Promo & Deals Gempak di MATTA Fair 2020


MATTA Fair merupakan satu pameran pelancongan yang dijalankan oleh Malaysia Association of Tours & Travel Agents bagi memberi ruang kepada agensi-agensi pelancongan dari dalam dan luar negara untuk mempamerkan pakej-pakej dan tawaran pelancongan yang menarik kepada pengunjung yang datang ke pameran ini. 


Antaranya flight deals, hotel promo, best destinations all over the world dan banyak lagi. Kalau korang kaki travel, ini adalah lokasi wajib yang korang perlu datang. Mengikut statistik daripada MATTA Fair yang lepas, terdapat 293 peserta pameran yang menyertai untuk memberi pakej-pakej pelancongan yang sukar untuk korang tolak. Antara peserta yang terlibat semasa pameran ini berlangsung ialah dari Travel Agencies, Hotels & Resorts, Airlines, Cruise dan banyak lagi.  

Seperti tahun-tahun yang lepas, pameran ini akan diadakan secara besar-besaran di Putra World Trade Centre (PWTC) dan secara automatiknya korang tak perlu bimbang untuk ke sana kerana banyak public transport yang boleh digunakan dan memandangkan trafik akan menjadi sesak ketika hari kejadian, ena sangat sarankan supaya korang mengambil public transport sahaja untuk ke sana. 

Basically, terdapat 3 bahagian penting yang korang perlu fokuskan mengikut apa yang korang inginkan dari MATTA Fair ini. Antara 3 bahagian itu ialah Pakej Antarabangsa, Pakej Domestik dan Pakej Umrah.

Bahagian Pakej Antarabangsa


Di bahagian ini, korang akan mendapati banyak agensi-agensi pelancongan yang bakal memberi tawaran-tawaran pelancongan diluar jangkaan korang. Pelbagai destinasi menarik menjadi tumpuan pengunjung seperti Korea, Japan, Vietnam, Thailand, Australia, Turki dan banyak lagi. Korang dapat bersoal jawab dengan agensi pelancongan itu sendiri mengenai tempat-tempat yang korang ingin pergi. Jadi jika korang memang ada beberapa negara yang berada di dalam busket list, boleh terus tanya kepada mereka mengenai pakej-pakej yang ada untuk negara tersebut.

Bahagian Pakej Domestik


Untuk pakej domestik pula, ia merangkumi pelbagai aspek penting untuk korang melancong di dalam negara. Antaranya tawaran penerbangan domestik, tawaran penginapan hotel dan resort yang murah dan senarai lokasi yang menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Jadi kalau korang bercadang untuk menghabiskan masa untuk melancong di dalam negara sahaja, boleh la start survey tawaran terbaik yang ada di bahagian pakej domestik ini.

Bahagian Pakej Umrah


Seperti yang kita tahu, pakej bagi umat islam untuk melakukan umrah bukanlah murah bagi sesetengah masyarakat. Dengan pelbagai perkara yang perlu difikirkan. Tetapi jika korang ingin cuba mendapatkan tawaran pakej umrah yang lebih murah daripada harga biasa, korang boleh survey di MATTA Fair ini. Mana tahu, jika ada rezeki, tawaran yang disediakan di sana dapat memenuhi bajet korang untuk menunaikan umrah pada masa akan datang. Di MATTA Fair ini memang disediakan bahagian khas bagi agensi yang melakukan tawaran bagi pakej umrah.

Itu lah sedikit sebanyak info yang ena dapat kongsikan mengenai MATTA Fair yang bakal berlangsung nanti. Bila dah sebut pasal promo and deals ni teringat pulak ena kat Traveloka. So guys jangan lupa grab promo kat Traveloka jugak okay. Mana tau boleh grab Malaysia Airlines discount promo untuk next trip percutian. 

Yang ni pilihan yang sangat sesuai bagi korang yang tak dapat nak datang MATTA Fair atau lebih sukakan ketenangan masa nak buat perbandingan hotel. And don’t worry, Traveloka ni jugak ada promo flights, entrance ticket untuk aktiviti, hotel and resorts and banyak lagi. Boleh check kat Traveloka Apps okay. Salah satu kelebihan lain yang ada kat Traveloka ni jugak, promo dia ada pada bila-bila masa sahaja. So kena rajin jugak check it out promo and deals through apps tu. Rasanya kalau first time user dapat discount untuk hotel booking. Mana yang tak pernah sign up, boleh la sign up sekarang. 

