MATTA Fair merupakan satu pameran pelancongan yang dijalankan oleh Malaysia Association of Tours & Travel Agents bagi memberi ruang kepada agensi-agensi pelancongan dari dalam dan luar negara untuk mempamerkan pakej-pakej dan tawaran pelancongan yang menarik kepada pengunjung yang datang ke pameran ini.
Antaranya flight deals, hotel promo, best destinations all over the world dan banyak lagi. Kalau korang kaki travel, ini adalah lokasi wajib yang korang perlu datang. Mengikut statistik daripada MATTA Fair yang lepas, terdapat 293 peserta pameran yang menyertai untuk memberi pakej-pakej pelancongan yang sukar untuk korang tolak. Antara peserta yang terlibat semasa pameran ini berlangsung ialah dari Travel Agencies, Hotels & Resorts, Airlines, Cruise dan banyak lagi.
Seperti tahun-tahun yang lepas, pameran ini akan diadakan secara besar-besaran di Putra World Trade Centre (PWTC) dan secara automatiknya korang tak perlu bimbang untuk ke sana kerana banyak public transport yang boleh digunakan dan memandangkan trafik akan menjadi sesak ketika hari kejadian, ena sangat sarankan supaya korang mengambil public transport sahaja untuk ke sana.
Basically, terdapat 3 bahagian penting yang korang perlu fokuskan mengikut apa yang korang inginkan dari MATTA Fair ini. Antara 3 bahagian itu ialah Pakej Antarabangsa, Pakej Domestik dan Pakej Umrah.
Bahagian Pakej Antarabangsa
Di bahagian ini, korang akan mendapati banyak agensi-agensi pelancongan yang bakal memberi tawaran-tawaran pelancongan diluar jangkaan korang. Pelbagai destinasi menarik menjadi tumpuan pengunjung seperti Korea, Japan, Vietnam, Thailand, Australia, Turki dan banyak lagi. Korang dapat bersoal jawab dengan agensi pelancongan itu sendiri mengenai tempat-tempat yang korang ingin pergi. Jadi jika korang memang ada beberapa negara yang berada di dalam busket list, boleh terus tanya kepada mereka mengenai pakej-pakej yang ada untuk negara tersebut.
Bahagian Pakej Domestik
Untuk pakej domestik pula, ia merangkumi pelbagai aspek penting untuk korang melancong di dalam negara. Antaranya tawaran penerbangan domestik, tawaran penginapan hotel dan resort yang murah dan senarai lokasi yang menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Jadi kalau korang bercadang untuk menghabiskan masa untuk melancong di dalam negara sahaja, boleh la start survey tawaran terbaik yang ada di bahagian pakej domestik ini.
Bahagian Pakej Umrah
Seperti yang kita tahu, pakej bagi umat islam untuk melakukan umrah bukanlah murah bagi sesetengah masyarakat. Dengan pelbagai perkara yang perlu difikirkan. Tetapi jika korang ingin cuba mendapatkan tawaran pakej umrah yang lebih murah daripada harga biasa, korang boleh survey di MATTA Fair ini. Mana tahu, jika ada rezeki, tawaran yang disediakan di sana dapat memenuhi bajet korang untuk menunaikan umrah pada masa akan datang. Di MATTA Fair ini memang disediakan bahagian khas bagi agensi yang melakukan tawaran bagi pakej umrah.
Itu lah sedikit sebanyak info yang ena dapat kongsikan mengenai MATTA Fair yang bakal berlangsung nanti. Bila dah sebut pasal promo and deals ni teringat pulak ena kat Traveloka. So guys jangan lupa grab promo kat Traveloka jugak okay. Mana tau boleh grab Malaysia Airlines discount promo untuk next trip percutian.
Yang ni pilihan yang sangat sesuai bagi korang yang tak dapat nak datang MATTA Fair atau lebih sukakan ketenangan masa nak buat perbandingan hotel. And don’t worry, Traveloka ni jugak ada promo flights, entrance ticket untuk aktiviti, hotel and resorts and banyak lagi. Boleh check kat Traveloka Apps okay. Salah satu kelebihan lain yang ada kat Traveloka ni jugak, promo dia ada pada bila-bila masa sahaja. So kena rajin jugak check it out promo and deals through apps tu. Rasanya kalau first time user dapat discount untuk hotel booking. Mana yang tak pernah sign up, boleh la sign up sekarang.
Jadi kesimpulannya, kalau korang memang dah ada niat nak bawa yang tersayang bercuti ke mana-mana tu, korang kenalah buat pilihan yang bijak. Dapatkan tawaran pakej yang menarik masa kat MATTA Fair nanti atau boleh survey-survey bajet kat Traveloka Apps. Sangat membantu. Okay lah, ena rasa setakat ni sahaja yang ena dapat sharekan. Nanti kalau ada lagi info yang menarik ena sharekan lagi okay. Selamat bercuti semua.
Tq for reading :)
18 Comments
masih lom berpeluang. dgr nyer best offer di matta fair.
ramai friends kaki travel, dok KL, akan terjah matta fair without fail!