KACAX "ULTIMATE DIFFERENCE"
"Lambang Jejaka Unik, Kemuncak Perbezaan, Kepuasan Jadi Nyata"
Assalamualaikum dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua umat islam. Ehh.. Korang mesti pelik awalnya beli baju raya? Of course lah ena cari awal sebab pernah terkena 2 tahun lepas hantar sebelum puasa taw tapi siap petang raya. hukhuk.. Serik mak.
Senang beli sikit-sikit awal ni supaya dapat buat budget untuk beli barang raya lain. Dan kebetulan masa ena survey dekat Facebook, Butik KACAX tengah buat promosi. Laju lah kami ke Angsana JB Mall.
Ena lebih suka beli yang ready made sebab saiz macam ena dan suami senang nak cari berbanding anak ena susah sikit sebab dia lebih tinggi dari usia.haha. Baru 3 tahun lebih tapi baju kena saiz umur 4- 5 tahun. Mesti kena alter balik. Bab baju anak memang kena cari last part.
Setiap tahun memang wajib cari baju raya di Angsana JB Mall sebab sini ibarat syurga baju raya. Banyak pilihan dan mudah nak cari. Ehh baju tunang, hantaran pon ena cari kat sini.haha.. So jangan tanyalah susah dapat parking dekat sini. Even Butik KACAX khas untuk pakaian lelaki tapi ena pulak yang rambang mata. Yelah nak matching di pagi raya kan.
Terpandang pulak kain songket cantik ni bermula harga dari RM145 sehingga RM9XX mengikut kualiti material.
Suami ena ni jenis yang suka pakai warna gelap, so dah cakap awal-awal taknak warna hitam or biru.haha.. Tahun ni nak pastel.
Comel kan kurta budak lelaki.. Kalau ada anak lelaki boleh lah beli sepasang dengan suami.
Kenapa kena pilih KACAX sebagai koleksi raya 2019???
1. Confirm akan jadi kacak dan sado selepas memakainya.
2. Memenangi award "Best Product 2017"
3. Sentiasa up-to-date rekaan mengikut trend dan menjadi pilihan ramai.
4. Mengeluarkan pelbagai warna bagi setiap batch mengikut kehendak pelanggan.
5. Setiap rekaan yang dikeluarkan sebanyak 10,000 unit dihasilkan dan cepat Out Of Stock.
6. Mengeluarkan rekaan "Limited Edition" untuk memastikan pelanggan tampil eksklusif tetapi harga mampu milik.
SENARAI KURTA MODEN KELUARAN EDISI RAYA 2019 REKAAN EKSKLUSIF KACAX
Semua rekaan ini adalah hak cipta rekaan pemilik butik sendiri iaitu Tuan Nik dan Puan Jamilah. Jadi jangan risau kalau nak cari baju untuk wanita boleh pergi ke butik JAMILAH (Level 4). Pasangan suami isteri ni ada 2 butik taw.
KACAX telah mula bertapak sejak 2016 dan masih mengekalkan kualiti dengan kain di import dari luar negara dan rekaan eksklusif.
Semua color memang cantik dan lembut. Ena in love dengan Salmon color nombor 2 dari depan. Kalau suka lengan tiga suku boleh ambil design Kurta Vito.
Ni contoh Dusty Pink color.
1. Cutting memang superb sedap dipakai.
2. Zip tepi, senang nak sauk pakai pantas.
3. Kualiti material gred AAA.
Saiz sehingga XXXL mengikut design. Untuk Kurta Caprio ni boleh pakai dalam keadaan lengan panjang atau pun nak lipat sampai ke lengan. 2 2 cantik. Warna mustard cantik tapi biasalah suami tak minat. huhu..
Fabrik cotton sedap dipakai, modern style, cutting regular fit, poket dengan ribbon eksklusif dan mesra wuduk.
LIMITED EDITION KURTA ANDRO
Ok yang ni special cuma ada 1 color sahaja iaitu hitam. Cuma bahagian poket dada ada 2 design berbeza mengikut saiz. yang ni memang dah tak banyak stok ye. Kalau suka Kurta teluk Belanga boleh pilih design ni.Sangat cantik dan material sejuk.
Baju melayu Slimming pon ada jugak taw. So jangan risau kalau tak minat kurta. Kemeja juga ada di jual disini. 2 jam pilih baju sebab dah rambang mata. haha. Yang ni Batch 1 color.
Yang ni Batch 2 color. Color peach depan hot selling.
LAYAK SERTAI PERADUAN "BUY & FLY"
Sambil membeli boleh lah cuba nasib untuk sertai peraduan. Mana tahu rezeki dapat tiket penerbangan percuma ke China, Vietnam dan Indonesia :)
Belanja minimum RM100 di dalam satu resit di Butik KACAX & Butik Jamilah, lengkapkan borang peraduan dan hantar kepada pihak penganjur mengikut terma dan syarat. Boleh rujuk pada belakang borang peraduan.
Keputusan penuh akan diumumkan dilaman FACEBOOK rasmi KACAX & BUSANA JAMILAH
Let's go Fly !!!
Sukalah suami, isteri yang belanja :)
Yang ni cerita best. Hehe. Mula-mula tak perasan pon. Suami ena lah cakap kita kan pernah beli baju kat butik Jamilah. haha... Serious masa ni baru tahu owner yang sama untuk 2 butik berasingan. Tahun lepas ada promosi di Busana Jamilah, ena beli sedondon dengan baju anak. Memang cun dan tak payah gosok pulak tu. Siap ada mesin jahit boleh alter terus dekat butik. Pasti repeat lagi :)
Open Booth 1 di Level 2.
Open Booth 2 di Level 2.
Nak cuci mata tengok design cun, trending lagi kacak bergaya boleh tengok pada laman sesawang berikut :-
Alamat Butik KACAX : L3.41, Level 3, Angsana JB Mall, Johor Bahru, Johor (Berhadapan kedai buku BADAN BOOKSTORE)
Alamat Booth KACAX : Lot 23&24, Level 2 (Berhadapan HABIB)
Lot 27, Level 2 (Berhadapan Kedai cermin mata NIKON)
BUTIK KACAX NAK BAGI DISKAUN 20% SAH SEHINGGA 27 MEI 2019 SAHAJA !!! 🤯🤯
.
.
1. Jika pembelian melalui online hanya klik pada link wasap di bawah ⮟⮟⮟
Wassap : https://bit.ly/2WkSQbw
2. Jika hendak walk in terus ke Butik Kacax Johor Bahru,
SILA SCREENSHOT PROMO BLOG TINYNASWEET
untuk layak mendapatkan diskaun.
29 Comments
Nanti kalau turun jb nk try ke sana la klau sempat. Nak cuci mata.
p/s: cantik beg! hahaha