2 tahun setia menggunakan rangkaian skincare Mary Kay
Ena sudah menggunakan skincare daripada Marykay sejak Februari 2018. Bermakna 2 tahun setia dan baru terbuka nak sharing sebab dah yakin guna lama.hehe.. So far tak pernah lagi tukar ke jenama lain sebab in loveee dan sebenarnya memang jimat taw. Kebanyakan orang tak tahu nilai pakainya dengan wang ringgit mesti kata mahal. Tapi bila dah pakai tersangatlah jimat setahun beli 1 set cuma 2 kali sahaja! Kena percaya sebab ena dah pakai 3 jenis skincare Mary Kay.
Sebelum itu, ena pakai SK II tapi sebab rasa dah tak mampu nak beli ena mula pakai campur-campur produk dan muka jadi breakout. Lepastu ena try dulu sample Mary Kay. Kalau korang nak tahu Mary Kay ada sample taw. So boleh cuba dulu kalau was-was nak beli 1 set.
Selain dari sebab harga orang takut nak cuba, adalah trademark Mary Kay "BURUK DAHULU, CANTIK KEMUDIAN". Yeeee awakk. Kalau takde keyakinan dan kesabaran yang tinggi, confirm takkan teruskan sebab tempoh pemulihan kulit agak lama bergantung kepada sejarah skincare terdahulu. Walaupun ena bukan pakai produk timbang kilo, tapi 3- 6 bulan pertama muka ena buruk! Kulit kusam, gelap, kasar, banyak keluar jerawat pasir. Haaaaaa... memang stress tak nak tengok cermin. Tula suka tukar-tukar kan...
Sebab itu kalau nampak Beauty Consultant muka cantik tu, bermakna dia orang penyabar.hahahah. Macam ena lah :) Bahan semulajadi membuatkan proses pemulihan lama tetapi tidak merosakkan kulit muka. Ia hanya sementara untuk nyahtoksin daripada produk lama. Ada orang dia asal pakai produk kualiti, bila pakai Mary Kay langsung takde masalah macam mak ena. Terus ok je. Sebab kesetiaan dia pakai Fair & Lovely berpuluh tahun tak pernah tukar. Eh bayangkan kesetiaan dia berpuluh tahun curang jugak ke Mary Kay.hahahaha. Mak pon dah hampir setahun guna.
Ena dan Mak pengguna setia Mary Kay. Umur mak ena dah berusia 57 tahun. Dia cakap best sangat skincare Mary Kay. Lepastu die perli "Siapa suruh ajar mak pakai. Kan susah kena belikan". Haha..Adik je belum terhasut nak pakai.
Skincare Lumivie fokus untuk mencerahkan kembali wajah
Usia mary Kay hampir 57 tahun pada 13/9/1963. Nampak tak sebaya mak ena kan. Kilang Mary Kay Inc. terletak di Dallas, Texas USA dan telah menerima hampir 30 anugerah untuk inovasi produk, pengawasan korporat dan kecemerlangan tempat kerja di pasaran Asia Pasifik mereka dari tahun 2018 hingga 2019. Sebagai satu daripada penjual langsung yang terkemuka di dunia bagi penjagaan kulit dan kosmetik warna, anugerah itu mengiktiraf Mary Kay dalam pelbagai kategori merentasi rantau Asia Pasifik. Pasaran di Malaysia selama 20 tahun sejak tahun 2000.
Di Malaysia takda kilang tau, sebab produk Mary Kay ni exclusive import dari USA. Siap ada saintis lagi. Dia bukan "saintis jadian", dia saintis yang di iktiraf antarabangsa. Sebabtu taknak tukar lain.
Terdapat 5 items dalam satu set. Tapi ena hanya menggunakan 4 sahaja sebab black sheet mask sama fungsi dengan serum. So itu bonus tambahan kalau mampu beli. 1 set LUMIVIE ni ena pakai baru 5 bulan kiranya upgrade selepas Botanical Effect dan Timewise 3D. Lumivie ni special tak boleh lompat pakai dalam Mary Kay. Kena start basic Botanical Effect atau Timewise dulu sebab kena lalui proses pemulihan baru cepat berkesan guna Lumivie. Senang cerita BEBAS JERAWAT dahulu ! FUhhhhh ni set idaman taw. Lama ena tunggu nak pakai. Kenapa guna Lumivie??? Sebab ena nak fokus pudarkan bintik hitam dan jeragat pula.
