EMBAH JID MAHU MEMBERI NAFAS BARU DI DALAM IRAMA MALAYSIA PADA ERA 2020

LAGU IRAMA MALAYSIA / ETNIK KREATIF SEMAKIN KETANDUSAN

Bagi ena yang lahir pada generasi Y, membesar dengan lagu lama zaman irama melayu 1990-an, paling minat dengan lagu-lagu Noraniza Idris dan Dato' Sri Siti Nurhaliza hasil sentuhan Pak Ngah dimana irama Malaysia telah bermula sejak era 80-an lagi. Lagu apa yang korang masih ingat sampai sekarang???

Tetapi zaman semakin berlalu dengan mulanya pelbagai genre muzik yang kini anak-anak muda lebih suka kepada pop, balada, blues, rapper dan sehingga ke K-Pop. Ini agak membimbangkan kerana tidak seharusnya irama Malaysia lenyap begitu sahaja tanpa penyambung legasi. 

Adakah kurangnya komposer yang berminat untuk mencipta lagu, tiada sambutan pada musim kini atau tidak relevan untuk diteruskan??? "Tepuk dada, tanya diri".


SIAPA EMBAH JID DAN KENAPA BELIAU MUNCUL DALAM SENI MUZIK???

Encik Majid bin Rawino merupakan anak jati Muar yang berumur 50 tahun. Menetap di Kampung Baharu Melayu Batu 28, Lenga Muar Johor. Sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Meminati seni tarian sejak berusia 13 tahun sehingga sekarang. Panggilan mesra "TOK JID" oleh orang kampung dan dalam seni muzik beliau digelar "EMBAH JID".


KENAPA EMBAH JID???

**Bagi orang berketurunan jawa merujuk kepada nenek/datuk.
Nenek = Embah wedok
Datuk = Embah lanang.

**Ada juga sumber mengatakan embah = Emak + Abah

Maka Tok Jid yang memang berketurunan jawa mahu nama komersialnya dikenali sebagai EMBAH JID iaitu "EMBAH" (TOK) "JID" (ORANG BARU) yang memberi makna kepada diri beliau melalui pepatah melayu "Tiada yang lama, maka tiadalah yang baru" .


PROFIL EMBAH JID :- 

- YDP Sek. Keb. Batu 28, Lenga -
- Pengerusi Muwahfakat Zon Lenga -
- Penerus Zapin Lenga dan Ceracap Inai -
- Ketua Kampung Baharu Batu 28, Lenga -
- Pensyarah Jemputan Fakulti Tari ASWARA, KL -
- Pengerusi Masjid Kampung Baharu Batu 28, Lenga -
- Tokoh Seni Budaya oleh Jabatan Kebudayaan Negara 2014 -



Apabila ena melihat profil beliau, berasa bangga dengan segala pencapaian dan kagum dengan semangat beliau yang masih aktif di dalam meneruskan legasi seni tarian seperti zapin dan joget. Maka disebabkan minat yang terlalu mendalam dan ingin menarik lebih ramai lagi belia muda untuk bersama-sama menaikkan semula seni melayu, Embah Jid bakal mengeluarkan single pertama lagu "Joget Kuasa Cinta". 


LAGU "JOGET KUASA CINTA" TARUHAN EMBAH JID DALAM IRAMA MALAYSIA

Lagu ciptaan BROJAM ini merujuk kepada "bercinta dalam tarian" dimana satu pasangan yang mula jatuh cinta semasa menari. Umpama cinta di hati dan cinta pada tarian itu berjalan seiring. Beliau pertaruhkan lagu berunsurkan JOGET kerana orang seni pasti akan peka pada gerakan dan kesopanan yang perlu ada. 

