Holiday Johor Part 5 | Tanjung Piai Resort dan Tambak Pontian


Disebabkan ena anak jati Johor dan berasal daripada Pontian, wajiblah meyimpan kenangan di kampung sendiri kan :) Even balik kampung pon belum tentu sempat nak explore semua sebab jenis kalau balik terperap dalam rumah.hahahah. 

Kalau korang jenis suka kan ketenangan dan nak melihat alam semulajadi, memang sesuailah untuk melawat ke Taman Negara Tanjung Piai dan Taman Negara Pulau Kukup. Cuma pastikan datang awal. Ena akan kongsikan tips masa. 

Sebelum tu, ena sharing entri tempat menarik di Johor :




PART 4 : IKEA TEBRAU

PHOTOSHOOT PRE WEDDING : KOTA ISKANDAR, NUSAJAYA

PHOTOSHOOT : DANGA BAY, JB


TANJUNG PIAI RESORT, SERKAT



Okey tempat ni tak ramai yang shoot pon sebab rata-rata suka pergi ke Pintu Utama masuk ke Taman Negara Tanjung Piai @ Tanjung Piai Johor National Park merupakan titik paling akhir benua Asia. 

Haaa di sini korang jangan keliru ada 2 pintu taw. Pintu utama tu masuk ada bayaran tiket tak sampai RM10 pon cuma masa tu ena terlambat masuk. Last masuk dalam jam 5.00 petang. Jadi nak lebih bagus datang jam 2.00 petang. Puas lah korang nak jelajah kawasan hutan paya bakau. Dalam weyhhh nak jalan. Sebabtu datang awal. Memang cantikkkk.


Ena share ni Pintu Kedua kena pergi ke resort. Nak tidur sana pon boleh memang banyak bilik @ chalet terapung. Feeling atas air. Nampak kan belakang ena ada banyak chalet? Tak sure berapa rate.

Macam ena just masuk ambil gambar ni masuk free. Jalan masuk je resort sampai ke hujung. Datang jam 6.00 petang memang cantikkkk.







Korang boleh nampak view keliling penuh dengan Kapal Dagang besar berlabuh.


Nampak macam dekat. Jauhhh ni. Suami sampai dulu, Ena memang ketar lutut nak lalu sebab bunyi papan usang je. Kebetulan air surut so berani sikit tu pon angin agak kuatlah rasa nak melayang.



Sampai jugak hujung. hehe.











Di sini lah pintu masuk nya... Tapi nak diingatkan jangan bawa sebarang plastik atau makanan, nanti semua monyet ni serang taw. Agak agresif kalau dia nampak. 


Dekat pintu masuk ni korang akan jumpa dulu restoran seafood. So boleh lah dinner sekali. Oh di sini juga ramai orang datang kursus atau event-event besar.

Ramai kawan yang kursus pm ena cakap jauh gilerr hujung.. Memanglahh dah nama pon penghujung benua Asia 😜😜😜

Pastikan korang "Disable line" telefon ya. Bukan off data tapi disable terus.

Lepas korang lalu je restoran tu masuk je sampai dalam ke resort. Tempat ena masuk tu memang ke dalam taw terpencil. Masuk je dengan berani sampai ke hujung.haha. Jangan risau staff situ tak marah pon..


ALONG COFFEE STATION, KUKUP BUAT PEMINAT WESTERN FOOD

Lepas kami jalan di Tanjung Piai Resort, mak pon ajak makan Chicken Chop kat Kukup. Ehhh ena pon baru tahu sebab area sini memang famous seafood je. Sebab mak kata murah dan sedap so kami cuba lah..

Mula tu macam tak nak makan sebab harga terlampau murah mesti tak sedap.huhu...Sebab ena pernah terkena makanan budget jugak tapi rasa memang paham-paham jela kan? Tapi ni memang sedap!!


Crispy Chicken Chop / RM4
Ice Lemon Tea / RM2

Pedas weyhh sos black pepper dia. Esoknya ena cirit birit. Tapi ena sorang jela sebab perut memang alah dengan black pepper. Yang lain memang ok je. So korang yang layan pedas dan nak jimat poket boleh lah datang ke sini. Macam-macam ada. Kedainya sebelum Pasaraya Chop Guan Seng. Tutup pada hari Khamis.

Tak jauh dari jeti Kukup pon ada Marrybrown ok ! Jangan risau bab makan. Kukup tu memang penuh dengan restoran seafood. So pilihan di tangan korang.


TAMBAK PONTIAN


Tambak Pontian ni tak sama dengan Sea Side Public Park taw. Tambak Pontian ni kena masuk ke Pusat Perdagangan Pontian. Nampak McDonald's Pontian dari traffic light then masuk sampai ke penghujung belakang Maybank. 






