**AMARAN : SILA KAWAL NAFSU MAKAN DI ENTRI INI :) :)
Seperti yang dijanjikan entri khas tentang port makan best dan enak di Batam. Sampai sekarang terkenang-kenang rasa ayam bumbu dia tu.hehe. Bagi ena special dekat Batam ni rempah pada ayam goreng. Sedap sangat. Sate pon terangkat. memang syurga makananlah dekat Batam ni. Kalau ada plan nak ke Batam jangan lupa singgah lunch di Restoran Sari Bumbu dan Sego Pecel Bu Wir manakala dinner nak makan seafood terbaik dan fresh di Wey Wey Live Seafood.
Restoran Sari Bumbu, Batam Centre (Lunch Buffet)
Sampai saje Batam dalam pukul 2.30 petang kami terus lunch di Restoran Sari Bumbu. Naik public transport tak jauh pon dari Batam Centre. Just inform nak ke sini.
Menu secara buffet ini tidaklah terlalu banyak tapi semuanya enak tenan bak kata orang Indonesia. Ada menu sup sayur, Beef Black Pepper, Ayam Rica-rica, Ikan Acar Kuning dan special Es Timun.
Ayam Rica-rica. Uitt ni sedap sangat. Crunchy gitu..
Ena ambil sayur, Ayam Rica-rica, Ikan Acar Kuning dan Paru sambal rasanya. Ikan tu rasa manis-manis tapi bagi ena lebih kurang macam hotel kt Malaysia pernah makan resepi ikan macam tu. Memang sedap.
Yang buat ena tertarik adalah Es Timun ni. Mula-mula tu taknak ambil pon tapi tengok eh ramai pula yang ambil makin sikit last-last angkut jugak secawan. Pehh memang sedap. Timun tu hiris halus-halus. kunyah lepas minum air memang sedap. Nak kena cari resepi ni.
Last sekali pekena Sup Kimlo. Ada banyak jenis sos warna merah, hijau tapi ena tak berani nak letak. Haha.. Tuang kicap je.
Wey Wey Live Seafood Harbour Bay Batam
Dah sedap berurut badan di Spa, kami ke Wey Wey Live Seafood tidak jauh dari Batam Centre. Ramai sangat orang dan tempat ni sangat besar.
Menu ketam black pepper memang sedap uitt... Di tambah udang butter. Telur puyuh, Siput Gong gong, ikan tiga rasa, ayam goreng.
Dalam banyak-banyak menu 1 je ena tak makan. this is GONG GONG. Kenapa nama dia Gong Gong??? Ni cite lawak. Sebab malam nanti ada yang menggonggong. Berdekah ketawa dalam bas. ena tak makan sebab ena terbayang siput lain.kekekeke. nak korek isi pon pakai lidi kecik tu susah jugak. Dia kena cecah sambal.
Tapi memang tak lalu nak makan. Korang nak ke??? Tapi ni lah makanan yang susah dapat dan ada di sini. So kalau rasa nak makan kenalah singgah kan.
Ini baik untuk kaum lelaki yang dah kahwin. Cuma diingatkan untuk orang yang banyak kolesterol tak digalakkan makan Gong gong sebab tinggi kolesterol.
Udang butter ni sedap. Diorang sibuk makan menu lain, rasa ena je yang habiskan.hahaha.. Lembut habis udang yang disaluti tepung.
Ketam black pepper ni sedap sangat. Power rasa. Kalau datang lagi wajib order taw.
Sego Pecel Bu Wir (Makanan Khas Jawa)
Ini adalah lunch dan persinggahan terakhir kami sebelum pulang ke Malaysia.
Ada pelbagai menu dan mempunyai 2 tingkat.
Welcome drink daripada owner dan jugak pengasas makanan. Semua resepi dari ibu sendiri.
Air nya lebih kurang macam air jamu. So macam ena tak kisah lah telan hehe dah biasa kan. One shoot je minum.
Menu pencuci mulut seperti Pepes Tahu, Asinan Buah, Bubur Ketan Hitam dan Kolak campur.
Kuih muih seperti Sawut Singkong dan Cenil, pisang goreng, Tape goreng dan banyak lagi.
Lauk pauk seperti Empal Balado, Pecel Komplit, Telur Woku, Sambal goreng Ayam Kentang dan Ayam Goreng Bumbu.
Ena paling suka Empal Balado. Eh ni first round lepastu ena topup lagi Empal Balado.haha. bertambah-tambah ena makan. Lauk lain dah tak pandang.
Bubur Ketan Hitam. Kalau dekat Malaysia, Bubur pulut hitam kuahnya masak sekali dengan santan kan. Tapi di Batam berbeza, santan di asingkan. jadi kalau nak makan kena ambil pulut hitam dulu baru tuangkan santan ikut kehendak kita nak banyak mana,
Asinan buah. yang ni buah-buahan campuran seperti mangga, epal, timun kemudian kuah rebusan lada merah taw.hahaha.. Kira makan buah tu tapi akan rasa pedas-pedas gitu.
Memang ENAK TENAN makanan di sini. Terima kasih kepada semua penaja kami. Memori yang tak kan dilupakan.
22 Comments
kenapa BBL baca entri nie..seronok dapat pergi jalan2 tempat orang. sedap je scroll gambar makanan tradisi masyarakat Batam. Insyallah kalu ada rezeki boleh cuba menu yang awak mention tu
Tengok ig sgpc_buwir