Menurut Embah Jid lagi, tarian mempunyai tatasusila dan kesopanan tertentu. Contohnya, Zapin Lenga mempunyai unsur islamik. Tertib kiraan bermula dengan 2 (1 tidak disebut merujuk kepada Tuhan yang Satu), 3,4 dan 6,7,8. (5 tidak disebut merujuk kepada Rukun Islam) dan Zapin Lenga berbeza daripada zapin lain. kerana pergerakan pusing melawan arah pusingan jam seperi tawaf mengelilingi Kaabah. 

Seronok bila kita dapat menimba ilmu dari orang yang berpengalaman. Semoga lagu joget ini bakal memberikan sinar baru kepada Embah Jid dan juga kepada semua orang supaya menghargai bakat seni dan seni tarian irama Malaysia.


PROFIL EMBAH JID :


Post a Comment

18 Comments

Ustaz Amirul said…
Seni kebudayaan makin tandus. Bagus la ada lagi orang giat naikkan semula martabat seni budaya Malaysia.
Sunah Sakura said…
semoga usaha embah jid dinilai tinggi di mata anak2 seni...
Sis Lin said…
Moga bertambah anak-anak muda dan juga artis muda dapat menyanyikan lagu irama malaysia ini...tah iah buat Embah Jid...
CIKTOM said…
memang bagus usaha Embah Jid..ciktom pun suka lagu irama malaysia...setiap lirik bermakna..
Mellya Musa said…
Wah smoga usaha murni ni berjaya ��
mamapp said…
Semogairama Malaysia kembali menyengat mcm MCM sebelum ni
Rawlins GLAM said…
Alhamdulilah ada yang masih memperjuangkan budaya bangsa. Mudahan dipermudahkan usaha beliau dan setiap negeri dan daerah turut memperjuang dan mempertahan budaya masing-masing
Nisa Kay said…
Kalau pergi media trip ke tempat2 sekitar malaysia ni, nisa memang suka tengok persembahan kebudayaan macam ni. ini identiti negara kita, kena sentiasa ada pelapis untuk meneruskan legasi budaya dan seni persembahan macam ni
Masalahnya bukan terletak pada mereka , akan tetapi masyarakat Malaysia yang kurang berminat genre sebegini IRAMA TRADISIONAL ini. hehe
Decamellia said…
Teringat noraniza idris. Hehe. Teringat juga dulu time skolah join team zapin. Kenangan. Btw suka nama mbah jid tu. Takde yg lama, takdelah yg baru...
Aerill Hassan said…
tahniah atas usaha yang sangat murni ini. semoga selepas ini irama malaysia dan zapin akan lebih popular seperti zaman 90 an. in shaa Allah, btw baru perasan saya tak follow blog ni lagi . haha done follow
Marina Bashah said…
Semoga usaha embah jid makin berjaya dan berkembang
Hanny Abdullh said…
Sis masa sekolah dulu mmg masuk kebudayaan, mmg suka tarian2 mcm ni..sampai sekarang suka tengok. Harap anak2 muda skrg tak lupa akan tarian kebudayaan kita
I am Vee said…
Thank you for sharing such a meaningful post~ keep it up
Mahamahu said…
Harap ada lagi generasi muda yang seperti beliau sanggup memperjuangkan irama dan juga tradisi kita sampai bila2 agar tidak pupus kena ada orang macam ni dan didik lebih ramai anak muda... Moga terus berjaya...
Tini Alif said…
Terkenang kat embah di kampung halaman... hehehehe... panggilan embah tu memang sinonim dengan keluarga kami... nevertheless, saya berharap agar seni tari ini tetap teguh dan terus diperjuangkan... semoga Embah Jid berjaya ya... #anakkupenaritradisional
Baru tahu psal embah ni. Menarik juga latar belakang dia. Moga beliu terus semangat mengangkat muzik tradisi melayu
Mama aiman said…
Smgt ank melayu yg patut kite contohi..memperjuangkan irama mlyu dan mengangkat tradisi melayu dimata dunia..xtau la anak2 muda skrg nie, mash igt lago xseni warisan mlyu kite nie?