Cara Naikkan HB Sebelum Bersalin & Pemakanan Ibu Hamil Anemia Cara Saya

Assalamualaikum & Hye :)


Tahun 2020 ni memang ramai sangat kenalan yang hamil dan bersalin. Ena pon bersyukur sebab plan nak dapat baby 2020 semakin hampir dan dijangka bersalin bulan Februari 2020. So sepanjang kehamilan ni ena dah masuk wad 2 kali untuk kes pertama early contraction 11 jam (kandungan 17 minggu) dapat detect GBS Positive. Kali kedua pula Anemia (29 minggu). Ena bukan asalnya dah ada anemia tapi start trimester kedua HB (Haemoglobin) dah drop.

Bacaan HB ketika hamil

7 minggu - 12.7
11 minggu - 13.0
18 minggu - 12.1
19 minggu - 11.2
26 minggu - 10.9
29 minggu - 9.8 (Masuk wad)
31 minggu - 10.1
35 minggu - 10.7
36 minggu - 10.4 (Jumpa pakar pemakanan)
37minggu  - 11.4


Sebelum masuk wad ni ena dah 3 kali gelap mata hampir nak pengsan dalam toilet tapi bila gelap mata tu terus cari tempat duduk dan rehat seketika. Sesak nafas banyak kali. So bila tanda-tanda tu dah nampak terus cek HB cara FBC (Full Blood Count) dengan result 9.8 dan tekanan darah tiba-tiba jadi rendah. Mungkin masa tu letih sangat dan kurang jaga makan. Selepas rehat sehari di hospital barulah badan sihat. Normal la kan jadi ibu dah ada anak ni berbeza sebab kita nak rehat secukupnya agak susah. 

SEJARAH ANEMIA KANDUNGAN ANAK PERTAMA

Kandungan kedua ni memang ena betul-betul fight untuk naikkan HB sebab ena ada sejarah anemia masa kandungan pertama. Memang mimpi ngeri kalau berulang kembali. Apa effect selepas lahirkan Sumayyah??

1. Tumpah darah ketika bersalin. HB 10 drop jadi 7.
2. Masuk darah. Yang ni memang sakit ya amattttttt. Asyik beku je sampai tangan bengkak.
3. Kuning anak tinggi. Masuk balik wad :(
4. Susu badan drop. Terpaksa campur susu formula.
5. Badan lemah sampai terpaksa keluarga bantu mandikan sebab asyik nak pitam.

Sebabtu HB ni sangat penting kena jaga sampai di akhir kehamilan sebab risiko lain pon ada seperti keguguran, kematian ibu dan anak, anak lahir pramatang dan tumbesaran bayi terganggu. 

Nasib baiklah masa Sumayyah lahir tu dah 37 minggu dah cukup matang. Jadi sepanjang usia dia dah 5 tahun tiada masalah tumbesaran.

TAK MAKAN UBAT TAMBAH DARAH KE????

Haaa mesti korang akan cakap ena ni tak ambil ubat. Untuk pengetahuan korang, ena dah tukar ubat sebanyak 6 kali ikut saranan pakar O&G (Obstetrik & Ginekologi) juga tapi doktor sahkan ada ibu hamil yang macam ena jenis badan yang "Unable to tolerate" untuk sebarang ubat. 

Dari ubat hospital sampai lah ke farmasi semua ena cuba tapi automatik badan ena akan flat tak boleh bangun. Kesannya half day loya, sakit kepala, sesak nafas, perut mengulas dan sembelit.


NASIHAT PEMAKANAN IBU HAMIL ANEMIA


Part ni ena memang suka sebab first time jumpa. Memang best lah dia akan guide kita cara makan hidangan yang betul. Sebenarnya ena memang makan semua yang disarankan tapi HB tak naik jugak disebabkan cara hidangan tu yang salah!!! So point nya makan khasiat tapi cara yang salah! 

Masa ni baru lah faham kenapa HB tak naik juga rupanya-rupanya pemakanan ibu hamil anemia ni adalah dalam kuantiti yang lebih tinggi berbanding orang yang tiada anemia. 


1. PENGAMBILAN MAKANAN SEIMBANG (SUKU, SUKU, SEPARUH)

Korang boleh tengok contoh gambaran di atas menu mengikut sukatan. So tiada masalah nak ambil nasi dalam kuantiti sedikit.

2. UBAT ZAT BESI DIAMBIL SETIAP HARI


Semua doktor termasuk pakar cakap benda yang sama, ubat terbaik adalah "MALTOFER" tapi tersangatlahhhhh susah nak cari okey sebab production dah stop keluarkan jenis pil. So yang ada jenis syrup. Rasa memang sedap perisa coklat tapi bau dia hanyir darah. Hahaha. Memang loya tekak minum. 

