Batam Trail Run 5KM di Sijori Resort & Spa

Baru-baru ini, Ena dan beberapa wakil blogger Malaysia berkesempatan menyertai Program FamTrip Media Partner iaitu Batam Trail run 5KM dengan hashtag #Batamilikita bertempat di Objek Wisata Tebing Langit, Jaln Ir Sutami Patam Lestari, Sekupang, Batam. 

Trip kami selama 3hari bermula pada 5 - 7 April 2019 melalui Terminal Feri Puteri Harbour dengan perjalanan selama 2jam 15minit ke Batam Centre, Indonesia. 



Ena sampai lebih kurang jam 10.00 pagi. Sebab feri kami akan berlepas jam 11.00pagi. Kena standby awal untuk belian tiket, cek beg luggage dan passport.



Ada nampak tak bas putih dekat hujung tu.. Bas tu free je naik kalau korang naik dari Terminal Bas Larkin Sentral ke Terminal Feri Puteri Harbour. Tapi kena tunggu dekat belakang terminal bas taw. Seberang jalan kedai makan Selera Johor. Cuma mengambil masa lama sampai 1 jam setengah. kalau korang nak cepat cuma 20 - 30minit sajer tapi cas Grab dalam RM27-RM30 camtu.


Kaunter nombor 3 untuk belian tiket boleh tengok harga di bawah dan cukai dikenakan sebanyak RM16 ke Batam. Balik Johor pula cukai kena sediakan 65,000 rph. Kemudian cek beg luggage di Kaunter belakang, baru ke kaunter nombor 4 untuk scan beg. So tunggu jelah beg tu dekat Batam nanti.







Rombongan media Malaysia termasuk Singapura seramai 23 orang. Memang havoc pergi ramai-ramai ni.





Laluan semua peserta adalah bermula dari Sijori Resort & Spa dan dari pelbagai negara seperti Indonesia, Malaysia, Singapura dan juga Kenya.



Untuk makluman, program larian yang melibatkan banyak negara merupakan diantara program Sukan dan Rekreasi antarabangsa terbesar diadakan di Batam. Kami amat berbesar hati dijemput untuk menyaksikan pertandingan ini. Semoga program ini dapat diteruskan pada masa akan datang.


Rakan sekerja juga tak sabar nak sertai sama pada 7 April 2019. Ena mampu tengok je sebab lambat daftar, tak dapat baju.hukhuk...


Kami disajikan dengan persembahan dari Ligers Cheerleaders. Sangat mengagumkan :)



Larian mula dilepaskan dengan peserta kanak-kanak dan kemudian peserta dewasa. Seramai 500 orang yang terlibat dalam larian ini.






Menunggu pemenang larian. Hanya 150 orang peserta pertama yang layak menerima medal.


Wahh.. Nampaknya peserta kenya memang hebat belaka sebab semua mereka yang rangkul medal. Tahniah diucapkan buat semua peserta.


 Terima kasih Sijori Resort & Spa sudi menyediakan penginapan dan makanan enak buat media. Dan tak lupa juga kepada Mr. Edi Sustrisno kerana memberi peluang untuk kami menyaksikan acara besar seperti ini.

Post a Comment

24 Comments

Zandra Siti said…
Bestnyaaa dapat pi ramai2 dgn bloggers ke Batam. Never experiencing that. Tapi yang tak bestnya kna belari. ehhhh pantang nak dengar lari lari ni. Tengok perkataan lari pun dah semput. Haha.
Sis Lin said…
Bagus ni, kalau tak, kita pun tak lari sejauh tu kan hahahahaha...
Cik Puan Ena said…
This comment has been removed by the author.
el said…
Hari tu ada gak dgr pasal famtrip batam ni..tp xde rezeki nak join..bestlah famtrip ni sebab blogger singapore pun turun meriahkan event..
Tengkubutang said…
Best nya kalau dapat join Program FamTrip Media Partner ni.. sebab ada latrian tu.. alkahai.. dulu teringat memang suka belari ramai-ramai macam ni.. pastu menang medal.. syoknyaaa
maszull said…
Assalamualaikum ena...seronoknya dpt jenjln ni...
wa sounds nice this Batam Trail Run 5KM di Sijori Resort & Spa. Looked like everyone had fun and enjoyed themselves there. nice and keep it up!
Mimie said…
Bestnya Ena join Batam Trail ni kat tempat orang .Mesti seronokkan buat aktiviti sihat macam ni sambil jalan jalan kat tempat orang .nak join tak dapat tengok jela kawan kawan join
Nisa Kay said…
wahhhh tibe tiba rasa macam dah lama pulak tak join run nii..
diri pun dah tak fit mana.. aduii kena masuk gym balik ke ni? ahahhaha
jom la nanti kita join run sama sama!
Airah Syahirah said…
seronoknya pengalaman macam ni.airah tak pernah join run dalam negara, luar negara apetah lagi.stamina pun dah tak fit lepas bersalin ni haha
Faries said…
Wah bestnya dpt jelajah ke Batam. Dulu pernah ad letak dlm wishlist klu ke Indonesia. Program larian tu pun mcm best je. hehehe. Bilelah nk dpt pergi kesana. huhuhu
xulhlmi said…
wah aktifnya awak. berjaan siap ada larian lagi. Betul-betul cergas awak ni. selalu 5km Run ni mesti fun je sepanjang larian, siap boleh borak dengan orang sebelah. heheh
Sunah Sakura said…
waaaaa da lama teringin nak ke batam ni sebenarnya...best betul ek dapat jalan2 kat sana..alang2 da cover event tu kan...bukan selalu dapat jalan2 tempat orang
Nina Mirza said…
Dah masuk wishlist nak cuti kat Batam tapi belum pernah sampai nya lagi entah bila. Beruntung awak dapat join Program FamTrip Media Partner . Tapi kena lari 5km tuu... Kita ber huhuuu laaa jawabnya. Idok ler mampu ku RUN, jalan aje laaa jawabnya. Semput asthma attack nanti. HAhaaa
Syamimi Saad said…
Waaa.. Ramai juga blogger yang dijemput ke sana ye. Best tu peluang dapat ke Batam. Sertai acara yang diadakan. Dapat tengok peserta berlainan negara.
Fadzi Razak said…
Hebat sangat ni. Saya umur umur macam ni dah tak larat nak pergi join run. Tengok je la kawan kawan duk seronok up status pasal pergi run sana pergi run sini
Teringin nak ke Batam, sekarang Batam popular juga.. Tengok view pon cantik. Syabas dan Tahniah pada sesiapa yang masuk Trail Run 5 km tu...
Seronok bila dapat turun ramai2 lawat negara org. Mesti banyak pengalaman manis yang korang perolehi kan
Nadia Johari said…
Sampai ke batam dia lari ye.. Hehehe. Menarik dapat joon aktiviyo ni, siap pergi batam lagi. Tak pernah nad pergi batam.. Mesti tempat dia cantik kan. .
seronoknya pergi batam..jauh betul join program lari-lari sampai ke negara orang. teringin juga sebenarnya nak pergi batam..selalu tengok blogger pergi Batam..menarik betul
Rawlins GLAM said…
Warga Kenya memang power kalau bab larian ni. Rawlins selalu nampak depa lari di awal pagi di sekitar Bangi setiap kali nak ke pejabat. Bestnya la dapat melawat Batam
Sunshine Kelly said…
Wah! best sangat dapat experience lari di luar negara kan. I have not been to Batam before and would love to explore this island.
Faradidi said…
seronoknyaaa event ni...
Mimin Adam said…
kak ena lari tak ? kuikuikui