1. Lumivie Foaming Cleanser
2. Lumivie Essence Water
3. Lumivie Intensive Serum
4. Lumivie Moisturizing Cream
5. Lumivie Black Sheet Mask
Senarai masalah yang sesuai menggunakan Lumive :
👉🏼 jeragat
👉🏼 parut gelap
👉🏼 tona kulit tak sekata
👉🏼 kulit kusam
Menggunakan bahan mutiara hitam yang paling berharga
Ia menggunakan bahan mutiara hitam yang paling berharga untuk membantu menyelesaikan bintik-bintik gelap, pemendakan melanin, kulit kusam, dan mengembalikan wajah anda ke kulit putih dan merah!
✅ Menarik bintik-bintik, melindungi melanin
✅ Meningkatkan tona kulit yang tidak sekata
✅ Melawan kulit yang kusam dan mencerahkan kulit
✅ Meningkatkan dan menguatkan tenaga kulit
Harga memang nampak mahal tapi tahan lama. Macam ena tak beli semua serentak. Ambil pencuci dulu, lepastu upgrade beli lain sampai cukup semua. Contoh pencuci saje ketahanan sampai 7 -8 bulan. Sebabtu berbaloi pakai.
Diformulasikan dari bahan yang bernilai tinggi dan kemajuan teknologi yang memberi kesan berseri sekaligus meningkatkan daya kekuatan, kecerahan, dan kelembapan kulit. Lihat kulit anda semakin berseri serta menyerlah dari sehari demi sehari.
.
Nak tau tak apa PRECIOUS INGREDIENTS IN LUMIVIE :-
.
❄ BLACK PEARL (HYDROLYZED PEARL)
Membantu untuk meningkatkan daya kekuatan kulit bagi membantu kulit menjadi lebih pulih dan meningkatkan ketahanan kulit.
.
❄ OPTI-BRIGHT COMPLEX
Dengan campuran bahan yang berpotensi untuk menghalang proses kulit menjadi kusam dan tona kulit yang tidak sekata. Lumivie Intensive Serum dan Moisturizing Cream mengandungi Opti-Bright kompleks yang menunjukkan kebolehan meningkatkan kecerahan kulit dan memulihkan tona kulit secara sekata seperti keputusan dalam kajian klinikal.
.
❄ SAMPHIRE
Merupakan salah satu bahan dalam penjagaan kulit, samphire mempunyai kebolehan unik yang meningkatkan pemuliharaan dan kelembapan kulit.
Dibawah ini set yang ena pakai sebelum upgrade ke Lumivie. Botanical Effect sesuai untuk usia remaja sehingga 25 tahun. Manakala Timewise 3D usia 25 tahun ke atas.
Set ni dipanggil set Starter. Sebabtu tak boleh lompat ke Lumivie ni. Katakan kulit korang "Oily" memang kena pakai starter kit. Lumivie tidak sesuai untuk kulit berminyak dan berpeluh.
Harga untuk Beauty Consultant berdaftar
Lumivie Foaming Cleanser
Membersihkan wajah agar kulit tampak lebih bersih dan segar. Secara efektif menanggalkan kotoran dan solekan di wajah. Wajah tersedia untuk menerima manfaat keseluruhan daripada set penjagaan kulit Lumivie
Hanya picit sedikit untuk pembersihan 1 muka. Memang jimat pakai Mary Kay ni sebab tak perlu tuang banyak. Tekstur yang pekat dan tak banyak buih.
Nampak kan buihnya tidak ketara tapi memang pekat.
Lumivie Essence Water
Membantu meningkatkan kadar kecerahan kulit anda. Formulasinya mencerah, melembap dan menganjalkan kulit serta mengembalikan keremajaan kulit wajah.
Selepas mencuci muka, gunakan essence water bersama kapas muka untuk double cleansing dan double absorption. Bayangkan lepas cuci muka pon masih ada kotoran melekat. Ena memang jatuh cinta dengan essence water ni. Kulit jauh lebih lembut berbanding tidak menggunakannya. Wajib pakai sebelum serum supaya serapan serum lebih cepat dan lebih lembap.
