Gurun Pasir Busung dan Telaga Biru, Bintan Island

Selepas kami Batam Bour pada hari pertama, seterusnya pada hari kedua kami menjalankan aktiviti Fam Trip Bintan Island Full Day Tour. Masa ni memang best sebab banyak tempat kami explore. Rupanya macam-macam tempat menarik di Pulau Bintan. 

Haishh kalau korang datang ke Batam, Jangan lupa pergi ke Pulau Bintan sebab jaraknya tidaklah jauh sangat. 

Menaiki speed bot dalam 15 minit atau Kapal Roro di Pelabuhan Telaga Punggur ke Pelabuhan Tanjung Uban dengan tiket berharga 19,700 rph bersamaan RM5-6 macamtu. Macam kami menaiki seawal 9.00 pagi. Kalau balik hari ke Batam pastikan standby di Pelabuhan dalam 4.30 petang sebab last kapal bergerak jam 5.00 petang. Kalau terlepas kapal, alamat kena tunggulah esok pagi.




Kami naik ke tingkat atas Kapal Roro menikmati keindahan sekeliling pulau.



Gurun Pasir ni agak jauh ke kawasan perkampungan, jadi kena ada kenderaan khas. jarak lebih kurang 47km dari pelabuhan. Ia tidaklah terlalu berpasir. Lebih kepada batuan. Tetapi sangat cantik. Kami sampai tepat pukul 12 tengahari memang cuaca panas terik tapi kelebihan gambar lebih cantik terhasil. 


Menurut kata wakil travel agency, tempat ni asal untuk penghasilan bauksit tetapi telah diberhentikan dan tempat ini terbiar. Apabila berlaku hujan, akan membentuk pelbagai rupa sehingga seperti gurun pasir. Dan pada masa itu ada seorang pengembara datang mengambil gambar disini dan upload ke media sosial sehingga tempat ni jadi viral.hehehe... Jangan risau kalau haus sebab disini banyak gerai menjual buah-buhahan tempatan dan juga banyak air kelapa. memang kehausan jalan tempat lapang macamni.



Kena berhati-hati atas faktor jalan tidak rata kalau tersilap sikit boleh tergelincir. Gambar ni berada dipuncak paling hujung. Jauh jugaklah nak jalan tetapi memang kepuasan sebab dapat tengok telaga biru. Tengok pon dari jauh. hehe.. Nampak tak hujung tu ada tangga ke bawah telaga? haaa. yang tu kena bayar. Nak ambil gambar dekat sini banyak yang kena bayar termasuk unta. Jadi ena ambil tempat yang free je. haha.. 






1 jam disini rasa tidak puas nak snap gambar. Hope ada rezeki lagi ke sini.



Cantik kan view? Sorry lah tengok je. nak amek gambar kena bayar.haha... sini masuk free tapi nak pergi bergambar dekat tempat khas direka memang kena bayar. Harga tak ingat berapa.





Gambar cantik-cantik ni hasil tangan Mr. Alfie Damian from Singapore Photography dan juga ada daripada Mr. Bams from Indonesia Photography.. Thanks bro :) Tak kedekut nak ambil gambar kami. Layankan jerr..hehe.

Kalau korang teringin nak pergi ke Pulau Bintan dan perlukan travel agency yang dipercayai, boleh terus contact Miss Windy yang ramah. Banyak lagi tempat best kami explore 1 hari ni dan semuanya jarak jauh.. So Miss Windy boleh bantu korang untuk pergi ke semua tempat yang kami explore.


