Baru-baru ini, Ena dan beberapa wakil blogger Malaysia berkesempatan menyertai Program FamTrip Media Partner iaitu Batam Trail run 5KM dengan hashtag #Batamilikita bertempat di Objek Wisata Tebing Langit, Jaln Ir Sutami Patam Lestari, Sekupang, Batam.
Trip kami selama 3hari bermula pada 5 - 7 April 2019 melalui Terminal Feri Puteri Harbour dengan perjalanan selama 2jam 15minit ke Batam Centre, Indonesia.
Ena sampai lebih kurang jam 10.00 pagi. Sebab feri kami akan berlepas jam 11.00pagi. Kena standby awal untuk belian tiket, cek beg luggage dan passport.
Ada nampak tak bas putih dekat hujung tu.. Bas tu free je naik kalau korang naik dari Terminal Bas Larkin Sentral ke Terminal Feri Puteri Harbour. Tapi kena tunggu dekat belakang terminal bas taw. Seberang jalan kedai makan Selera Johor. Cuma mengambil masa lama sampai 1 jam setengah. kalau korang nak cepat cuma 20 - 30minit sajer tapi cas Grab dalam RM27-RM30 camtu.
Kaunter nombor 3 untuk belian tiket boleh tengok harga di bawah dan cukai dikenakan sebanyak RM16 ke Batam. Balik Johor pula cukai kena sediakan 65,000 rph. Kemudian cek beg luggage di Kaunter belakang, baru ke kaunter nombor 4 untuk scan beg. So tunggu jelah beg tu dekat Batam nanti.
Rombongan media Malaysia termasuk Singapura seramai 23 orang. Memang havoc pergi ramai-ramai ni.
Laluan semua peserta adalah bermula dari Sijori Resort & Spa dan dari pelbagai negara seperti Indonesia, Malaysia, Singapura dan juga Kenya.
Untuk makluman, program larian yang melibatkan banyak negara merupakan diantara program Sukan dan Rekreasi antarabangsa terbesar diadakan di Batam. Kami amat berbesar hati dijemput untuk menyaksikan pertandingan ini. Semoga program ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
Rakan sekerja juga tak sabar nak sertai sama pada 7 April 2019. Ena mampu tengok je sebab lambat daftar, tak dapat baju.hukhuk...
Kami disajikan dengan persembahan dari Ligers Cheerleaders. Sangat mengagumkan :)
Larian mula dilepaskan dengan peserta kanak-kanak dan kemudian peserta dewasa. Seramai 500 orang yang terlibat dalam larian ini.
Menunggu pemenang larian. Hanya 150 orang peserta pertama yang layak menerima medal.
Wahh.. Nampaknya peserta kenya memang hebat belaka sebab semua mereka yang rangkul medal. Tahniah diucapkan buat semua peserta.
Terima kasih Sijori Resort & Spa sudi menyediakan penginapan dan makanan enak buat media. Dan tak lupa juga kepada Mr. Edi Sustrisno kerana memberi peluang untuk kami menyaksikan acara besar seperti ini.
24 Comments
diri pun dah tak fit mana.. aduii kena masuk gym balik ke ni? ahahhaha
jom la nanti kita join run sama sama!