The Shore Oceanarium Melaka destinasi menarik untuk keluarga


THE SHORE OCEANARIUM MELAKA @ MELAKA RIVER



Baru-baru ni, ena berkesempatan jalan-jalan di Melaka bersama suami dan Sumayyah. Nak refresh balik lah badan ni selepas alami alahan teruk untuk trimester 1. Now dah masuk trimester 2 ni baru gagah nak berjalan. hehe..

Selalunya kami lepak shopping mall tetapi kali ni kami rasa nak bawa Sumayyah explore hidupan laut secara dekat. Dia memang peminat Baby Shark, so memang excited lah bila cakap nak bawa tengok ikan. Asyik bawa pergi playground je kan. Tukar angin baru.

Pelbagai aktiviti menarik mengikut zon. So jangan risau staff sentiasa ada untuk guide korang. Yang penting sebelum masuk tu pastikan dah pergi tandas siap-siap dan makan kenyang. Ena masuk pon lebih kurang 2jam. So better bawa lah stroller bagi anak yang kecil lagi.

DESTINASI PERCUTIAN SAMBIL BELAJAR


Aktiviti di The Shore Oceanarium :

1. Interactive Touch Pool (Kolam Sentuhan Interaktif)
2. Jungle Quest (Cabaran Rimba)
3. Magic Aquarium
4. Ocean Journey
5. River Story
6. Dangerous Marine Species
7. Living Fossil
8. Ocean Theatre
9. Fun Freakish (Kuda laut dan Obor-obor)
10. Shark Quest
11. Kampung Penyu

Terbaru ada "Augmented Reality Hall". Sepanjang korang di dalam akan ada mini TV untuk rakam video korang berinteraksi dengan sistem AR Reality.


Love this part, kita boleh sentuh tapak sulaiman, belangkas, ikan Yu dan pelbagai lagi habitat.



Boleh ketahui pelbagai spesis yang beracun dan berbisa seperti kala jengking, ular dan kitaran hidup katak. Woww kami sebagai parents pon teruja belajar sama.


AR Hall. Disini syoklah main tangkap ikan dan ada dinosaur T-Rex.





Ocean Journey















River Story. Yang ni ena memang suka sebab banyak ikan cantik-cantik. Pelbagai jenis ikan yang dihimpunkan dari pelbagai sungai termasuk India, Australia dan banyak lagi.


Cermin mata khas 3D dan button badge diberikan percuma semasa di kaunter tiket. Jadi pengunjung berpeluang menonton "Pengembaraan penyu" di 3D Cinema Plus Theatre.


Kolam khas disediakan untuk memberi ikan makan. Harga RM10 tambahan dikenakan jika mahu di bahagian kaunter tiket.





Untuk pengetahuan korang, tengah ada promosi taw. 

Beli 1 tiket Oceanarium PERCUMA tiket VR AR Interactive Park.



Tempat ni baru dibuka dan promosi berjalan untuk tempoh terhad. Woww best dapat rasai pengalaman 360 degree  VR Cinema. Permainan dinosaur banyak di sini. Pasti anak teruja.

Tengah free ni. Syoklah jimat wang pergi 2 tempat serentak.

VRAR INTERACTIVE PARK


Post a Comment

20 Comments

Dilah said…
Bestnya pergi Oceanarium ni Ena. tapi masa Dilah pergi dulu VR interactive tu belum ada lagi.. nampaknya kena la bawak anak2 pegi lagi sekali ni.. haha
sitirohaida said…
ada jugak teringin nak masuk sini hari tu.Tapi tulah..masa baru² bukak, orang penuh sangat..Next time nak pergi jugaklah bawa budak²
Sunah Sakura said…
amboiii...asyik tengok atasss aje sumayyah ye...banyak jerung ekkk...hahahha
Zandra Zane said…
Rindunya dengan Melaka sbb pernah tinggal kat situ. Nampak kat video pun jalan tu dah baru sbb dulu boleh tembus ke depan now depa tutup kena kona kiri pegi new building tu. Tapi tu lah, tak tau ada bendalah ni kat Melaka Raya dah. That day pegi lalu je tak perasan ada Shore Oceanarium. Makin maju!
Cik Min said…
Belum pernah gi sini tapi selalu tgk kawan2 review so rasa la teringin nak gi. Thanks for info so lain kali leh la ajak suami gi sini
ummizarra said…
Wahhhh tempat menarik yang harus kunjungi kalau ke melaka macam ni. Family time bawa anak² kan. Seornoknya. Banyak pula tu list boleh tengok. Hrga pun not bad.
Marina Bashah said…
Alamak macam best je. Boleh masuk dlm list ni kalau pegi melaka.

Jemput join giveaway ye :)

https://marinabashah.blogspot.com/2019/09/2nd-giveaway-by-marina-bashah.html?m=1
mek yunie said…
yes ! best jugak datang sini. mek pun pernah bawa anak anak datang sini masa visit melaka jun 2019. bukan setakat anak teruja, mek pun teruja sama
Mahamahu said…
Bestnya tempat macam ni hehehe best kalau yang ada anak-anak bawa time cuti sekolah bulan ni banyak cuti panjang boleh lah pergi kan hurmmmm... Kita kalau dekat pergi dah hehehe...
Aerill Hassan said…
First time tau ada tempat mcm ni. Macam menarik. Nak singgahlah nnti bila ke melaka. In shaa Allah. Terima kasih atas perkongsian ya
mrsliez said…
Ni bukan je anak-anak suka tapi parents pun excited kalau masuk sini. Cantik betul aquarium nya. Lagi ada shark best la
miedaJaz said…
kat belah mana Oceanarium nie? baru-baru nie ada pergi melaka tapi tak perasaan pulak ada nie...next time bole cuba terjah sini. tq for sharing ina
Decamellia said…
Alhamdulillah ena 2nd trimester ni dah kuat sikit ya. Moga terus sihat ya ena & baby. Belum pernah pergi lagi Oceanarium Melaka ni. Tunggu anak Nur, Mardhiyah ni besar sikit lah baru best pergi. Sambil berjalan dpt belajar ek
Wawa Ashihara said…
Wahh seronok juga masuk dalam ni ye. Mcm2 leh tengok sambil2 menghayati suasana... Kalau bawa budak2 ni mesti excited mereka
SalinaJohari said…
Perghh..teruja betul nak bawak anak². Sure dyorang happy sbb banyak tarikan baru dan dan yang penting tak jauh nak pegi
Māmy Syu said…
Very nuce place lah nak bawak budak2. Teringin nak try VR tu ahaks. I i mak nye yg teringin. Bukan anak ni ahaha
HeyAgain! said…
The best sekali kalu bawa si anak. Pasti dia bakalan seneng banget liat beberapa pemandangan yang cuci matanya. Apalagi buat sesi poto instagram ..
Nadia Johari said…
Bestnya tengok.. Nanti kalau datang Melaka boleh singgah sini.. Mesti anak-anak gembira.. Tengok hidupan laut ni.. Banyak aktoviti dia ya.. Menarik..
Ena kak selalu blk Melaka tp xpernah lg pg kat sini next time blhlah ajak anak2 buah pg sini
Hayati Suki said…
seronok ni kalau bawa anak2.. sejenis yang suka ikan dan kolam..hehe