MENU CITARASA MALAYSIA RAMADHAN BUFFET @ LAMAN KAYANGAN
Pada 28 Februari 2020 telah diadakan majlis Early Bird Preview Ramadhan Buffet yang menyediakan lebih daripada 100 menu dari pelbagai negeri bersesuaian dengan menu "Citarasa Malaysia" bertempat di Laman Kayangan, Seksyen 7 Shah Alam.
Lokasi yang sangat strategik memberi peluang kepada orang awam serta syarikat yang ingin membuat tempahan awal menjelang bulan Ramadhan tidak lama lagi. Pasti semua orang hendak pakej yang berbaloi terutama promosi yang disediakan. Jadi ini salah satu tempat yang boleh korang survey untuk juadah berbuka puasa nanti.
Tempat nampak eksklusif, berhawa dingin, parking dan WIFI disediakan secara percuma dan paling penting surau untuk memudahkan umat islam untuk mengerjakan solat.
Buffet ala gerai style memudahkan pengunjung memilih menu dari pelbagai negeri belah utara hingga selatan.
Gerai "Pak Mat Kopiah" menyediakan Cendol Ais Salju, Ais Kacang macam-macam dan Aiskrim Lejen.
Gerai "Tajamkan Pisaumu" menyediakan aneka buahan segar seperti tembikai, tembikai susu dan oren.
Aneka kuih muih pasti membuatkan korang rambang mata untuk makan !
Dessert juga nampak enak !
"Geng 8 Balang" ini menyediakan daripada 8 jenis air kordial manis, Kopi Che Din dan Teh Tarik Ali Bhai
Tak pastilah kenapa nama gerai "Tepi Parit Johor" tapi kat johor memang banyak nama kawasan depannya "Parit". Mungkin sinonim lah kot. Menu utama adalah Laksa Johor dan Sup Daging Merah.
Gerai "Belah Utagha" menampilkan juadah Laksa Penang dan Mee Kari Lo Keng.
Gerai "Che Siti Wan Kembang" juadah Cholek-cholek dan Nasi Dagang Pak Hassan.
Gerai "Panjang Beratur" menyediakan menu berat dan memang membuka selera seperti Nasi Tujuh Benua, Tempoyak Ikan Patin Temerloh, Asam Pedas Ikan Pari Parit Sulong, Ayam Ghodang Podeh Jolobu, Ayam Kapitan Jonker Walk, Rendang Tok Temong dan banyak lagi ! Ni bukan saje panjang beratur tapi panjang masa nak fikir ambil lauk.hahahaha...
Jika korang pencinta pasta boleh lah singgah ke gerai "Orang Kota". Ada menu Pasta Pastu, Peri Peri Sauce, Carbonara Mushroom, Bolognese Sauce, Asam Pedas Sauce, Aglio Olio, Mix seafood dan sayuran.
Gerai "Mak Ngah Bam Bam" iaitu Nasi Gulung Sepesel dengan Rendang Ayam, Kari Ayam, Sambal Telo, Massala dan Serunding Daging.
Di bahagian luar juga ada buffet seperti Gerai "Kuali Panas" iaitu Cucur Sayur, Keropok Lekor, Pisang Goreng, Wantan Goreng dan Massala Vade
"Gerai Pak Din" untuk menu Steambombastik (Fish cake, Fish ball, Crab stick, Sotong ball, Segi seri special soup) dan banyak lagi.
Menu terakhir adalah kambing Golek dari gerai "Atas Bara". Ada Grill Mutton slice, Grill Chicken slice, Salad dan 2 jenis sos.
Amacam.. terliur tak tengok semua juadah????
Jika korang nak jimat boleh lah grab promosi Early Bird sekarang sah sehingga 24 April 2020 ini. Harga serendah RM59 dan makan sepuas-puasnya!!
MAKLUMAT LANJUT DI LAMAN SOSIAL MEDIA
18 Comments
dekat dah ekk time nyer. excited.
aneka makanan nak di makan.
penoh meja kita nanti ha ha ha ha ha...