Ni ena share lah untuk korang yang cari the best ! Even ena makan Sangobion pon doktor still cakap makan Maltofer the best. Tapi nasib tak menyebelahi ena untuk dapatkan jenis pil, Jadi doktor guide ena jaga pemakanan saje. Kena usaha lebih untuk topup zat besi. kalau korang boleh telan ubat itu adalah bonus tambahan.


3. AMBIL MAKANAN KAYA ZAT BESI

3-4 hidangan daging merah / minggu
2 hidangan organ dalaman / minggu
1 hidangan kekerang / minggu
1-2 hidangan ikan @ ayam / hari
3 hidangan sayur berdaun hijau / hari
1 hidangan kurma @ kismis @ prun / hari

4. VITAMIN C UNTUK PENYERAPAN ZAT BESI

Ambil jus atau buah-buahan tinggi serat seperti jambu batu dan delima.

5. ELAKKAN PENGHALANG PENYERAPAN ZAT BESI

Untuk jenis pemakanan di bawah perlu selang 2 jam sebelum atau selepas ubat zat besi @ makanan tinggi zat besi.

Susu, telur, bijirin seperti roti, tauhu, tempe, soya
Minuman bermalta seperti horlicks, ovaltine, milo dan coklat

6. STOP KOPI / TEH / NESCAFE / MINUMAN COKLAT

Sejujurnya ena peminat tegar kopi tapi disebabkan anemia dan ena cakap juga pada pakar kadang-kadang teringin minum. Cukuplah lepaskan rasa tekak tu sekali seminggu tapi buat cair je. Dan selang makan ubat perlu ambil masa selama 8 jam ! yang ni tidak digalakkan ya.

TIPS PEMAKANAN CARA ENA

Senarai contoh di bawah adalah apa yang ena amalkan untuk naikkan semula HB dan sekarang maintain 11 ke atas.

JUS PEGAGA CAMPUR EPAL HIJAU




Amalkan seminggu 2 kali. Masa awal preggy ena suka makan epal merah sebab tak suka masam-masam. Rupanya nurse kata elok makan epal hijau. huhu, so kita pon tukarlah makan epal hijau setiap hari. Kalau rajin buatlah jus pegaga + epal hijau + 1sudu gula perang kalau nak ada manis sedikit. Memang sedap :)

AIR BARLI

Ena suka rebus sendiri sebab bila order kat kedai ni memang manis sungguh. Kalau rebus sendiri puas hati banyak dapat dan jimat kos.


MAKAN SEAFOOD 2 KALI SEMINGGU

Seafood ni tak digalakkan makan setiap hari sebab boleh jadi kencing kotor. Seeloknya makan 2 kali saje seminggu. Kalau kerang pula anggaran 1 hidangan sebanyak 20pcs.




Untuk ikan @ ayam pula makan kena lah 1 ekor ikan @ 1 peha ayam sekali hidangan. Bukannya separuh ikan sekali hidangan. Bermakna 1 hari 2 ekor ikan untuk 2 hidangan. Daging pula sebanyak 2 keping.

Begitu juga sayur, contoh sayur bayam perlu 1 ikat untuk 1 hidangan taw.  Sebab sayur kalau masak kecut jadi sedikit je. Bukan 1 ikat tu untuk 2-3 kali hidangan. Huishh memang menguji tekak juga lah nak makan sayur hijau setiap hari.


Begitu juga ikan bilis, paling senang nak sediakan cuma goreng. Kuantiti sebanyak 1 cawan sekali hidang. Bukan 2-3 sudu ikan bilis. Part ni memang ena silap kuantiti. Konon buat kudapan dalam menu berat. Tapi kena kuantiti yang banyak juga.


SNEK @ KUDAPAN HARIAN

Normally ibu hamil memang kerap lapar kan. Jadi gantikan snek seperti buah-buahan dan kekacang


Kacang kuda rebus paling senang nak sediakan. Makan pon sedap panas-panas. HB memang naik masa makan 3 hari tu HB ena dari 10.4 naik 11.4. 1 mangkuk sekali makan.



Jambu batu adalah antara snek terbaik diamalkan setiap hari. Tapi macam ena memang tak serasi sebab jadi sembelit teruk. Jadi ena gantikan dengan buah naga. Korang makanlah buah yang sesuai untuk lawaskan pembuangan. So far ena amalkan pisang dan buah naga setiap hari. Memang lancar pembuangan ! Buah-buhan tiada had pengambilan. Boleh makan sebanyak mana yang boleh.


