Tips ni sebenarnya khusus untuk ibu yang terpaksa travel bawa anak atau pun emergency nak balik kampung halaman tanpa ketiadaan suami.
Macam suami ena kerja badan beruniform. So tak boleh cuti suka-suka macam penjawat awam lain. Public holiday memang jangan mimpi lahh nak dapat. Tapi tu lumrah bila dapat pasangan seperti polis atau tentera. macam ena sendiri setiap 2 tahun sekali saje suami dapat cuti beraya. So bila kena tahun tak dapat cuti memang ena driving sendiri bawa anak.
Ehhh.. Dulu takut taw. Tak confident nak jalan jauh. Tapi kita kena think positif. Selain percaya pada diri.. kena percaya pada kemampuan anak. Mula-mula ena ingat dia akan meragam tapi semua ok je.. Yang penting PERSEDIAAN !!!! Ena lagi selesa naik kereta berbanding naik bas sebab kawasan kampung ena ni susah sikit. Lepas naik bas, naik teksi pula. Masa menunggu lagi kena fikir. Kalau anak mengamuk, takut penumpang tak berapa suka. Lagipun perjalanan ambil masa 4 jam je.
Sumayyah memang camni. Susah nak dapat gambar elok.hahahah.. Suka buat muka pelik
Ada 2 perasaan untuk digambarkan kepada anak. Tengok tindakbalas dia bila cakap jom balik kampung. Suka ke memberontak ??? Hehehe.. Kadang ada budak tak berapa suka duduk kenderaan lama-lama. Dulu sumayyah pon macamtu. Naik setengah jam je lepastu dia mengamuk tak selesa. Terpaksalah berhenti sekejap bagi dia main-main kat luar. Maybe dia pening kadang-kadang sampai termuntah.
Fahami apa kehendak anak.
Buat dia rasa selesa nak travel
Better latih awal dan biasakan ke tempat terdekat. Contoh paling senang bawa anak checkup klinik. Biar anak rasa selesa duduk dalam kereta. Jadi kita pon boleh tahu apa yang dia suka dan tak suka buat dalam kereta kan. Ibu pon boleh buat checklist barang apa perlu dibawa ikut keperluan anak. Kalau dia jenis keluar mesti nak bawa anak patung, so jangan tinggalkan.
Kedua bawa ke supermarket. Kalau beli barang dapur bawa je anak. tak perlu tinggalkan pada suami. Hehe. Kadang-kadang kita selesa pergi sorang kan takde gangguan tapi baik kita latih dia. Dan ia membuka minda anak untuk belajar sekeliling dengan lebih dekat. Kalau lalu tempat sayur lagi lah teruja dia belajar nama-nama sayur ni. Takut dia minta macam-macam ??? Nanti ena sharing tips elak anak memberontak.
TIPS 2 : BAGI ANAK MAKAN AWAL
Sebelum bergerak pastikan perut anak selesa dulu. Bila dah kenyang, anak kurang meragam. Kalau dia belum lapar pada waktunya takpe standby je bekal. Nanti boleh berhenti mana-mana dan bagi anak makan. Jenis ena ni kalau dah start driving dalam 4 jam memang malas nak berhenti beli makanan. Sebabtu siap-siap je bekalan. Takut anak meragam dekat tempat yang susah nak berhenti cari bekalan.
TIPS 3 : PERIKSA PAMPERS ANAK
Bab ni memang kena alert. Sumayyah ni dia jenis yang dengar kata ena. Haha. Kalau naik kenderaan ena selalu pesan jangan yak taw. Tunggu sampai rumah. Memang dia jarang yak kalau keluar rumah. Cuma kencing jelah.
Standby 1 beg kecil untuk letak pampers, tisu basah untuk emergency, tuala kecil, sabun travel dan baju sepasang. Kalau anak termuntah dan yak senang sikit dah ada kit cuma singgah stesyen miyak nak cuci.
TIPS 4 : BEKAL SUSU SECUKUPNYA
Kena tahu agak anak biasa susu berapa jam. Kalau dalam 4 jam tu susu cuma sekali, jadi standby lah awal-awal termos air panas dan susu. Normally ena akan buat susu awal. Sebab ketahanan susu sampai 3 jam jika tidak di usik. kalau anak dah susu awal kat rumah, cuma buat dalam kereta time dia minta je. Kadang tu lampu traffik light tengah merah ena sempatlah bancuh kejap. So pastikan beg susu dekat senang nak dicapai. Sikap budak kadang cepat nak mengamuk, Sebabtu persediaan barang kena cepat dan mudah dicapai.
TIPS 5 : BAWA PERMAINAN KESUKAAN ANAK
Kena perhatikan anak suka main apa. Dia pasti ada favourite toys kan. Kalau macam sumayyah tak boleh tinggal anak patung dengan dinosaur. Ni kalau tinggal memang dia akan cari dalam kereta. Haruu nak cari kat kedai. Better cek awal dan letak kat seat anak. Bawa toys yang bersaiz sederhana besar. Kalau kecil sangat dikhuatiri jatuh ke bawah dan anak mengamuk minta ambil. Satu hal kita kena berhenti ambil. Budak-budak leka main tak kan rasa bosan bila kita driving.
Jangan lupa ajak berborak. Dia nak rasa selamat sebabtu kita kena sentiasa bagi perhatian. Kalau dia mula bosan, nanti mula lah dia nak duduk depan stereng.
TIPS 6 : ISI MINYAK KERETA SECUKUPNYA
Sebelum memulakan perjalanan jauh pastikan minyak diisi secukupnya. Ena suka berhenti dekat stesyen minyak yang ada pembantu. Kalau nampak kita ada anak kecil biasa diorang akan tolong isikan. Lepas isi minyak baru hati lega nak gerak ke kampung. Tak perlu singgah banyak kali. Ataupun boleh minta suami isikan awal sebelum kita driving.
TIPS 7 : BAGI GADGET TIME PERLU SAHAJA
Gadget ni ena tak syorkan bagi sepanjang hari. Bagi time perlu sahaja. Ini adalah pilihan terakhir. Pastikan anak kenyang, pampers tak penuh, anak dah puas main dan menunjukkan reaksi bosan barulah bagi anak gadget. Tupon ena bagi time dah nak sampai kampung ataupun dia nak tidur. Kalau dia mengantok tu ena bagi kejap sampai dia terlena.
Bagi kartun OFFLINE ok.. download beberapa kartun untuk elak berlaku masalah bila masuk area yang takde line internet loading, jadi masalah pula anak mengamuk tak dapat tengok.
TIPS 8 : BAGI ANAK SELESA
Pastikan kenderaan selamat digunakan, aircond boleh pakai seperti biasa. Kalau panas takut anak ni meragam. Anak cepat tidur kalau dia letih dan selesa dengan keadaan sekeliling. Periksa car seat dalam keadaan yang baik.
Itu saje tips yang biasa ena gunakan sepanjang travel tanpa suami. Ada tips tambahan tak ??? Boleh sharing okey :)
24 Comments
selalu kalo jalan dgn anak2 buah semua da besar da so okay x merap..
Jadi tips sebegini memang seuailah untuk semua
How to deal with markets ups and downs?