mbuang mmg tkut sgt lh.. mcm mne lg nk rwt buasr dgn sembelit ni. Kdang rse dh ptus asa ptus smngt dh.. tiap kli mbuang jgk lh suami sy temankn dlm tolet. Sy genggam tgn dia kuat2
Anonymous said…
Sedihnya baca..sakit sangat buasir kan..orang yang xmengalami rasa kelakar buasir ni. Jangan kena dahla..baru tau kelakar ke tak
Ayu latif said…
Nak tnya pengalaman operate cara stapler.. Selepas operate mcmane rasa dia
Cik Puan Ena said…
Xrasa apa kt bontot sbb die buat tu dlm. Mmg xde bekas or parut di luar. Nampak normal je. Sakit die mcm pas beranak xboleh jalan laju. Pedih ckit. Tp ni ok belah dlm. Ada org bedah potong luar siap ada parut katanya kesian sgt
Unknown said…
salam. cik puan ina.. macam mana saya nak dapatkan minyak belut tu dr cik?
Unknown said…
boleh cik tinggalkan no.context untuk saya hubungi
Unknown said…
Salam sis blh tw kt hospital mana sis buang biasir ul
sinwau248 said…
Allahu xleh bygkn operate mentah tu. Sy sdg alami buasir grade 4.xde angin xde ribut terus 4. 8thn lps pnh jd tp g klinik mkn ubat ok dh. Mgkin mse tu stage 1@2. Minggu lps dia keluar xleh msuk, g emergency doc main push je menjerit. Doc suh mkn ubat sebulan, TCA SOPD sbulan lg. Lps 5hari keluar blk masa berak, now dilemma. Ingat nk g swasta biarlah bergolok gadai janji hilg derita ni. Yg ada mslh sembelit boleh amek ubat utk lembutkn najis di farmasi. Sgt membantu.
Anonymous said…
Sis.. Lepas operation buasir tu berak mcmana? Sakit tak meneran?
Cik Puan Ena said…
Takdelah sakit sgt. Sbb doc bg ubat lawas berak cair je. Hehe. Pedih ckit je. Biasalah baru operation memang sakit lagi. Kalau tak tahan mintak ubat tahan sakit dri doc
Sisteha said…
Hi sis saya berminat dengan minyak belut dari bidan tu. Boleh bagi saya contact numb utk beli minyak tu? Sebab tak tahan asyik buang air besar berdarah plus sakit :(
Anonymous said…
Sy baru lepas operate buasir 5 hr lpas.. Lpas operate buang air besar ok cair sbb doc bg pelawas tp pedih. 4 hr lepas operation najis dah xcair. Padahal mkn sama, ubt pelawas masih ambil, dan rasa sgt pedih ms membuang. Mmg mcm tu ke sis.?doc ada bagi ubt pelawas utk 2 mgu.. Adakah sepanjg sis ambil ubt pelawas tu najis sis cair?stress rasa sakit.DAh la setiap kali makan mesti nk membuang. 3 kali makan 5 kali membuang sehari. Seksa😭
Unknown said…
Saya pun nak cuba operation buasir gak.dh tahap 3. Seksa tanggung.dengar2 pengalaman org amik masa 1 bulan nk sihat lps operation..takut lak rasa
Unknown said…
Sis blh wssp sy nk cuba myk belut tu 0189039829 tlg ek
Anonymous said…
Saya pun rasa buasir dah menyerang ni. Camne nak start ruj hospital. Klinik dulu ke?
Ekin said…
Saya buasir tahap 4 dah 2 hr lepas doc cuba tolak masuk azab tuhan je tau rasa nak cabut dr wad.. ni kalau x berjaya dlm 6 mggu x kecut lepas makan ubat, mmg doc kata nak buat rawatan rubber pulak. Di ppum. Lepas sy baca kisah sis ni sy rasa lebih takut😭 tp sakitnya skrg ni tuhan saja tau. Nak x nak saya kena hadap juga lah.... tq share pengalaman.
Unknown said…
Trimakasih Kak ena....saya sdg mencari maklumat...bg pihak isteri yg mnghidapi buasir tahap 3/4 kot....nk intai2 klinik swasta Mana nk g....dgn kos nya.kami bukn org kaya...tp demi isteri...saya cuba yg termampu...trimakasih atas perkongsian Kak ena....
Terima kasih pn ena ats perkongsian
Unknown said…
