Personalised Baby Gift Hampers by Lovingly Signed

Teringat semasa mula2 mengandungkan Dhia Sumayyah tahun 2015, ibu bapa mesti buat persiapan awal untuk beli barangan bayi. Orang tua selalu pesan jangan beli banyak sebab bayi cepat membesar dan biasa orang banyak bagi.hehehe.. Tapi memang betul, masa ena lahirkan Sumayyah banyak sangat dapat hamper lebih kurang 20set. Beg travel bayi pula dapat banyak sampai boleh tukar2 mood nak pakai lah... Tu lah rezeki anak.

Masa tu ena tak tahu pula ada delivery surprise gift welcome baby ni. Tiba2 je dapat hadiah dari posmen dengan 1 box besar dari kawan sekolah ena yang sekarang menetap di kelantan sebab ena duduk di Johor. Dapat gubahan baju bayi berbentuk lollipop dalam jambangan bunga. Masa tu barulah tahu rupanya memang ada pembelian online macamtu. hahahahah.. lambat mak kan.


Lovingly Signed memudahkan pembelian, Pengubahan nama dan warna serta penghantaran
.
.

1) Apabila ena tengok website Lovingly Signed yang beroperasi di Singapura ini, ia sangat mudah juga nak hadiahkan kepada saudara mara dan kenalan rapat. Kalau jauh boleh lah delivery tanpa perlu gubah sendiri dan akan menerima box yang nampak mewah dan eksklusif.

2) Paling ena suka, boleh ubah nama bayi pada pakaian, selimut ataupun tuala. Wahhh eksklusif gitu dan orang yang menerima pon teruja. Ehhh ena pon nanti kalau ada rezeki second baby pon boleh beli taw sebab geram pula tengok boleh letak nama anak tu. 

3) Penghantaran pula adalah percuma di Singapura (3 hingga 5 hari) manakala penghantaran Antarabangsa dikenakan sebanyak SGD $25 dan percuma bagi tempahan melebihi SGD $250 (4 hingga 8 hari). 

4) Cara pembayaran adalah menggunakan Paypal atau Googlepay.



Set Hamper Barangan Bayi
.
.
1) Terlalu banyak pilihan seperti selimut dan tuala, pakaian (Romper, Pyjamas, Towelling robe dan Tutu skirt) serta aksesori dan anak patung.  

2) Anda boleh memilih set mengikut jantina seperti set biru (baby boy) dan pink (baby girl). Kalau nak unisex pon boleh !

3) Umur yang sesuai adalah bermula dari lahir sehingga 3 tahun mengikut kepada kesesuaian barangan.

4) Material kain adalah 100% daripada cotton (kapas) dan pastinya ibu bapa takkan ragu2 untuk memilihnya kerana keselesaan bayi sesuai dengan material kain yang sejuk.



PERSONALISED BABY WELCOME GIFT SET (BLUE OR PINK)


Pendapat ena kalau nak bagi hadiah untuk welcome baby ni akan pilih set ni sebab complete untuk si manja seperti romper (bayi 0-3bulan), towelling robe (bayi 0-6bulan) dan selimut selendang cotton yang paling lembut dan tidak lupa juga bunny yang comel. 

Boleh memuatkan 10 patah perkataan untuk semua set kecuali anak patung Bunny hanya 6 patah perkataan.


Towelling robe


Baby grow atau Romper



BASHFUL BUNNY AND TUTU DELIGHT SET


Kalau anda mempunyai baby girl ataupun nak hadiah kan kepada pasangan lain, ena suggest tutu set ni. Comel sangat tengok tutu skirt kembang2 taw. Boleh letakkan nama bayi sehingga 7 patah perkataan.

Bunny Soft Toy bersaiz 30cm dan material 100% poliyester. Boleh dicuci menggunakan mesin.

Vintage Pink Tutu pula sesuai bayi berumur 0 - 18 Bulan. Kain 100% Chiffon Frill dan cucian tangan dalam air suam.


kalau anda rasa teruja dan nak tengok lagi produk yang lain, boleh la layari laman web berikut :


