Umbrella Alley Muar Tarikan Baru di Muar Part 2

Muar Dimata Dunia!

Bandar Muar yang dahulunya dikenali sebagai Bandar Pencen kini semakin dikenali sebagai salah satu Bandar Terbersih Asia "BANDAR PELANCONGAN TERBERSIH ASEAN 2018". 

Kalau korang nak tahu siapa yang merokok di tempat awam dan jugak kedai makan dikenakan kompaun bersesuaian dengan tindakan penguatkuasaan KOMPAUN KESALAHAN ANTI-LITTER. Kesalahan yang dikenakan adalah membuang puntung rokok di tempat awam dan membuang sampah atau kotoran di tempat awam.

Ena kalau jalan bandar Muar, memang ramai je pihak berkuasa rounder. Haaaa.. so kalau parking tu cepat-cepatlah letak kupon kalau tak nak kena saman. Janganlah setakat nak parking 5-10minit. Memang sekejap je dah kena. Sebab dah terkena jugak.hahahaha....Suami lupa nak letak. Ingat boleh lepas ! kupon pon senang je dapat memang banyak jual je kat kedai tepi jalan sekeping 60sen.

UMBRELLA ALLEY TARIKAN BARU UNTUK PARA PENGUNJUNG


Sebelum ni ena ada share 1 entri dan mendapat hits yang tinggi di carian google. Wowww. Ramai juga ye orang nak tahu Apa Ada di Muo???? So boleh terjah entri lama ni dulu Muar Cultural Walk Part 1. Sebab 2 tempat ni dekat je dalam kawasan bandar Muo. Haa kalau duduk Muar kita kena lah panggil Muo.hehe..

Kali ni ena nak share tarikan baru yang mula dibangunkan pada sekitar July 2019. Masa tu tak banyak lagi mural art. Kali ni ena jalan bawa family pada December 2019 siap ada 2 bangunan taw penuh dengan mural. Kalau budak-budak memang teruja lah sebab banyak kartun animasi Malaysia yang ada !

KENAPA LORONG BELAKANG PREMIS PERNIAGAAN????


Tempat ni memang agak tersorok. Kalau tak nak sesat, korang cari je bangunan Majlis Perbandaran Muar (MPM) dan parking sebelah OCBC bank. Dari situ dah nampak payung warna-warni ni. 

Lokasi:
- Lorong Belakang, Jalan Sisi, Muar
- Lorong Belakang, Jalan Othman, Muar

Ok berbalik kepada cerita asal kenapa buat di kawasan lorong adalah untuk menaiktaraf di mata manusia bahawa daripada kita set mind lorong tu kawasan tercemar, lebih baik kita jadikan tempat yang cantik dan ceria. Usaha ini adalah untuk meremajakan kawasan Muar. Tengoklah deretan payung berwarna-warni ini menceriakan lagi lorong.



Honestly sejak menetap dari 2014, ena memang in love dengan Muo terutama makanannya. Teringin nak makan ikan bakar, cendol atau coconut shake tak perlu pon pergi Melaka sebab kat Muo pon ada !



Terbaharu, Mohd Reza Bin Mohamed Jahari memotretkan salah satu mural yang terdapat di Muar melalui Pertandingan Fotografi "National Geographic's Uncover Malaysia" #BetterMeBetterMalaysia 2019.





Yang ni bangunan sebelah. Kiri dan kanan bangunan je. Betul-betul dalam kawasan uptown. Part sini yang ada pelbagai kartun terkenal.



My Princess Sumayyah memang peminat tegar Elsa.















Dah puas berjalan, teruslah kita singgah makan Cendol Kampung Hulu !!!

Yang ni korang kena melintas ke bangunan sebelah pula. Jalan kaki je senang. Tak tahu boleh tanya orang di sekitar kedai.


Sebelah cendol ni ada lagi kawasan mural taw! Haa kami macam biasa lah swafoto. Unik sangat. Jangan lupa singgah taw !


MPM PIHAK BERKUASA TEMPATAN PERTAMA YANG MENGGUNAKAN TEKNOLOGI “AUGMENTED REALITY” MURAL!


Lukisan mural telah lama wujud dalam sejarah manusia, namun kini lukisan ini telah diubah dengan teknologi yang baru. Program ‘Back to Back Lane’ oleh Majlis Perbandaran Muar (MPM) telah mengubah lorong belakang dari Jalan Maharani ke Jalan Ali menjadi kawasan baharu yang menarik untuk kunjungan penduduk dan pelancong dengan lukisan mural dengan menggunakan teknologi ‘Augmented Reality’ (AR). 

Bagi menjadikan lorong belakang lebih menarik, pihak Majlis Perbandaran Muar (MPM) bekerjasama dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk menyediakan kemudahan QR Code. 

Melalui lukisan mural ini, Majlis Perbandaran Muar (MPM) telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai ‘Pihak Berkuasa Tempatan Petama Yang Menggunakan Teknologi “Augmented Reality” Mural’ pada 17 Februari 2019.


CENDOL KAMPUNG HULU, MUAR





Untuk entri ni ena ada share DISINI untuk senarai menu cendol.

