Aku Pembawa GBS ketika Hamil? Bahayakah untuk Bayi?

** Entri ini diterbit selepas ena bersalin dan segala rujukan adalah daripada Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar.


Mungkin ada yang dah tahu ena sudah selamat bersalin pada 13/2/2020 dan kini baby telah pon berusia 3 bulan lebih. Syukur Dhia Safiyyah sihat daripada mula lahir sampai sekarang. 

Ena ingin berkongsi pengalaman dari awal dapat kesan pembawa GBS (GBS Carrier) sehingga melahirkan. Ini pengalaman pertama untuk anak kedua. Anak pertama memang ena takde GBS, jadi sejujurnya tak ambil tahu apa itu GBS.


Bagaimana boleh ada GBS?

Ena ada up GBS ni ke media sosial, rupa-rupanya ramai tak tahu apa itu GBS. Ehh kalau ena tak kena kandungan kedua ni, mungkin tak alert jugaklah.

GROUP B STREPTOCOCCUS atau KUMPULAN B STREP (GBS) merupakan jangkitan kuman / bakteria yang terdapat pada vagina dan rektum. Senang cerita keputihan yang terlampau banyak !

Ena bukanlah seorang yang ada banyak keputihan tapi start mengandung kedua ni tiba-tiba jadi banyak. kira 1 hari tu asik kena salin pantiliner. Nak kata ada bau pon memang takde! Masa tu tak syak apa pon anggap perubahan hormon ketika hamil. Sehinggalah 1 hari ena diserang sakit perut yang kuat, mengeras, cramp bawah perut mengulas-mengulas jam 1 pagi. Bila pergi wad kecemasan, scan baby aktif je tapi doktor terus tahan ena sebab syak kencing kotor. Doktor cek pagi tu then inform yang ena early contraction. Lama weyy sakit 11 jam contraction!! Cuma makan paracetamol untuk kurangkan sakit. 

Doktor decide ambil sample dari vagina dan air kencing. Jadi result pon dapat selepas seminggu, Dan doktor sahkan ena GBS carrier


Masuk wad pada 13/9/2019, 17 minggu kandungan. 11 jam early contraction. Syukur dapat kesan awal sebab ramai yang mesej inform ena ada yang 8 bulan baru dapat tahu ada GBS dan ada juga tak tahu langsung. Nak dekat due baru ada GBS pon ada.

Apa kesan GBS?

Memang agak risau pada mulanya bila doktor kata ia effect kepada baby masa melahirkan secara normal. So bayangkanlah ena tahu dari 17 minggu nak menempuh sampai bersalin tu lama kan, otak ni dah mula fikir bukan-bukan sebab doktor kata boleh bawa maut pada bayi. 

Untuk ibu yang mengandung tu takde kesan bahaya cuma ia beri effect kepada bayi dalam kandungan. Ada yang ena baca sebab kita suka makan manis jadi bakteria lagi aktif membiak. Tak sure lah kebetulan ke tapi masa mengandung kali ni tekak ena memang tak boleh telan air masak mesti muntah. Terpaksa makan gula-gula kenyal untuk hilangkan loya. Berbeza betul masa mengandungkan kakak sulung nak makan benda masam je.hahaha.


Pada 20/9/2019 dapat panggilan dari hospital inform result positif dan kena datang ambil antibiotik ni. Tablet Cefuroxime Axetil 125mg jenama Auroxetil. Antibiotik peninsilin untuk merawat jangkitan bakteria. Pergghhh.. sumpah tak tipu ubat ni pahit ya amat. Letak je kat lidah terus meresap pahit kat lidah. Try minum air manis pon still melekat kt tekak rasa dia. 1 hari kena telan 8 biji untuk seminggu. Ku gagah juga telan sebab nak anak ni selamat.

Persediaan sebelum bersalin. Apa perlu buat ?

1. Doktor akan pesan awal kepada semua ibu hamil untuk selalu ingat kalau ada demam je terus pergi hospital sebab bila kau ada GBS adalah sangat rumit. Tapi sepanjang hamil ena takde demam. Ini untuk memantau keadaan ibu dan bayi

2. Apabila sampai due dan keluar tanda, pastikan terus inform nurse dan doktor yang kau adalah GBS carrier sebab mereka akan berikan antibiotik awal sebelum bersalin. Jika korang bersalin normal yang akan memberi kesan kepada bayi. Tapi kalau czer memang takde antibiotik sebab ikut laluan perut.

Fuhhh... masa ni otak ena dah set mind nak teran cepat sebab takut anak tertelan keputihan kat pintu rahim. Part ni memang agak panic sebab kebarangkalian untuk terkena jangkitan adalah besar. Bila doktor cakap dah nampak rambut tu ena memang push sehabis tenaga supaya dia keluar cepat. Alhamdulillah jam 3:30 pagi bukaan dah 7 cm dan 3:45 pagi ena selamat bersalin.


Kredit to MajalahPaMa

Rawatan selepas bersalin.


Selepas jer bayi keluar, nurse bagi ena dukung dalam sejam masa nurse tengah jahit. Lepastu terus masuk NICU. Doktor memang dah pesan awal-awal selepas je lahir bayi akan ditahan selama 24 jam untuk pantau jika ada sebarang masalah akibat GBS carrier oleh ibu. Kalau dulu bayi kena tahan seminggu tapi sekarang ni hanya 24 jam. Kalau takde demam, boleh keluar awal dan dalam masa seminggu si ibu kena pantau di rumah jika ada demam. So dalam tempoh seminggu tu memang kami dalam keadaan baik saje dan anak pon takde demam.