Sedih dengar kisah Ena. Ena dikira tabah dan kuat semangat demi anak.
Ina said…
Berapa kos ya oprate kalau hsptl gov
Cik Puan Ena said…
Hye sis. entri ni sy da tulis berapa kos boleh baca dengan details ye. Under rm2000 standby. Bukti slip pon sy dah masukkan tu.
Nina karina said…
SOPD ni kerajaan atau swasta...maaf..saya betul2 xtaw
Cik Puan Ena said…
Kerajaan. Tp kena appointment dulu. 3bulan skali checkup.
ZackZahrain said…
Saya pun buasir mcm kak.. Setiap kali buang air besar mesti kene tolak masuk balik.. Klu sembelit teran mesti koyak n darah.. Skrg sy makan ubat muqmeen je utk kurang buasir tu.. Xtahu tu buasir dlm ke luar.. Tp mmg kene tolak kedalam klu lepas membuang..
Anonymous said…
Akak punya kisah buasir sebijik macam adik jugak... Last operate hujung 2018.. Ingat nk tambah anak lagi tapi bila terkenangkan sakit buasir ni.. Simpan dlm hati jela.. Xbrani.. Takut. Sakit.
Siti azaha said…
Eyna macam mana nk beli minyak belut Tu 0133745627 watsap saya plisss
Unknown said…
7/9/21, skrg Sya tengah alami buasir, tahap 3, dia x berdarah tp terkeluar lepas membuang, dh ada saluran buasir ni dia MCM kerasss dh, tu yg ttup saluran, dh ssh nk kentut klo membuang dia terkeluar MMG sakit sikit lah.. terpaksa stnby gel UTK kebaskan BRu hilang rasa sakit... Lepas mbuang bertangas atas wramped... Takut juga baca pengalaman org bila buang buasir ni😔
Tp tu lah sampai bila nk CM ni, nikmat MKN pun hilang, MKN ot DN Nestum je,.. ada solutions tak kak eja UTK masalah saya, sbb 44 hari melahirkan juga bby besar tu yg terkeluar
shahril said…
Saya sedih 5hati lepas pergi klinik buasir kena rm1300 yallah punya la sakit..saya nasehat kan kalau nak buat buasir ni teros ke hospital.jagan la p klinik saya dah nampak mcm tak ada kesan..
Anonymous said…
boleh share tak pengalamn lps operate tu?
Ena thanks kongsi pengalaman. akk nak beli minyak belut. ena wassup akk boleh 0197831857
Unknown said…
Tujuan minyak belut untuk apa sis
Anonymous said…
Isteri baru lepas operate buang buasir tahap 4 pada 19/7/22, hampir 4 hari sebelum operate buasir terjuntai di luar, bila tolak kedalam masih keluar semula. dia punya azab hanya panadol yang dapat kurangkan, tapi tak bertahan lama, then sakit semula. dah sapu ubat pun tak kecut. mungkin kesan lepas bersalin anak 1st , sebelum ni tak pernah ada sakit buasir.
Kos buang buasir dia 11k di hosp columbia, 3 hari warded.
Anonymous said…
boleh cuba set minyak Dr.B. Ibualiya dalam instagram, facebook @ shopee https://www.facebook.com/IbualiyaEshop/
Anonymous said…
Mcm mana nK dapatkan minyak belut tu ye? Tq
Anonymous said…
Sy sedang mengalami buasir n sdg pregnant. Sakit sgt2 ingtkn nk g dptkn rawatan kt hosp swasta tp xtau la dr nk buat rawatan ke x. Allahhuakbar xtau nk ckp apa just mtk doa dr semua doakan buasir sy sembuh n dipermudahkan urusan spnjg sy mengandung n bersalin nnt ye 😢
Sarman said…
Sis nak tnya tempoh menunggu turn berapa lama untuk pembedahan thombrosis? Kos kerajaan brapa? Sbb saya pun ada thombrosis..
Cik Puan Ena said…
thrombosis tu memang emergency operation. setiap saat sakit. tak boleh tahan cuma sy lambat sebab turn masuk ot ramai kat hsa. rasa 1 hari juga sy tggu azab. kos x egt. sebab pakai GL.
Azw said…
Buasir sy tahap 4 pd 2006..dah operate di hospital swasta menggunakan stapler..kos dlm rm 7k masa tu...stay satu mlm di hospital esoknya balik rmh