Post a Comment

28 Comments

EFA said…
good info! Standby for next baby my dear....
ctsuzie said…
best nya..lps nie boleh buat utk bg hadiah pada org lain pula.
Tengkubutang said…
Alaaaa.. TB dha tengok website nya.. comel-comel la barang untuk baby semua.. senanglah kalau nak belikan utnuk kawan-kawan yang nak dapat baby tu.. tak perlu pening-pening pilih.. sebab dah ada yang ready utnuk di click masuk bakul.. hihihi
Alia Farhan said…
Alaaa cutenyaaaa.. Geram skirt ropol2 tu. Senang kalau nak bg hadiah dekat org boleh guna servis ni kan
Zaza Iman said…
Dah usha tgk hari tu.. Memang design2 dia lawa sangat.. Warna pun soft2 je sesuai dengan baby.. Buat hadiah ni mmg sesuai sangat.. Material yg digunakan pun memang berkualiti bagus kan..
CIK TOM said…
memang menarik sangat hadiah customize macam ni. akak memang tengah survey website ni jugak..nak beli hadiah utk anak sedara bakal lahir bulan ni..hehe
Suria Amanda said…
Sekarang dah ada macam- macam servis atau perkhidmatan macam ni yang snagat memudahkan ye tak..eh...bulan 1 nanti akak nak dapat anak buah baru..boleh la order kat sini je..semua product pun nampak cantik tu ha...
mama tisya said…
mmg skarang ni mudah aje nk hadiahkan sesuatu utk newborn baby sbb ada servis mcm ni..bole pilih mana yg berkenan di hati kan...cute2 belaka...
Cik Min said…
Dah banyak tengok kwn2 review ni hehe memang bagus la sebab sekarang dah tak payah pening2 nak cari barang baby..gi je website ni segalanya ada kan?
Airah Syahirah said…
airah suka sangat singgah laman web ni.baju baby semua cantik warna pun lembut je.geram tengok
Nadia Johari said…
Comelnya tengok semua barang dia.. Pantang nampak barg comel lagi utk anak.. Bgus ade mcm ni. Kawan preg boleh bagi
Emme Marina said…
wishlist for next gift! kita baru dapat anak sedara gegirl, tapi ok jugak kalau hadiahkan ni. Tq sharing.. bolehlah kita cuci mata sambil listkan hadiah2 best tuk newborn
Mahamahu said…
This comment has been removed by the author.
arzmoha said…
Bagus lah mudah nak sampaikan hadiah atau surprise kan buat kawan-kawan
CXopportunities said…
Terbaik! Bolehlah plan ntk bg hadiah dkt kwn² yg jauh dimata. Takpon ntk diri sendiri. Hihihi. Next time la untuk anak seterusnya. Mudah²an ada rezeki. 😊
Mahamahu said…
Kita sendiri dah tengok semua produk kat laman ini memang cantik dan menarik semua membuat kita rasa gerak nak beli hehehe tapi tengok harga boleh tahan tak apa kita beli satu bagi hadiah kat anak sedara wakakaka...
shamiera osment said…
comel comel product dorang ni siap boleh personalized lagi tu. Memang sangat istimewa jadikan hadiah kat baby baru lahir kan. Pasni boleh beli kat sini je kalau nak cari hadiah utk baby baru lahir.
Hanny Abdullh said…
Alahaiii comei2 je tengok barangan baby, rindu pulak kenangan masa anak2 baby dulu..huhuhu. Tak apa..kalau ada anak buah or anak kengkawan bolehlah hadiahkan depa gan barangan baby ni
Syiera Firdaus said…
Cantik gila semua produk yang disediakan. Bukan takat boleh untuk orang lain, boleh juga beli untuk anak sendiri. Syira suka yang ada tutu skirt tu. Paling best sebab boleh customize nama.
Balqis Athirah said…
Yeahh, Qiss dah lama cari tempat nak beli barangan bayi ni. Kawan-kawan pejabat dah dua tiga kali mengandung dah. Nak juga bagi hadiah yang bermakna macam ni. Boleh pulak create nama kat baju ye
Henry Tan said…
personalized gift hampers is always good cause sometimes those that prepack usually contains one or two things that we don't really want. haha

EPF increases minimum basic savings! See how it affects you!
dr-Life said…
seeing this a lot of time and really move my heart to check out more and more again... lolz.. love buying this as present!
Syamimi Saad said…
Zaman sekarang serba serbi dipermudahkan,kan.. Sampai nak bagi gift tuk baby baru lahir pun ada yng buat service suprise gitu kan.
Kan best kalau ada yang nak hadiahkan pada kita akan datang. Haha
Bella Jamal said…
Menarikla boleh customize nama kat barang dorang. Aci tak order tapi letak nama sendirik sb tkde anak. Hehehe. Produk guna cotton mmg sesuai la. Tak pun nanti boleh order utk hadiah kengkawan yg baby baru lahir.
Rini Ismail said…
Oh, baru tau boleh hantar hadiah untuk newborn baby..alahai..kalau tau awal, boleh hantar hadiah untuk baby bff. Sekarang baby dah umur setahun pun tak dapat jumpa lagi.,
Sayidah Napisah said…
cantiknya dress baby tu! pink pula tu comell hehee
Sunshine Kelly said…
Thanks for the information, this Lovingly Signed is perfect because I m in the midst of looking for presents for my colleague son's full moon party. This Personalized Baby Gift Hampers is awesome and I sure they will like it.