Lumivie Intensive Serum
💕Sesuai utk semua jenis kulit
💕Non-comedogenic (tidak menutup liang pori)
💕Sesuai utk kulit sensitif
💕Sesuai untuk wanita berumur 25-45 tahun
💕Kesan penggunaan seawal 2 minggu
Secara kesimpulannya, bagi wanita yang inginkan kulit wajah berasa licin,cerah, glowing terutamanya yang ada masalah kulit kusam,bintik hitam dan jeragat tu, Sangat rekemen pemilihan serum ini. Ia juga membuatkan kulit terasa lembut,tona sekata, kulit nampak lebih bermaya dan berseri-seri.
LumiVie Intensive Serum untuk merawat masalah kulit kusam dan jeragat. Katakan korang pakai set lain kan seperti Botanical Effect atau Timewise 3D, boleh je pakai serum Lumivie ni sekali selagi muka tak banyak jerawat sebab serum ni akan buat rasa pedih kalau ada jerawat.
So dinasihatkan rawat dulu masalah yang ada baru lah fokus pencerahan. Dah 3 botol ena guna. Pon jatuh cintaaaa. Serum ni botol kecik je tahan 4 bulan jika gunakan 2 kali sehari. Seeloknya pakai malam sahaja sebab siang kita akan pakai sunscreen yang ada SPF. Better elakkan combination.
Lumivie Moisturizing Cream
Rasakan kelembapan kulit yang luar biasa apabila pelembap ini mula menyerap ke dalam kulit agar kulit muka hidrat sepanjang hari. Tekstur dan lapisan kulit akan bertambah cerah sekata.
Selepas 8 minggu penggunaan, ia mampu meingkat kadar kelembapan kulit, kecerahan kulit dan tona kulit lebih sekata. Pon guna banyak ni jer. Dah kata jimat kan???
Lumivie Black Sheet Mask
Mary Kay lumivie black sheet mask ini di hasilkan di Korea (Mary Kay juga punyai kilang di Korea juga tau selain di US). Arang Binchotan adalah serat kayu arang dari pokok oat ubame dari Wilayah Wakayama, Jepun. Ujian membuktikan masker ini menyerap lebih 700% keberatan dalam bentuk air.
Bayangkan, biasanya 30ML serum kita habiskan dalam tempoh 4-5 bulan, tapi kita pakai kekuatan 30ml serum pada 1 MALAM?😱 tentulah hasilnya lebih wowwww bukan? 😉 Siapa ada masalah jeragat , parut jerawat, kusam, gelap .. wajib pakai black mask ni'
REVIEW
Sejujurnya masa awal penggunaan Botanical Effect, ena dah mula give up takut tak dapat capai hasil yang ena nak. Tapi atas nasihat Beauty Consultant untuk bersabar, ena teruskan jugak ternyata berbaloi. Kesan paling ketara ena nampak bila ena berjemur bawah sinaran matahari lama, kulit tak berbelang atau gelap. Sedangkan dulu ena ni tak boleh berpanas kejap confirm muka kemerahan dan berbelang. Ehh puas hati lah... Itu lah beza yang ena nampak.
Keduanya tak perlu makeup tebal terutama foundation. Kalau dulu ena perlu guna foundation jenis compact tapi sekarang ena gunakan jenis liquid tidak bercapuk langsung dan tidak merekah. Percayalah ia berbaloi untuk dimiliki.
Perasan tak dari awal sampai akhir asyik ulang ayat sama "melembapkan"? Itulah kata kunci untuk pudar jeragat. Punca jeragat disebabkan kulit kering. Dulu kulit ena kering sampai tahap tepi hidung selalu mengelupas. Jadi gali ilmu baru lah decide nak guna apa.
Jika korang nak cuba sample dulu, takde masalah boleh je contact nombor di bawah sebab ena merupakan Beauty Consultant berdaftar sejak 2018.
Ena | Beauty Consultant | 0123942251
24 Comments
boleh juga jadi rujukan mereka yg mencari info mengenai Mary Kay..