Jadi kesimpulannya, kalau korang memang dah ada niat nak bawa yang tersayang bercuti ke mana-mana tu, korang kenalah buat pilihan yang bijak. Dapatkan tawaran pakej yang menarik masa kat MATTA Fair nanti atau boleh survey-survey bajet kat Traveloka Apps. Sangat membantu. Okay lah, ena rasa setakat ni sahaja yang ena dapat sharekan. Nanti kalau ada lagi info yang menarik ena sharekan lagi okay. Selamat bercuti semua.

Tq for reading :)

Post a Comment

18 Comments

faizzahamir said…
Wah dah bole plan ni nak travel ke mana. Mana tahu ada rezeki dapat tunaikan umrah pulak. Aaminn
Rawlins GLAM said…
Percaya taj bahawa Rawlins tak pernah sekali pun pergi MATTA sebab tak suka bersesak? Rawlins selalu tumpang kengkawan yang gigih ke sana - dia akan cari pakej dan sekaligus jadi perancang percutian kami sekawan
Bella Jamal said…
Memang boleh dapat tawaran harga menarik ni nanti di MATTA Fair. Tambah pula nak mudah boleh juga book dari aplikasi Traveloka kan. Nak cari tiket ke Jepun lahh.
Sunah Sakura said…
baru teringat Traveloka da sambut anniversary ke 8 tahun ek..mesti banyak promo dan diskaun berbaloi-baloi..tak sempat ke MATTA Fair, boleh belek aje kat Traveloka khenn
Nadia Johari said…
Memang suka buka apps Traveloka tengok promo ni.. Hehehe.. Sellau kaau bercuti memng nad guna traveloka.. Bagus sangt.. Sush juga nak p matta fair dengan sesak macam tu
Mahamahu said…
Sejak ada kes penyakit berjangkit Covid-19 ni memang pelancongan negara kita terjejas terus juga. Dengan ada program Matta ini menggalakkan pelancongan domestik agar kita dapat memangkin ekonomi negara dalam keadaan kritikal ini...
adianiez AIDA said…
sgt teringin nak gi matta fair.
masih lom berpeluang. dgr nyer best offer di matta fair.
ramai friends kaki travel, dok KL, akan terjah matta fair without fail!
Sis Lin said…
Sedang menahan nafsu nak membeli memana percutian ni..kalau tak arghhhhh tahun ni bercuti lagi leee...
Princesa3290 said…
Senang ada apps Traveloka ni! Saya sendiri pun suka guna Traveloka bila nak travel! ;)
RAIHANAH AHMAD said…
insyaAllah boleh. kena plan percutian dalam negara je due to the current outbreak
Cik Min said…
Tiap thn mmg teruja tgg MATTA fair ni tp tu la thn ni covid-19 pulak melanda so kena hadkan aktiviti
Dikbee said…
Sis pernah pergi MATTA Fair dengan kawan-kawan. Memang meriah tengok segala promo yang ada. berbaloi-baloi.. tapi tu la, tak sanggup rasanya nak bersesak-sesak. Better guna Traveloka kan. Sambil baring2 pun boleh survey pakej yang menarik
Illya LeYa said…
Akan bersesak-sesak lah PWTC bila Matta Fair bermula.. Hehe.. Masing-masing ingin dapatkan promosi terbaik dan berbaloi.
Mmg gempak promo nya. Dan sangat berbaloi pembelian pada masa skrg
Sunshine Kelly said…
Nanti nak check ada tak pakej cuti dalam negara kita
mamapp said…
Syoknya nak berjalan moga cepatlag covid berlalu
Siti Awadah said…
menarik juga promo ni.. .berbaloi-baloi kot.. mcm2 bahagian pulak tu.. senang utk mereka yg nak gunakan servis2 ni semua.. dh tahu mana nk cari