Selepas kami Batam Bour pada hari pertama, seterusnya pada hari kedua kami menjalankan aktiviti Fam Trip Bintan Island Full Day Tour. Masa ni memang best sebab banyak tempat kami explore. Rupanya macam-macam tempat menarik di Pulau Bintan.
Haishh kalau korang datang ke Batam, Jangan lupa pergi ke Pulau Bintan sebab jaraknya tidaklah jauh sangat.
Menaiki speed bot dalam 15 minit atau Kapal Roro di Pelabuhan Telaga Punggur ke Pelabuhan Tanjung Uban dengan tiket berharga 19,700 rph bersamaan RM5-6 macamtu. Macam kami menaiki seawal 9.00 pagi. Kalau balik hari ke Batam pastikan standby di Pelabuhan dalam 4.30 petang sebab last kapal bergerak jam 5.00 petang. Kalau terlepas kapal, alamat kena tunggulah esok pagi.
Kami naik ke tingkat atas Kapal Roro menikmati keindahan sekeliling pulau.
Gurun Pasir ni agak jauh ke kawasan perkampungan, jadi kena ada kenderaan khas. jarak lebih kurang 47km dari pelabuhan. Ia tidaklah terlalu berpasir. Lebih kepada batuan. Tetapi sangat cantik. Kami sampai tepat pukul 12 tengahari memang cuaca panas terik tapi kelebihan gambar lebih cantik terhasil.
Menurut kata wakil travel agency, tempat ni asal untuk penghasilan bauksit tetapi telah diberhentikan dan tempat ini terbiar. Apabila berlaku hujan, akan membentuk pelbagai rupa sehingga seperti gurun pasir. Dan pada masa itu ada seorang pengembara datang mengambil gambar disini dan upload ke media sosial sehingga tempat ni jadi viral.hehehe... Jangan risau kalau haus sebab disini banyak gerai menjual buah-buhahan tempatan dan juga banyak air kelapa. memang kehausan jalan tempat lapang macamni.
Kena berhati-hati atas faktor jalan tidak rata kalau tersilap sikit boleh tergelincir. Gambar ni berada dipuncak paling hujung. Jauh jugaklah nak jalan tetapi memang kepuasan sebab dapat tengok telaga biru. Tengok pon dari jauh. hehe.. Nampak tak hujung tu ada tangga ke bawah telaga? haaa. yang tu kena bayar. Nak ambil gambar dekat sini banyak yang kena bayar termasuk unta. Jadi ena ambil tempat yang free je. haha..
1 jam disini rasa tidak puas nak snap gambar. Hope ada rezeki lagi ke sini.
Cantik kan view? Sorry lah tengok je. nak amek gambar kena bayar.haha... sini masuk free tapi nak pergi bergambar dekat tempat khas direka memang kena bayar. Harga tak ingat berapa.
Gambar cantik-cantik ni hasil tangan Mr. Alfie Damian from Singapore Photography dan juga ada daripada Mr. Bams from Indonesia Photography.. Thanks bro :) Tak kedekut nak ambil gambar kami. Layankan jerr..hehe.
Kalau korang teringin nak pergi ke Pulau Bintan dan perlukan travel agency yang dipercayai, boleh terus contact Miss Windy yang ramah. Banyak lagi tempat best kami explore 1 hari ni dan semuanya jarak jauh.. So Miss Windy boleh bantu korang untuk pergi ke semua tempat yang kami explore.
Facebook : Windy Wara Wiri (Win Tour & Travel)
IG: WindyWaraWiri
25 Comments
Dalam gambar je dah lawaaa....belum lagi tengok depan=depan ....
Moga ada rezeki nak juga ke sini nanti ...