8 Tips perjalanan jauh dengan anak menaiki kereta



Tips ni sebenarnya khusus untuk ibu yang terpaksa travel bawa anak atau pun emergency nak balik kampung halaman tanpa ketiadaan suami. 

Macam suami ena kerja badan beruniform. So tak boleh cuti suka-suka macam penjawat awam lain. Public holiday memang jangan mimpi lahh nak dapat. Tapi tu lumrah bila dapat pasangan seperti polis atau tentera. macam ena sendiri setiap 2 tahun sekali saje suami dapat cuti beraya. So bila kena tahun tak dapat cuti memang ena driving sendiri bawa anak. 

Ehhh.. Dulu takut taw. Tak confident nak jalan jauh. Tapi kita kena think positif. Selain percaya pada diri.. kena percaya pada kemampuan anak. Mula-mula ena ingat dia akan meragam tapi semua ok je.. Yang penting PERSEDIAAN !!!! Ena lagi selesa naik kereta berbanding naik bas sebab kawasan kampung ena ni susah sikit. Lepas naik bas, naik teksi pula. Masa menunggu lagi kena fikir. Kalau anak mengamuk, takut penumpang tak berapa suka. Lagipun perjalanan ambil masa 4 jam je. 

Sumayyah memang camni. Susah nak dapat gambar elok.hahahah.. Suka buat muka pelik 


Ada 2 perasaan untuk digambarkan kepada anak. Tengok tindakbalas dia bila cakap jom balik kampung. Suka ke memberontak ??? Hehehe.. Kadang ada budak tak berapa suka duduk kenderaan lama-lama. Dulu sumayyah pon macamtu. Naik setengah jam je lepastu dia mengamuk tak selesa. Terpaksalah berhenti sekejap bagi dia main-main kat luar. Maybe dia pening kadang-kadang sampai termuntah.



Fahami apa kehendak anak.

Buat dia rasa selesa nak travel


 TIPS 1 : LATIH AWAL DENGAN BAWA KE TEMPAT TERDEKAT


Better latih awal dan biasakan ke tempat terdekat. Contoh paling senang bawa anak checkup klinik. Biar anak rasa selesa duduk dalam kereta. Jadi kita pon boleh tahu apa yang dia suka dan tak suka buat dalam kereta kan. Ibu pon boleh buat checklist barang apa perlu dibawa ikut keperluan anak. Kalau dia jenis keluar mesti nak bawa anak patung, so jangan tinggalkan.

Kedua bawa ke supermarket. Kalau beli barang dapur bawa je anak. tak perlu tinggalkan pada suami. Hehe. Kadang-kadang kita selesa pergi sorang kan takde gangguan tapi baik kita latih dia. Dan ia membuka minda anak untuk belajar sekeliling dengan lebih dekat. Kalau lalu tempat sayur lagi lah teruja dia belajar nama-nama sayur ni. Takut dia minta macam-macam ??? Nanti ena sharing tips elak anak memberontak.


TIPS 2 : BAGI ANAK MAKAN AWAL

Sebelum bergerak pastikan perut anak selesa dulu. Bila dah kenyang, anak kurang meragam. Kalau dia belum lapar pada waktunya takpe standby je bekal. Nanti boleh berhenti mana-mana dan bagi anak makan. Jenis ena ni kalau dah start driving dalam 4 jam memang malas nak berhenti beli makanan. Sebabtu siap-siap je bekalan. Takut anak meragam dekat tempat yang susah nak berhenti cari bekalan.




TIPS 3 : PERIKSA PAMPERS ANAK


Bab ni memang kena alert. Sumayyah ni dia jenis yang dengar kata ena. Haha. Kalau naik kenderaan ena selalu pesan jangan yak taw. Tunggu sampai rumah. Memang dia jarang yak kalau keluar rumah. Cuma kencing jelah. 

Standby 1 beg kecil untuk letak pampers, tisu basah untuk emergency, tuala kecil, sabun travel dan baju sepasang. Kalau anak termuntah dan yak senang sikit dah ada kit cuma singgah stesyen miyak nak cuci. 




 TIPS 4 : BEKAL SUSU SECUKUPNYA


Kena tahu agak anak biasa susu berapa jam. Kalau dalam 4 jam tu susu cuma sekali, jadi standby lah awal-awal termos air panas dan susu. Normally ena akan buat susu awal. Sebab ketahanan susu sampai 3 jam jika tidak di usik. kalau anak dah susu awal kat rumah, cuma buat dalam kereta time dia minta je. Kadang tu lampu traffik light tengah merah ena sempatlah bancuh kejap. So pastikan beg susu dekat senang nak dicapai. Sikap budak kadang cepat nak mengamuk, Sebabtu persediaan barang kena cepat dan mudah dicapai.