Bius separuh bdn ..masa operation dlm 20 minit..lps operation masuk bilik n rest..mlm rasa sakit sbb ubat bius dah habis..nurse dtg cucuk and lepas tu tidur

Hari ke 2 sy dah boleh berjln ke kaunter byrn utk byr sblm balik...bapa mertua dtg ambil sy

Hari ke 3 or ke 4 ..sy dh lupa..sy dah drive kereta ke hospital utk doktor check balik..doktor puji..dr india..ckp wah kita sgt happy u cepat recover..rasa terhutang budi dgn doktor tu

Tahun-tahun mendatang kehidupan sgt baik sbb buasir telah tiada..jujurnya mmg masih ada tapi sikit sgt itupun sbb sembelit atau cirit birit

Buasir boleh dtg balik klu selalu sembelit dan sy bersedia utk operate lagi sbb ikutkan buasir ni minor surgery..pengalaman sy tak sampai seminggu dah spt sediakala..mungkin sbb masa tu muda

Sy berpendapat klu tak operate buasir tak hilang..tu sy pilih operate masa tahun 2006

Bbrp tahun slps sy operate mak mertua sy juga operate buasir dgn doktor yg sama..juga baik sepenuhnya

Mmg takut nak operate tapi sy fikir nak buat jgk sbb hasil bacaan didapati yg bt operate akan lebih baik dari menunggu-nunggu
Anonymous said…
Seram nya dgr pengalaman ena ..akk pon dah tahap 3 ni .. Tq banyak2 atas info dr Ena .. semoga sama2 kt semua diberikan kesembuhan sakit buasir.. dulu sekali akk penah keluar buasir masa beranak nak no 3 .. bby x keluar lagi .. tapi tekanan mengandungkan bby buasir auto ada.. doc pakar check terombosis die masukkan balik tu mmg azab die mcm kene bakar .. dlm anus tu.. dan bagi ubt utk rawatan..
Anonymous said…
Sy sedang mengalami buasir dan br sahaja ambil keputusan rujuk dr stlh 3 minggu ikhtiar rawatan sendiri baik diet makanan mahupun dptkan ubat dr farmasi. Akhirnya hari ni serah diri ke klinik dah dah dpt surat rujukan ke SOPD Hospital Besar Melaka. Jujur mmg rasa takut, tp bak kata kean td sampai bila nak tanggung jika kita blh pilih untuk sihat dr sakit. Moga urusan sy dipermudahkan. Terima kasih atas perkongsian rakan semua
Wan Syazeli said…
Assalamualaikum..sy pun ada buasir yg teruk jgk..sampai rasa nk berak je mesti takut sgt nk ke tandas..mcm2 dh jd..darah beku,cecair putih kluar tp ttp bertahan demi mencari rezki untuk isteri dan anak2..kdg2 buasir yg kluar tu nk ditolak masuk pun xboleh..sentuh sikit pn pedih ni nk ditolak berkali2 untuk dia masuk balik..fuhhh dia punya denyut xblh bayang..sampai kdg kena telanjang mrangkak sbb sakit sgt..memang terlalu2 sakit buasir ni..jd apa yg sy bt,ambil kputusan untuk operate je sbb mmg menggangu khidupan sy bila kena buasir ni..insyaAllah 20/11/23 sy akan dibedah dan perlu ambil bius penuh sbb sy ada masalah sakit belakang ..tkt jgk sbnrnya sbb xpernah ambil bius dan xpernah bt pembedahan apa2..saja nk kongsikan dlm ni..semoga ada yg doakn sy..sy hrp semoga semua dipermudah sgala urusan ya..pergi dj..Assalamualaikum..