Post a Comment

25 Comments

el said…
wahh berbaloi lah datang kat Batam ni..ada tempat macam ni..dah serupa kat padang pasir siap ada unta ye..oklah walaupun ada certain tempat kena bayar..overall pemamdangan dekat sini cantik
Rawlins GLAM said…
Memang Batam ada banyak lokasi melawat kan. Rawlins dah jadi teringin pula nak melawat setelah membaca pelbagai jenis perkongsian lokasi menarik kat sana
khai artzfar said…
wagh cantiknya pemandangan! tapi awat kecik sangat gambar dia tak puas tengok hahaah. apa pun klau diberi peluang untuk ke Batam lagi, memang khai akan pergi! heheehe
cindyrina said…
Bestnye! Tak pernah sampai kat sini. Tempat ni menarik betul and kalau I mesti teruja. Background boleh buat MV . kekeke
Hanny Abdullh said…
Memang teringin nak ke Batam lebih2 lagi bila tengok ramai blogger ke sana n postkan gambar2 cecantik, lagilah berkobar kobar hati sis nak gi. Moga ada rezeki utk ke Batam
Faries said…
Wow cantiknya Batam. Nak feeling2 kt bauskit tu mmg cantik. Boleh masukkan dlm wishlist la lepas ni. hehehe
Mimie said…
Speechless tengok gurun pasir busung tu. Nampak cantik dan seolah olah kat padang pasir pulak .Cantik cantik gambar. Suka tengok .Sesekali berjalan tempat orang memang best kan
Dikbee said…
Hai Ena.. ha, bestkan pergi Batam. Banyak tempat menarik kat sana. Eh, jumpa Alfie jugak ekk. Dia ikut ke trip ni?? best dengar dia cerita pasal tips photography. memang tak lokek ilmu.. ^_^
Nadia Johari said…
syoknya tiny dah sampai sini..tempat yang gurun tu nampak best..haishh bila la dapat enjoy dengan you alls ni..heheee..
Alia Farhan said…
Wowwww cantik gila tempat ni.. Xsangka ada tmpt2 mcm ni kt batam ni. . Nice experience u had there
sitirohaida said…
cantiknya ena pemandangan kat sini kan..Rasa puas hatilah dapat bercuti
Fadzi Razak said…
Cantiknya tempat ni. Tempat simple je kan tapi cantik. Sesuai sangat kalau nak buat photoshoot ke ootd. Ramai dah yang kongsi tempat ni. Rasa macam nak pergi jugak je
Menariknye pemandangan dekat Pulau Bintan nih, suka sangat sy tengok pic dekat batas. Teringin nak pergi Pulau Bintan ni.. Masuk list dululah
Syiera Firdaus said…
Cantiknya gurun pasir tu. Sesuai sangat dijadikan port photoshoot hehe.Antara wishlist ni. Nak pegi jugak
Sis Lin said…
Cantiknyaaaa tempat ni...
Dalam gambar je dah lawaaa....belum lagi tengok depan=depan ....
Moga ada rezeki nak juga ke sini nanti ...
Nina Mirza said…
Wahhh.... Cantiknya View. Teringin nak ke Batam. Beruntung nya ada photographer. Lawa gambar!
Gurun pasir tu kalau kena gaya snap gambar memang meletop hasilnya. Cantik sungguh tempat dia.
SlumberLady said…
Subhanallah, cantiknya. Baru tengok gambar. Memang masuk wishlist terus Batam ni.
Kenangan indah kita bersama, happy and enjoy, nest time jumpa lagi di Batam.
Absolute Yana said…
The view is really nice. Never been on a desert before would love to visit this place one day soon. It would be great place for modern outfit photoshoot too.
Cik Puan Ena said…
Ikut dikbee. Hehe kelakar dia tu.
Cik Puan Ena said…
Kan kak. Nak pegi lagi. Nak shopping.hehe
Sunshine Kelly said…
Wah!!!! I want to go lah! This place is so instagramable banyak shot yang boleh dapat sebab the natural sunlight is good.
Sunah Sakura said…
cantik sangat tempat ni walaupun gurun pasir aje kannn
Mimin Adam said…
best best ye kat pulau bintan.. kena pergi lagi ni. belum semua tempat cover ritu. hahha