Di bawah ini ada sedikit perkongsian yang perlu ibu pantau dalam masa seminggu selepas melahirkan berdasarkan risalah yang telah diberikan ketika ena keluar hospital. 


TANDA-TANDA JANGKITAN GROUP B STREP (GBS) PADA BAYI

Bawa bayi ke Klinik Kesihatan atau Unit Kecemasan Hospital yang terdekat dengan segera sekiranya bayi menunjukkan tanda-tanda berikut :


1. BUNYI

Tangisan dengan nada yang nyaring, sentiasa mengeluh atau merengek, mengerang berterusan seolah-olah sembelit

2. PERNAFASAN

Pernafasan yang sangat laju atau sangat perlahan atau sukar bernafas


3. PENAMPILAN KULIT

Kulit berwarna biru atau kelabu atau pucat, kulit bertompok atau bewarna merah, ubun-ubun (tempat yang lembut pada kepala bayi) yang keras atau bengkak, jangkitan (nanah dan/atau kulit merah) pada pangkal tali pusat

4. PENYUSUAN DAN TIDUR

Kurang atau enggan menyusu, tidak bangun untuk penyusuan, tidur terlalu banyak dan sukar untuk dibangunkan

5. PERILAKU

Keresahan, muntah, kulit berasa sakit apabila disentuh, tidak menggerakkan lengan atau kaki, tubuh lembik, merenung kosong, badan mengeras, pergerakan tersentak-sentak yang tidak dikawal

6. SUHU BADAN

Demam atau suhu badan yang rendah atau suhu badan yang tidak stabil, tangan dan kaki masih sejuk walaupun demam

**GBS boleh menjangkiti bayi sehingga beberapa bulan. Setiap orang perlu mencuci tangan sebelum mengendalikan bayi


Dhia Safiyyah baru 2 hari :) Lebat kan rambut dia.hehe. Dari awal hamil sampai bersalin asyik nak pergi toilet terkucil. 



Yeahhh.. dah 3 bulan. Rambut dah cukur masa 10 hari tapi cepat tumbuh semula. Syukur anak sihat. Inilah bayi dari seorang ibu pembawa GBS. Pesanan ena pastikan ambil tahu dan bertindak segera bila ada perubahan pada badan. Ikut segala saranan dari yang pakar.

Post a Comment

16 Comments

Cik Nor said…
first time thu ni..thanks for info ena..:)
Sis Lin said…
Oooo Ena sama kes dengan kawan Sis, dia pun sama macam Ena pembawa GBS, alhamdulilah selamat juga, kena plak anak no1, jadi blur dan takut dia...
Cuma beza, dia punya keputihan berbau..tu yang dia kongsi dan bertanya kami di group sekolah...kesian dia..

Comel baby Ena laa..gerammmm
Admin said…
Perkongsian info yg sangat berguna.mesti ramai yg belum tahu tentang GBS ni. Apa2 pun syukur semua selamat kan..
Rawlins GLAM said…
Thanks so much for the information. Ramai yang tak tahu pasal benda gini kan. Nanti nak share ngan adik-beradik - ilmu untuk kesihatan dan kesejahteraan bersama kan
Farhana Jafri said…
first time tahu GBS ni apa dia. Berbeza ye ikut orang. Alhamdulillah kak ina dengan baby dhia selamat tanpa apa-apa komplikasi. Comel baby Dhia!
SalinaJohari said…
Syukur Alhamdulillah. Yang penting ibu dan bayi selamat. Seronok bila tengok baby membesar , tambah bila dapat breastfeed dia. Moment yang kita takleh nak lupakan sampai bila-bila sebagai seorang ibu
Fanahalim said…
First time sebenarnya dengar nama penyakit ni. Alhamdulillah sis dan bayi selamat.
Farah said…
thank u kak for the tips, boleh simpan untuk rujukan in future
Aerill Hassan said…
Okay sebelum baca entri ni kemamg tak tahu pasal GBS selain Geng Bas Sekolah. Sekarang baru tahu & lepasni saya share dgn kakak2 saya.
iena eliena said…
firts time iena dengar tentang penyakit GBS ni..perkongsian yang bagus..btw Dhia comel sangat :)
Zaza Azman said…
Alhamdulillah selamat anak dan ibu. Za pun 1st time dgr psl ni. Thanks for sharing
Qbal Ramlan said…
Thank you for the sharinG. Might be usefull for me untuk masa akan datang. Semoga Kak Ena dan keluarga berada dalam keadaan yang sihat
Nadia Johari said…
Samalh nad, anak kedua ada GBS.. Memnag takut la. Dok goigle sana sini..tapi felaks juga. Alhamdulilkah masa bersalin baby ok, nurse doktor pantau juga.. Tiga hari dh boleh balikmm
Hanny Abdullh said…
Baru tahu pasal GBS ni. Apa2 pun alhamdulillah semuanya selamat dn baby sibat n comel
Mawardi Yunus said…
Perkongsian pengalaman yang bagus sis untuk bakal-bakal ibu kat luar sana yang ada masalah yang sama.
Fiza Aizzawa said…
Baru tahu mengenai GBS nie.. bahaya rupanya.. mujur semua dah selamat Ena..