Entri sebelum ni ena dah sharing tempat body massage best dan pantai yang sangat cantik, kini ena nak sharing tempat menarik sesuai untuk aktiviti keluarga seperti Family Day, camping, memancing, playground untuk kanak-kanak, swimming pool dan horse riding. Wahhh part ni ena suka sebab jiwa tenang tengok keindahan alam kehijauan, landskap yang sangat cantik warna warni.
Kenapa Batam best???? All in one. Massage, pantai, gurun pasir.... Eh ni ena belum sentuh lagi bab shopping centre dan makanan. Silalah pitam beramai-ramai baca entri. hahahaha. Banyak giler entri nak kena update ni. Bayangkan 1hari tour Batam banyak hotel dan restoran kami kunjungi. Tour Bintan pula, kami more fokus pada pusat percutian keluarga. Sangat membantu untuk ena pergi bersama family pulak.
PUSAT PEMANCINGAN POYOTOMO DI KAKI GUNUNG BINTAN (FISHING SPOT)
Kredit to Alfie Damian
Pusat Pemancingan Poyotomo pusat rekreasi untuk memancing dan camping.
Jika korang peminat joran, boleh lah bawa family datang ke sini. Ada ruangan wakaf untuk berehat, playground untuk anak bermain, kedai makan, ice blanded, memanah, Rumah Hijau, surau dan toilet semuanya lengkap..
Tempat ni agak besar cuma bagi ena ruang solat agak sempit plus takde pengasingan lelaki dan perempuan. Kena bergilir untuk solat.
Untuk datang kesini, korang akan melalui kawasan agak terpencil dan seeloknya datang bersama travel agency. Takut sesat jugak. Bila dah sampai, kena jalan kaki ke dalam. Nampak kan cerun ke bawah. Ena suka tempat ni sebab banyak pokok bunga.
Love it !!! Pelbagai jenis ikan ada seperti ikan bawal, ikan lele dan banyak lagi. Untuk memancing dikenakan harga. Ada jugak pertandingan memancing disini taw.
Kredit to admin
Kredit to admin
Kredit to admin
Kredit to admin
Apa yang menarik disini adalah sambil memancing, menikmati keindahan sekeliling, korang dapat melihat Gunung Bintan tertinggi di Pulau Bintan.
Gunung Bintan juga merupakan antara tempat untuk mereka melakukan aktiviti pendakian gunung disana. Wahh seronok berkhemah bersama keluarga ataupun family gathering kan. Budak-budak pon tak bosan sebab ada playground.
Playground
Rumah Hijau
Kami berhenti berehat disini agak lama untuk lunch dan solat.
Menu lunch memang sedap kat sini. Ayam masak kicap rasanya. Yang lain sayuran. Menu sayuran ena sangat suka sebab bahan rencah dia macam-macam dia bubuh ala sambal gitu. Kalau sup sayur pon enak. Bukan macam masak bening biasa. Siap ada Sambal Jering. Beruntung kami makan memang mewah. hehe.. bawak perut je trip ni.
Follow to more details :
WEBSITE: https://pemancinganpoyotomo.com/
DESA WISATA EKANG TERSEMBUNYI DI TENGAH PULAU BINTAN
Desa wisata Ekang jugak perlu melalui kawasan pendalaman dan lorong jalan agak kecil. Bas masuk pon ngam-ngam jalan je. Haha cuak kitorang tengok driver ni redah masuk.
Ni persinggahan last kami sebelum bertolak pulang ke Batam. Kalau korang minat aktiviti berkuda, memancing , swimming pool, massage, boleh menginap disini taw. Ada taman arnab, menunggang kuda, memanah, main layang-layang, berbasikal, scooter, taman orkid dan banyak lagi. Aktiviti indoor je dah banyak kan????
Jika berminat untuk menginap disini boleh survey price di D' Bamboo Kamp
Okey macam biasa ena sebut di entri sebelum ni air manis potong kaki. haha. Minum sebanyak tu jerr.. Tak sanggup nak telan habis. Sedap tapi terlalu manis.
Ok puas cuci mata??? Dah tahu nak buat pilihan destinasi mana korang suka? Di Pulau Bintan banyak sangat destinasi percutian yang hebat. Ok ena nak sambung bertentang mata dengan kak Limah. hahahaha.. FOOD HUNTER next entry :) :)
Follow to more details :
WEBSITE: https://www.dbambookamp.com/
23 Comments
Bilalah nak sampai ke sini yaaaa