Kos Ganti Sarung Sofa Baru | DIY Sarung Sofa


CUSTOM SARUNG SOFA


Hati banyak gembira dapat jugak tukar sarung sofa baru. Ena custom sebab nak saiz lebih besar dari asal. Tak suka setiap kali nak sarung semula ketat nak masukkan. So Puas hati bila dapat custom saiz.

SEBELUM GANTI SARUNG SOFA


Sofa L Shape Cavenzi ni dah berusia 7 tahun. Mula lah perasaan ni nak nampak baru. Tapi nak ganti sofa baru macam rugi kan sebab sofa ni mahal dan takde rosak.huhu. So cakap dengan husband kita tukar je sarung bantal bunga-bunga gituuuuu...

SELEPAS CUSTOM @ DIY SARUNG SOFA


Taraaaa.. hasilnya... terus nampak sofa baru. hati berbunga-bunga cinta :) Ramai tanya berapa kos @ budget ena buat custom design ni. Takdelah mahal sebenarnya. So disini ena sharing kos dan dimana nak dapat kain yang berkualiti dan tebal.

BUDGET BELI KAIN DAN UPAH JAHIT


1. Ukur saiz sarung bantal besar dan kecil. Kalau ikut standard jenama Cavenzi ni dapat 4 bantal besar dan 2 bantal kecil. So total 4 meter. Anggap jelah 1 bantal besar bersamaan 1 meter kain. Jadi akan ada lebih untuk bantal kecil.

2. Disebabkan ena ada 4 bantal kecil sebab banyak extra lain, so beli 5 meter kain secara online. Beli dengan ukuran 1 Meter ( 100 CM x 150 CM). Jadi ena dapat banyak kain lebih lagi untuk buat bantal kecil tambahan sekiranya masa akan datang sarung bantal ada yang rosak. Pernah beli dah siap je tapi tak tahan lasak, kain nipis sekejap je dah rosak. Memang rugi betol lahh.. Baik custom sendiri.

3. Macam ena semua saiz lebihkan seinci sebab taknak sarung ketat nanti koyak kan. Nampaklah besar sedikit nak sarung pon senang. Haaa untungkan custom design ni.

4. Ena beli di Shopee dengan seller @PNI Tekstil Trading di Tangkak, Johor. Ena suka material cotton memang tebal dan murah. Nak buat langsir or alas meja pon boleh. So kalau takde extra bantal macam ena kirakan 4 meter kain x RM10.80 = RM43.20

5. Survey tukang jahit dulu dan tanya harga untuk saiz bantal dan berapa jumlah nak jahit. Jadi mudahlah kerja tukang jahit nak bagi kos.

Bantal besar = RM8 / pcs
Bantal kecil = RM5 / pcs
Total kos jahit = (RM8 x 4 bantal besar) + (RM5 x 2 bantal kecil) = RM42
****Ini adalah kos sebenar kalau takde lebihan bantal taw. Sebabtu ena kira 2bantal kecil sahaja.

JUMLAH KESELURUHAN 4 BANTAL BESAR + 2 BANTAL KECIL
RM43.20 + RM42 = RM85.20. 


Macam zip ena ni memang kualiti tukang jahit guna zip jacket. Sebab tu mahal sedikit. Tapi bagi ena masih under budget lah sebab ada kawan ena nak buat jugak bila survey kos RM10 / pcs. 


Ena memang puas hati dengan cotton dari seller ni. Boleh terjah terus DISINI 

Untuk tukang jahit ni ena tempah dengan Kak Ana area Muar, Johor. Contact nombor Kak Ana 017 - 6981343

So masih dikira under budget lah kan bawah RM100? Itu saje nak share :) Tq reading............


Post a Comment

15 Comments

Sis Lin said…
Cantik...sesuai padan dengan alas kursi merah tu haa...
Murah laa tu Ena harganya, kalau beli kedai mana dapat harga gitu..
Sunah Sakura said…
woha...nampak nice lah ena! terus teringat sofa kat kampung nun..kan best kalo bole tukar sarung camni gak..
Rawlins GLAM said…
Kawan Rawlins pun sebegini. Setiap 3 tahun dia akan beli kain yang dia suka dan tukar kulit sofa dia. Now dia dah upgrade sikit, siap tukar span sofa. Haha
cc kak fas said…
Sata pun suka beli kain dan buat salinan baru utk kain bsntal sofa. Bukan shj lebih jimat tpi kita bole pilih kain corsk semdiri jd tak la sama dgn org lain kan?
AlongMurni said…
Mmg tgh dok cari nak gantikan sarung bantal lama AM nie.. Boleh la AM jengah nak tgk design mana yg menarik d mata AM.. Tq atas perkongsian info ini ye
Zharif Azis said…
murah je yer DIY sarung sofa. best sebab kita boleh pilih corak dan warna mengikut yang kita nak.
Nadia Johari said…
Cantik, berbunga2 gitu.. Murah juga.. Kita tukar pun lepas betul2 buruk.. Selagi tak selagi ti tak tukar.. Hehe
Farhana Jafri said…
nampak cantik sangat bila letak sarung sofa bunga2! Lepas ni dah tahu mana nak beli boleh tukar lagi hihi
ejulz said…
cantik :)

Jemput join giveaway ejulz k. Tamat pada 15 JUL 2020.

Giveaway by ejulz & mamapie
Mar Mansor said…
idea yang menarik. boleh ganti-ganti sarung bantal lain.
Hanny Abdullh said…
Sis pun mmg kena cr jugak ni..dr tahun lps dok pikir nak tukar2 tapi tak tukar2 lagi. Tgok tmpat ni murah2 so ok lah kot
nikkhazami said…
lepas baca post ni, baru perasan yang sofa kat rumah ni dah lapuk dan perlu ganti sarung yg baru. tapi tulah, takde idea nak pilih yg macam mana
Sofinah Lamudin said…
Wah DIY... family saya setakat ni tak pernah lagi DIY atau upah jahit... seronok pula tengok Ena ganti sarung sofa DIY...puas hati kan, warna, jenis kain, corak, saiz dan harga berbaloi...
ciktom said…
menariknya..teringin jugak diy..tunggu tukang jahit free bulan depan..sambil2 boleh kumpul duit dulu..hehe
Azhafizah MN said…
memang nampak baru terus. kalau boleh jadikan yang baru kenapa nak beli yang baru kan. jimat pun jimat.