CUSTOM SARUNG SOFA
Hati banyak gembira dapat jugak tukar sarung sofa baru. Ena custom sebab nak saiz lebih besar dari asal. Tak suka setiap kali nak sarung semula ketat nak masukkan. So Puas hati bila dapat custom saiz.
SEBELUM GANTI SARUNG SOFA
Sofa L Shape Cavenzi ni dah berusia 7 tahun. Mula lah perasaan ni nak nampak baru. Tapi nak ganti sofa baru macam rugi kan sebab sofa ni mahal dan takde rosak.huhu. So cakap dengan husband kita tukar je sarung bantal bunga-bunga gituuuuu...
SELEPAS CUSTOM @ DIY SARUNG SOFA
Taraaaa.. hasilnya... terus nampak sofa baru. hati berbunga-bunga cinta :) Ramai tanya berapa kos @ budget ena buat custom design ni. Takdelah mahal sebenarnya. So disini ena sharing kos dan dimana nak dapat kain yang berkualiti dan tebal.
BUDGET BELI KAIN DAN UPAH JAHIT
1. Ukur saiz sarung bantal besar dan kecil. Kalau ikut standard jenama Cavenzi ni dapat 4 bantal besar dan 2 bantal kecil. So total 4 meter. Anggap jelah 1 bantal besar bersamaan 1 meter kain. Jadi akan ada lebih untuk bantal kecil.
2. Disebabkan ena ada 4 bantal kecil sebab banyak extra lain, so beli 5 meter kain secara online. Beli dengan ukuran 1 Meter ( 100 CM x 150 CM). Jadi ena dapat banyak kain lebih lagi untuk buat bantal kecil tambahan sekiranya masa akan datang sarung bantal ada yang rosak. Pernah beli dah siap je tapi tak tahan lasak, kain nipis sekejap je dah rosak. Memang rugi betol lahh.. Baik custom sendiri.
3. Macam ena semua saiz lebihkan seinci sebab taknak sarung ketat nanti koyak kan. Nampaklah besar sedikit nak sarung pon senang. Haaa untungkan custom design ni.
4. Ena beli di Shopee dengan seller @PNI Tekstil Trading di Tangkak, Johor. Ena suka material cotton memang tebal dan murah. Nak buat langsir or alas meja pon boleh. So kalau takde extra bantal macam ena kirakan 4 meter kain x RM10.80 = RM43.20
5. Survey tukang jahit dulu dan tanya harga untuk saiz bantal dan berapa jumlah nak jahit. Jadi mudahlah kerja tukang jahit nak bagi kos.
Bantal besar = RM8 / pcs
Bantal kecil = RM5 / pcs
Total kos jahit = (RM8 x 4 bantal besar) + (RM5 x 2 bantal kecil) = RM42
****Ini adalah kos sebenar kalau takde lebihan bantal taw. Sebabtu ena kira 2bantal kecil sahaja.
JUMLAH KESELURUHAN 4 BANTAL BESAR + 2 BANTAL KECIL
RM43.20 + RM42 = RM85.20.
Macam zip ena ni memang kualiti tukang jahit guna zip jacket. Sebab tu mahal sedikit. Tapi bagi ena masih under budget lah sebab ada kawan ena nak buat jugak bila survey kos RM10 / pcs.
Ena memang puas hati dengan cotton dari seller ni. Boleh terjah terus DISINI
Untuk tukang jahit ni ena tempah dengan Kak Ana area Muar, Johor. Contact nombor Kak Ana 017 - 6981343
So masih dikira under budget lah kan bawah RM100? Itu saje nak share :) Tq reading............
15 Comments
Murah laa tu Ena harganya, kalau beli kedai mana dapat harga gitu..
Jemput join giveaway ejulz k. Tamat pada 15 JUL 2020.
Giveaway by ejulz & mamapie