TIPS 5 :  BAWA PERMAINAN KESUKAAN ANAK

Kena perhatikan anak suka main apa. Dia pasti ada favourite toys kan. Kalau macam sumayyah tak boleh tinggal anak patung dengan dinosaur. Ni kalau tinggal memang dia akan cari dalam kereta. Haruu nak cari kat kedai. Better cek awal dan letak kat seat anak. Bawa toys yang bersaiz sederhana besar. Kalau kecil sangat dikhuatiri jatuh ke bawah dan anak mengamuk minta ambil. Satu hal kita kena berhenti ambil. Budak-budak leka main tak kan rasa bosan bila kita driving.

Jangan lupa ajak berborak. Dia nak rasa selamat sebabtu kita kena sentiasa bagi perhatian. Kalau dia mula bosan, nanti mula lah dia nak duduk depan stereng.




TIPS 6 :  ISI MINYAK KERETA SECUKUPNYA

Sebelum memulakan perjalanan jauh pastikan minyak diisi secukupnya. Ena suka berhenti dekat stesyen minyak yang ada pembantu. Kalau nampak kita ada anak kecil biasa diorang akan tolong isikan. Lepas isi minyak baru hati lega nak gerak ke kampung. Tak perlu singgah banyak kali. Ataupun boleh minta suami isikan awal sebelum kita driving.



TIPS 7 : BAGI GADGET TIME PERLU SAHAJA

Gadget ni ena tak syorkan bagi sepanjang hari. Bagi time perlu sahaja. Ini adalah pilihan terakhir. Pastikan anak kenyang, pampers tak penuh, anak dah puas main dan menunjukkan reaksi bosan barulah bagi anak gadget. Tupon ena bagi time dah nak sampai kampung ataupun dia nak tidur. Kalau dia mengantok tu ena bagi kejap sampai dia terlena. 

Bagi kartun OFFLINE ok.. download beberapa kartun untuk elak berlaku masalah bila masuk area yang takde line internet loading, jadi masalah pula anak mengamuk tak dapat tengok.



TIPS 8 : BAGI ANAK SELESA


Pastikan kenderaan selamat digunakan, aircond boleh pakai seperti biasa. Kalau panas takut anak ni meragam. Anak cepat tidur kalau dia letih dan selesa dengan keadaan sekeliling. Periksa car seat dalam keadaan yang baik. 


Itu saje tips yang biasa ena gunakan sepanjang travel tanpa suami.  Ada tips tambahan tak ??? Boleh sharing okey :)

Post a Comment

24 Comments

Cik Nor said…
good sharing ena..:)
Hernee Nazir said…
memang kena betul2 prepare..lebih2 lagi anak dah lebih dari sorang..
xde baby lagi so xde pengalaman. tapi memang parents kena cekal layan anak2 kan..
selalu kalo jalan dgn anak2 buah semua da besar da so okay x merap..
Julia Mahir said…
Anak-anak saya nasib mmg dari baby biasa duduk car seat. So sampai yg 4 tahun ni pun masih duduk diam kat situ. Kalau nak jalan jauh, dah makan/susu, naik kereta, tido. Haha
Cik Lily Putih said…
bagusnya tip-tips ini, memang patut di praktikkan oleh ibu-ibu yang mempunyai anak kecil. bab makan tu memang wajib ye kalau tak nanti anak meragam tak tentu arah sebab lapar
Airah Syahirah said…
airah pun nanti kena ajar baby dari awal la.nak balik dari jb ke perak, perak ke jb memang jauh.mcam2 ragam nanti
Suria Amanda said…
Akak memang ajar anak akak jalan jauh dari dalam perut lagi hahaha...sejak awal pregnant hari2 berjalan sampai la dia lahir dan membesar...memang membesar dalam kereta la..never failed..alhamdulillah masa tu dia takde masalah..takde muntah semua takde..memang kena ajar dari kecil supaya takde masalah bila berjalan jauh..especially menaiki kenderaan
Bebelan Cik Min said…
Bagus tips ni..hehehe..memang bukan senang nak handle bawak anak naik kete..apatah lagi kte yg memandu
Ana Suhana said…
Bab bagi permainan kesukaan dan provide tempat duduk yang selesa tu memang ana praktik dari dulu. Memang tenang nak jalan jauh lepas tu. Anak pun happy.
amirnawawi said…
Wah terima kasih atas tips ini. ya memang lech sikit kalau bawa anak jalan jauh. Tu belum mereka meragam lagi. Kalau dah meragam, ngan kita-kita terpalit sekali.

