Baru-baru ni ena sempat bercuti dengan keluarga belah mertua. Suami tak dapat join sebab final exam, so kami berdua je ikut. Jadi percutian ni cuma melibatkan 4 orang dewasa dan 3 orang kanak-kanak bawah 3 tahun.
Yang booking pon adik ipar dengan menggunakan Agoda, sebab masa tu survey paling murah dalam RM240 + waterpark (tidak termasuk sarapan) untuk 2 bedroom.
Boleh refer sini untuk lihat pakej bilik ada SARAPAN atau TANPA sarapan.
V
V
V
Pakej bilik
Ni bilik kami (pakej 2 bedroom apartment).
Ada dapur dan peti ais dsediakan. 2 bilik air. Sejadah disediakan.
Kami stay di Amari Villa Blok A. Lebih dekat nak ke waterpark berbanding Tahiti Villa Blok B.
Untuk masuk waterpark ni harga dah termasuk dalam pakej penginapan. Kanak-kanak bawah 90 cm adalah percuma. Harga pon tak mahal boleh main dari pagi lingkungan 9 pagi sampai 7 malam sahaja, Makanan pon boleh bawa masuk. Lagi senang. Dalam ni korang tak boleh beli makanan secara tunai. Kena pergi kaunter topup lepastu nak beli kena scan bar kod pada pergelangan tangan kita (Akan dapat masa nak masuk waterpark).
V
V
V
Banyak juga permainan dan luas. Masa ena pergi ni cuti sekolah memang crowded kau.. Lepastu blur tak tahu nak bawa anak kemana.hahahaha.. Anak pula takut tengok slide tinggi, ena lah kempunan nak main sebab anak takde orang boleh jaga. hehe.. Kalau ada ayah dia senanglah jugak teman.
Ada 2pcs water ball. Yang ni harga lain. Tak pasti berapa sebab masa tu jauh so tak nampak harga dia. Better standby duit tunai sebab dalam ni ada lagi banyak permainan yang kena bayar asing.
Ena dapat rasa naik sekali je. Memang seronok tapi seram weyhhh laju lepastu rasa macam terbang takde bumbung.hahaha.. Masa tu memang terus tenggelam masuk dalam air. Seriklah naik sekali je..
Pool ni paling hujung dan paras air lebih dalam. Better kalau ada anak kecik elakkan datang pool ni.
Pool ni pula ena tak pergi juga tak sesuai untuk anak kecik. Kalau takde anak kecik memang ena dah swimming taw.
Pool ni memang budak2 suka tapi kena hati2 sebab ada air bertakung atas tangga tu. Kalau korang main naik tangga je tahu2 kena siram. Bahayalah jugak kalau kita tak bersedia takut tergelincir. Air menyembur kuat, memang anak takut nak main. Air memang sejuk. Masuk pon tak lama sejuk gilerr.
Tepi pool ni ada lah air paras kaki rendah je tapi airnya hangat. Jadi budak2 ni tengoklah suka main siap baring sebab rasa hangat. Hahaha... banyak2 tempat, ni je dorang suka sebab tak tahan kesejukan masuk pool.
Harga pelampung ni RM14. Masa ni lupa bawa terpaksalah beli.hehe.. Risaulah takut tergelincir. Jalan memang licin. Ena pon nak terjatuh. Pakailah kasut bergetah ye. Sumayyah nasib jatuh terduduk je. Sepupu dia jatuh terlentang. Ishh bahaya naaa jalan memang licin. Parents kena pantau anak yang suka lari-lari. Ena yang jalan slow pon hampir nak jatuh.
Sini banyak ruangan tempat duduk dan berbumbung. So kalau hujan tiba-tiba sempatlah nak berteduh.
Ada pelbagai permainan lain, so kena standby duit tunai. Contohnya bumper car ride, memanah, dragon roller coaster dan lain-lain.
Dragon Roller Coaster
Naik dragon roller coaster ni kira kepala taw. RM4/pax. Memang seram tengok. Anak seboleh-boleh nak naik. Ena memang takkan naik. Kecut perut laju. Sumayyah lepas naik tu kan muka dia memang cuak je diam. tapi tak nangislah. Kira dia berani dari ena.haha. Sumayyah ni macam penakut tapi dia nak cuba jugak. Sekali naik dorang taubat taknak lagi.
Bayou 9D Theatre
Tak masuk pon sebab letih sangat. Haha.. Masuk waterpark tu kalau 2hari 1malam so tiket dikira 2 hari main. Kami masuk hari pertama je. Hari kedua konok nak pergilah mandi tapi tak pergi pon letih sebab dah puas main air dari tengahari lepastu check in sambung balik mandi sampai ke petang pukul 7 malam.
Magic Art Museum
Magic Art muzeum pon tak masuk. Harga RM28/pax. Kalau korang menginap hotel boleh minta baucer diskaun tapi tak pasti berapa harga. Budak pon dikira RM28 so kami tak masuklah macam mahal pula harga sama. Next time jelah.
Makanan ????
Ok kami beli luar je. sebab menu dia mahal seorang Rm30/pax untuk sarapan pagi. Jadi kami decide keluar tapau je. Kedai tak jauh cuma kena keluar jalan besar dan masuk ke sebelah Taman Saujana Indah ada Medan selera. So lagi jimatlah.
Tips nak jimat ..
1. Booking online, boleh refer pada Agoda atau laman sesawang yang lain dan buat perbandingan.
2. Kalau booking guna nama suami better pergi masa birthday sebab akan dapat 2 tiket percuma masuk waterpark. Hehe.. Kalau menginap lama rasa berbaloi lah.
3. Standby makanan ringan dan lunch sebab boleh bawa masuk makanan ke waterpark. Ada signboard tak boleh bawa masuk makanan tapi staff tengok takde pula larang. Ada kelonggaran.
Boleh datang awal daftar dan minta tiket waterpark dulu. Jadi check in pukul 3 petang tinggal masuk hotel je. Senang cerita datang pakai baju mandi siap-siap, mandi puas-puas lepastu tinggal ambil kunci bilik pukul 3 petang.
Rating ???
Mungkin nasib kami kurang baik. Bilik kami menginap ni ada masalah maintenance. Aircond memang tak sejuk. Dah panggil room service buat aduan pon takde datang. Peti ais pon sama langsung takde function. Tak pastilah mungkin terlalu ramai check in tak cukup staff. 3.5/5 ena bagi. Anggap jelah kami yang takde luck !
16 Comments
Waaa belum pernah sampai lagi sini, one day nak ke sini jugalah ...