Diharapkan perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu hamil yang mengalami masalah sama seperti ena. Sebab HB ni sangat penting untuk ibu dan anak, kalau tidak oksigen kurang dibekalkan kepada anak boleh menyebabkan pelbagai masalah. Apa yang ena kongsikan ini berdasarkan pengalaman dan guide dari pakar pemakanan. Semoga ia dapat membantu :)

Post a Comment

25 Comments

Wak Lat said…
barli suam satuu., ;p
Siti Awadah said…
nice sharing.. HB rendah masa mengandung ni bahaya.. memang kena jaga makan dan pantau kesihatan selalu..
Ezna Khalili said…
Pernah anemia dan saya makan sup bayam. Alhamdulilah lepas tu jumpa Dr dia tanya awak makan apa?. Dah takde anemia dah...
memang penting mengambil pemakanan yang sihat terutama pada mereka yang preggy ni kan hehe
Farhana Jafri said…
Kesiannya sampai 6 kali bertukar doktor, lain orang lain ujian masa pregnant dia ye. Macam nice je jus epal hijau dengan pegaga tu. Nak try la nanti. Take care ya sis :)
Cik Puan Ena said…
Tukar ubat. Bukan tukar doktor. Hehe
Bro Framestone said…
Ramai orang terlepas pandang pasal benda nie time mengandung... Xsalah pun kalau mengidam berbukan, janji ada benda lain yang korang boleh telan...

Benda macam nie, xboleh dibuat main...
Sis Lin said…
Kesiannya Ena, nyilu rasa membacanya...
Syukur juga sepanjang Sis mengandungkan tiga anak, takde dan tak pernah lagi alami apa-apa masaalah dr sebelum hingga melahirkan...

Jaga diri Ena...
Umi Nazrah said…
saya pun ada masalah hb ni. kalau tak mengandung pun ada masalah jugak >.<
Hanny Abdullh said…
Alhamdulillah..masa mengandungkan semua anak sis tak ada masalah apa-apa. Sekarang tak mengandung ni pulak banyak penyakit datang..:D. Apa2 pun jaga diri ya, ikut nasihat doktor
Nadia Johari said…
Bahay juga ye ade anemia ni..hb low ni..lagi waktu mengandung..nasib awak pergi jumpa pegawai zat makanan..boleh tau pemakana yang boleh tambah darah ni
Marina Bashah said…
Thank you sharing info ni. Bermanfaat sangat2. Alhamdulillah Marina masa mengandung tkde anemia. Take care ye
Cik Min said…
Wah info yang bagus terutama untuk bakal-bakal ibu. Memang jaga pemakanan tu faktor paling penting
Aerill Hassan said…
Terima kasih atas perkongsian. sememangnya antara tips2 dan perkara penting untuk bakal-bakal ibu. :)
RAIHANAH AHMAD said…
vitamin c dan zat besi kena makan sekali. sebab tu disyorkan makan sayur sekali dengan buah. thanks info ya
ayeesha anna said…
Sedapnyee jambu batu. Thanks sharing
Ruby said…
Pengorbanan ketika hamil ni yang ruby tak tahan. Huwaaa. Sebab trauma bukan aje semasa bersalin. Semasa hamil tu lg mencabar. Warded, check up, masa kita menunggu dan apa yang kita perlu makan. Fuhhh. Semoga Ena dan baby sihat. Selamat berpantang in advance. hahaha.
Sunah Sakura said…
kalo tak silap, adik akak pun kena macam ni masa mengandung anak pertama...yang kedua ri tu baru ok..
faizzahamir said…
Nice info. Thanks ena berkongsi ilmu
Alia Farhan said…
Saya dulu makan jambu batu.. Mmg berkesan utk saya. Tiba2 rasa teringin nak makan jambu batu plak
Unknown said…
Maltofer jenis tablet ada je dijual di farmasi. Sy pun ambil pil maltofer tablet.
Unknown said…
Salam..hi sis nk tnya..jus pegaga tu dh bole mnum ea awl kehamilan?? Sya mmg mngandung yg dlu2 pn ad mslh hb..ni bru mngandung lg,dn sya alahan agk bole tahan..tkut bila buka buku,n check hb low..
Cik Puan Ena said…
Rasa boleh je sbb nurse yg bg cadangan ni
Faradidi said…
Tq ena sharing ttg ni. Kita pregnant ni ha susah betul nak naikkan hb. Boleh cuba lah apa yang ena kongsi kan ini.
Anonymous said…
Tq sharing.saya jenis susah nk telan iron tablet. Takmau masuk kt tekak la kak. Umo saya 24 bujang lagi. Tapi dah 8.6 je hb😩saya nk cuba amalkan apa yg akk makan je.