Jadi tips sebegini memang seuailah untuk semua
Mimie said…
Bila bawa anak kecil balik kampung yang melibatkan perjalanan lama memang kena buat persediaan terperinci .Kena siapakn semua keperluan dia ,mainan dan makanan Kalau tak memang meragam lah. Kalau dah besar takpe tapi yang masih kecil ni diorang memang cepat bosan .Ada saja dorang nak explore. Bila duduk dalam kereta memang terbatas pergerakan dorang kan
azni said…
bagus tips ni. i dulu pun takut kalau nak travel jauh ngan anak anak. mcm2 dalam kepala nih .. hahhaha.. mak mak sangatkan. bila dia dah umur 6 thn baru berani drive dgn anak pergi penang. tapi ahahha lepas tu asben catch up dgn flight the next day hahaha... still prefer abam ada jugak
CXopportunities said…
Wah! Good information and informative sharing here ena. Cx tak pernah lagi drice jauh. Takut. Hahaha tapi tula mcm ena cakap, keadaan tu yang membuatkan kita nadi berani and I have to. Kan? Yelah takkan kita asyik nak depends on others sahaja kan? Hebat ena. Ibu yang cekal! Tahniah! Sumayyah pon behave je. Good girl darling 😍
Alia Farhan said…
Gud tips awak.. Akak travel blik kampung dengan dua anak ni.. Memang 1st thing 1st bgi diorang kenyang.. .pastu bagi la jajan mcm kerepek ka untuk diorang kunyah and on video dekat tv dalam keta.. So far ok Alhamdulillah..biasanya last3 tertdur dua3 tu
Jia Shin Lee said…
Thanks for the tips, I've not travelled far with my daughter before usually it's nearby malls, you're so brave mummy, by the way your daughter with her sunnies is so adorable!
Hanny Abdullh said…
Perkongsian yang bagus. Memang kalau ada anak kecik ni..apa yg kita pikirkan dulu kalau nak travel n jalan jauh adalah mereka. Yang pasti kita nakkan mereka selesa, bila selesa tak adalah banyak ragam. Mcm sis dulu le..aduhaiii mcm2 pengalaman jaga anak2 masa kecil..hehehe
Tekkaus said…
Terima kasih atas-atas tips yang amat berguna ini. Ya~jika travel dengan si kecil memang kita kena bersedia dengan apa-apa saja perkara kan. Saya pun ada pengalaman. Ha :D
Emi said…
Hehe teringat pulak akak emi masa anak pertama dulu. Bila nak balik kg, memang menggelabah la dia. Duk risau sebab nak bawak baby travel dalam kereta berjam2 ni memang mencabar. Now dah ada 2 anak, makin expert la dia nak uruskan bebudak tu.
Syafiera Yamin said…
huhuhuhuhu betul tu semua tips agak berguna i dah buat semua tips ni tapi sebab i tak drive laki i je drive... i menetek je anak i dalam kereta tapi tu la i sebenarnya nak anak i duduk dalam car seat je diam diam, tapi dia tak suka duduk dalam car seat sabo je la ;(
Nina Mirza said…
Bagus perkongsian ni.. Memang nak travel dengan anak-anak perlu cekal. Banyak faktor me mainkan peranan. Bab kenyang kan bagi anak makan dulu penting supaya depa. Tak meragam. Paling penting gak, anak-anak harus dalam keadaan sihat walafiat. Dok merengek kita nak drive pun tak tenang. Stress ooo...
Henry Tan said…
good tips! thanks for sharing! i think it's important for the parents to know, especially those new parents. and most importantly, dont forget the baby and leave them alone in car!

How to deal with markets ups and downs?
Mek Onie said…
Terbaiklah tips ni. Memang berguna buat ibubapa yang mula nak didik anak berjalan jauh. Saya respek dengan ibubapa yang boleh bawak anak-anak jalan jauh ni dan paling untung bila dapat anak yang tak banyak ragamkan.
penaberkala said…
Bagus tips ni. Berguna untuk semua parents kat lUar sana. At least get ready and be prepared dengan apa jua kemungkinan. Baru lah perjalanan selamat dan senang.
Bagi gadget ni mmg pun, sbb duduk lama sgt kat kereta ni mmg ank2 x sabor. Terima kasih atas info sharing ya.