"Rempah Ratus Mak Siti Segar dari Ladang"
Kalau korang nak tahu ena adalah pengguna rempah ratus Mak Siti sejak 3 tahun lalu. Sepanjang ena merantau di Muar, memang terkenal sangat rempah mak Siti ni lagi pula kilang Mak Siti dekat Pagoh je. Nak cari produk ni pon senang.
Antara produk rempah kegemaran ena. So far rempah ni memang ada di rumah. Tak perlu nak risau sebab banyak jenis rempah ratus yang ada. Sangat memudahkan suri rumah macam ena ni untuk cepat masak dan masakan lebih enak.
Haaa... Apa yang membuat ena in love dengan rempah ratus Mak Siti?? Sebab rempah Sup Soto ni. Sekali ena cuba terus melekat dan 3 tahun raya memang ena akan guna untuk dihidangkan kepada para tetamu. Bila orang kata sedap, ni lah rahsianyaaaa...
Bihun Soto menggunakan rempah Sup Soto Mak Siti. Terbaik dari ladang :)
Jom kita kenali siapa sebenarnya Mak Siti?
.
.
.
Kisah Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti
Nama pemilik Mak Siti iaitu Puan Hajah Hajir Salleh (Pengarah) dan pengasas syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd iaitu Tuan Haji Nasuha Kasin (Pengarah Urusan).
Pada awalnya, Mak Siti ditubuhkan untuk menyara keluarga pada ketika itu secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupan sekeluarga. Berkat usaha dan pengedaran yang pada masa itu dibuat di kampung-kampung dan bandar-bandar kecil akhirnya Mak Siti dikenali.
Kilang Mak Siti pada awalnya diusahakan di 2 lot rumah kedai sahaja. Di atas lot kedai tersebut dimana keluarga kecil ini meneruskan kehidupan sebagai peniaga.
Pada tahun 2000, keluarga ini mengambil keputusan untuk berpindah ke Muar, Johor apabila perniagaan mereka semakin berkembang. Beroperasi di atas tanah seluas 3200 ekar dan pelbagai aktiviti dijalankan antaranya perladangan, pemprosesan rempah ratus sehingga pengedaran rempah ratus.
Ladang ini juga pernah dinobatkan oleh Malaysian Guiness Book of Record 2014 sebagai ladang herba terbesar di Malaysia yang mempunyai hampir lebih kurang 6000 spesis rempah ratus dan herba.
Lebih 35 tahun dalam pasaran, rempah Mak Siti memang sangat terkenal di Johor Bahru dan "wajib" ada di dalam dapur rumah kerana kelainan rasanya yang bebas dari penggunaan perasa, pewarna dan juga pengawet.
Kemunculan resepi turun temurun yang asli ini sebenarnya ada jalan cerita, pahit manis buat Puan Siti Khawa Jannah dan suaminya Tuan Mohd Hafizan Yusoff yang meyambung legasi perniagaan keluarganya.
Orang kata menjadi anak founder adalah satu anugerah! Di saat orang lain bergelut nak mulakan perniagaan tapi bagi mereka, lahir-lahir saje bisness dah ada untuk mereka. Tapi ramai yang tak tahu betapa mereka terpaksa bergelut untuk mengembangkan bisness milik keluarga mereka ini.
Terdetik dalam fikirannya, kenapa rempah Mak Siti tidak mampu bersaing dengan jenama-jenama lain yang berada di pasaran Malaysia dan antarabangsa? Puan Siti Khawa Jannah Nasuha yang merupakan Pengurus Besar Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd telah membuat pembaharuan serta penjenamaan baru rempah ratus Mak Siti daripada paket biasa sehingga sekarang diperkenalkan di dalam botol.
Rempah Mak Siti adalah produk semulajadi, tidak mengandungi pewarna dan perasa tiruan dan sesuai bagi vegetarians.
Produk utama adalah serbuk rempah kari daging, serbuk rempah kari ikan, serbuk rempah sup, serbuk rempah sup soto, serbuk rempah rendang, sup tulang, sup bunjut, sup soto dan raja sup.
Produk rempah di dalam botol pula seperti Emping cili, serbuk cili, daun limau purut, serbuk daun limau purut, serbuk kayu manis, serbuk halia, serbuk lada putih, serbuk lada hitam dan serbuk kunyit.
Kini rempah ratus Mak Siti ada dijual di kedai runcit, pasaraya dan hypermarket seperti gambar di bawah.
Perancangan mereka untuk 2019 adalah untuk memperluaskan lagi jenama rempah Mak Siti ke seluruh negeri dan juga untuk memberi pendedahan kepada pengguna Mak Siti bahawa mereka boleh perolehi produk Mak Siti di dalam botol setaraf dengan jenama antarabangsa.
Contact Information :
20 Comments
Jom kunjung blog saya 85mutiarabeauty.blogspot.com
Produk mak siti tak kalah hebat dgn produk jenama lain dipasaran.
Support produk BMF buymuslimfirst