LUNCH DI NASI KUKUS KOTA BHARU, JALAN SULAIMAN ORIGINAL DARI KELANTAN


Di sini korang kena tabahlah beratur panjang sebab memang ramaaaaiiiiiii. Ayam goreng berempah boleh pilih sendiri samada ayam biasa atau ayam dara. Haa ayam dara lagi besar lah. Sob..sob... masa ni datang jam 12 tengahari tak dapat nak makan Nasi Kerabu Daging marbeles dia. So kami semua makan Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah. Padu bebbbb... Kalau nak rasa menu lain pastikan datang awal jam 10 pagi. Kalau tidak punah harapan taw cepat habis ! yang kami order ni Rm5.50 sepinggan. Sambal dia mantap, pedas, manis, masam secukup rasa. Meleleh air mata mak.haha.

Rasa teringin tak nak datang Muo??? Apa kata jadikan Muo sebagai salah satu destinasi pelancongan korang. Waterpark pon ada taw ! Memang puas hati dengan kesedapan pelbagai menu makanan yang ada. Nak terjah port makan, boleh klik di bawah.


Post a Comment

29 Comments

Umi Nazrah said…
Rindunya nak pi Muo. Dedulu duduk belajar uthm di parit raja, ada jugak singgah Muo 😁
Sunah Sakura said…
masih cantik lagi street art dia semua tu...kalo kluang da tak berapa lawa da...
Farah said…
Wahhh cantiknya. Love teruk tgok dia punya deco dan lukisan mural tu ❤️. Kalau datang muar, boleh singgah sini. Sambil pekena mee bandung muar yang tak boleh lawan kat mana mana hehe
sitirohaida said…
wah bestnya..tulah, tak sempat nak explore semua johor kan..padahal banyak je tempat menarik di Johor ni kan...
Rawlins GLAM said…
Rawlins belum pernah lagi travel dan enjoy Muar. Dah baca your entry nie, Rawlins terasa nak melancong ke sana plak. Menarik dan very instaworthy
Ezna Khalili said…
Jalan belakang bergambar ni saling tak tumpah macam kat Seksyen 7 Shah Alam. Cendol Kampung Hulu tu kawan saya punya. Banyak dah cawangan dia.....KL pun ada kat mid Valley.
Princesa3290 said…
Dah lama tak ke Muar, and sekarang makin banyak tempat2 menarik & instaworthy di Muar ni ye! Tak sabar nak ke Muar lagi, tekak ni pun dah mula rindu Mee Bandung Muar! ;)

*followed u*!
Fadzil Ahmad said…
Cantik jgk Muar sekarsng. Dpt anugerah bandar terbersih asean 2018 tu , satu pencapaian luar biasa. Mcm kena turun jalan2 dkt muar je ni
Hanny Abdullh said…
Tak tahu pulak sekarang Muar ada tempat2 cantik cam gini. Dulu tak ada pun..nampak sangat dah berzaman tak ke sana..hehehe
Nadia Johari said…
Cantik tempat dia..memng port bergambar sakan ni..hehehe..banyak tempat mural macam ni..bila ada tempat dekat lagi best..ehhee
Canteknya tempat ni.kalau ootd mesti gambar cantekkan. Best
RAIHANAH AHMAD said…
menarik la tempat ni. bagus ada inisiatif macam ni, secara tak langsung membantu mempromosi tempat tersebut
Mimie said…
Dekat sangat dah dengan kampung suami. Nanti balik kampung boleh ajak suami datang sini bergambar sakan. Hehehe
Cik Min said…
Wahhh ada tarikan terbaru di Muar! Boleh la terjah ke sana bila2 ke Muar nanti
Marina Bashah said…
Cantiknya tempat ni. Tak pernah ke sini lagi. Boleh ambik gambar banyak2 kat sini
nikkhazami said…
kalau bercuti di muar wajib singgah ambil gambar di sini. boleh rakam gambar kenangan bersama keluarga.
Farhana Jafri said…
wahhh cantiknya muar! Last pergi masa degree dulu tahun 2015. Sekarang dah ada tarikan baru selain mee bandung. Terbaik la orang Muo!
Arenapublik said…
macam kat kota malang ada nih kak... sejuk mantap utk libur keluarge
Aliza Sara said…
Banyak juga tmpt untuk bergambar. dah lama tk bercuti. insyallah satu hari nnti boleh bawak family jalan jalan dan bergamabr kat sini.
ray said…
Noted. If I ever went to Muar, I can look for this place.
Alia Farhan said…
Cantiknya muo sekarang...yg payung2 tu lawa sangat2.. Suka nengoknya
Rini Ismail said…
Sedap nampak cendol tu, dah la tengah lapar ni..lama pulak tu tak pekena cendol..
faizzahamir said…
Bestnya. Cantik-cantik gambarnya
Wak Lat said…
menarik muo nihh.. :p
Qiya Saad said…
Blogwalking..

Jemput ke channel Youtube qiya saad tailor dan jangan lupa subscribe ye.. tq

https://youtu.be/mWyvV3XE41k
Sayidah Napisah said…
cantik cantiknya mural kat situuu.. memang instagram-worthy place sangatt! suka tengok :D

jemput baca http://www.sayidahnapisah.com/2020/02/nak-rombak-bloglist-siapa-nak-masuk-meh.html
xulhlmi said…
cantiknya mural tu, macam best je kalau pergi bercuti sana untuk ambil gambar dengan kawan-kawan
ctsuzie said…
Menarik tempat2 yg ina pergi nnt boleh la suzie jalan2 bawa family pula..
Mia Liana said…
cantik giler kat sini... kalau ke muar leh singgah nanti...