Haa sini berderet kedai makan. Tapi kami jaranglah makan situ sebab mahal. huhu.. Jujur nampak 😜

MB RENDANG AYAM ASLI @MARRYBROWN

Haaa ni syok sebab Marrybrown depan tambak je. So sempatlah merasa Nasi Ayam Rendang. Memang sedapppp....korang dah rasa belum??? 




Next trip ke mana?? Stay tuned....

Post a Comment

27 Comments

mrhanafi said…
memang best la layan waktu terbenam di tempat yang sungguh indah..

boleh saya pergi suatu hari nanti
linda sempoi said…
Cantiknya view kat sana tu, akk tgk makanan pun menarik dgn harga yg murah sgt2...
Ziana Eunos said…
cantiknya tempat dia tu.. mesti best rasa dapat pergi skali sini nanti..
Cik Nor said…
bila la blh sampai tanjong piai ni..:)
linda sempoi said…
Subhanallah, mmg cantik view kat sana...
cc kak fas said…
Sis jarang sangat jalan ke Johor... bangak ke Utara sbb orang Utara lah katakan. Bnyak gak yg menarik di Johor ni kan? Baru tau...
Tekkaus said…
Memang best lar boleh enjoy waktu senja yang sebegitu cantik kan. :)
Ezna Khalili said…
Tak pernah lagi sampai ke Tanjung Piai ni. Kalau kebetulan ke area ni bolehlah singgah. Permandangan mendamaikan je.
Fadima Mooneira said…
Good post. Good photography too. I’ve been to Pontian before. It’s awesome. Have a good day.
Kisah Tatie said…
wah .. tanjung piai dah cantik .. dulu pergi, diorang tengah baikpulih kawasan tu
Elle said…
Bestnya bercuti sambil tengok sunset. Romantic gitu. Jarang pergi jb. Boleh masuk dalam roadtrip wishlist la lepasni
Mahamahu said…
Cantik dan sedapnya makanan situ...
Masa kecik membesar di skudai selalu pergi pontian. Tak sangka tanjung piantempat ni makin cantik. Kalau nak try seafood blh turun kat sini
Alia Farhan said…
Bestnya jln2... Kita Teringin nak pi ke johor LG bwk anak2... Ingat mcm nk bwak pi ke Legoland.. But this year mcm xdpt nak ni sbb ujung thun ni bz nak pindah rumah... Maybe next year boleh plan trip ke sana...
Balqis Athirah said…
Cantiknya view kat situ. Menarik betul lah resort atas air dia. Tak pernah sampai sini lagi. Tapi tengok gambar-gambar ni teringin bawak family ke sini. Memang sangat cantik port tangkap gambar dia. Murah juga chicken chop kat restoran tu.
Zandra Zane said…
Orang Pontian rupanya Ena. Dah tengok ala2 mcm PD tempatnya cuma kurang naik air laut je kan masa tu.

But pantai so cantikkkkk!
Sis Lin said…
Lama sungguh tak ke Tanjung Piai..last pergi rasanya anak kecik-kecik masa tu..
Nanti nak pergilah ..dah cantikkk ek..
Kak Sue said…
Cantiknya tempat nie.. teringin pula nak datang sini nanti..
sitirohaida said…
masa ke sini dulu takde pun lagi chalet terapung tu..Ingat dulu, nak masuk sini memang tak boleh nak bawak makanan langsung.Hidu dek monyet memang berkerumun ler jawabnya diorang..takut weh!
SlumberLady said…
Cantiknya Tanjung Piai tu. Bulan depan ada plan nak gi Johor dtg kenduri kahwin kawan. Elok sangat jumpa entri ni. Ada idea nak ke mana. Hehe.
Aerill Hassan said…
Cantiknya tanjung piai. Saya setakat ni belum pernah ke sana & juga ke negeri johor. Teringin sangat nk pgi in shaa Allah suatu hari nnti.
Azhafizah MN said…
Teringin nak datang sini tapi entah bila nak sampai tak tahu lah. suka view dia. cantik sangat
Oo menarik juga ya kawasan Tanjung Piai ni. Walaupun hutan paya bakau, tapi best la sebab nature and pantai. Saya suka nature macam ni. Ada resort lagi. Ada orang mancing ke? Huhu
Airah Syahirah said…
Airah pun dah sampai tanjung piai memang cantik kalau nak tangkap gambar.
Dunia Zumal said…
Dah lama tak pergi Tanjung Piai ni
RAIHANAH AHMAD said…
cantiknya location dia. teringin pulak nak pegi, sekarang tengah ada pilihanraya kan?
seri said…
menarik juga tepi pantai pontian ni ya/ selalu lalu kawasan ni sy asal renit batu pahat