Teringat semasa mula2 mengandungkan Dhia Sumayyah tahun 2015, ibu bapa mesti buat persiapan awal untuk beli barangan bayi. Orang tua selalu pesan jangan beli banyak sebab bayi cepat membesar dan biasa orang banyak bagi.hehehe.. Tapi memang betul, masa ena lahirkan Sumayyah banyak sangat dapat hamper lebih kurang 20set. Beg travel bayi pula dapat banyak sampai boleh tukar2 mood nak pakai lah... Tu lah rezeki anak.
Masa tu ena tak tahu pula ada delivery surprise gift welcome baby ni. Tiba2 je dapat hadiah dari posmen dengan 1 box besar dari kawan sekolah ena yang sekarang menetap di kelantan sebab ena duduk di Johor. Dapat gubahan baju bayi berbentuk lollipop dalam jambangan bunga. Masa tu barulah tahu rupanya memang ada pembelian online macamtu. hahahahah.. lambat mak kan.
Lovingly Signed memudahkan pembelian, Pengubahan nama dan warna serta penghantaran
.
.
1) Apabila ena tengok website Lovingly Signed yang beroperasi di Singapura ini, ia sangat mudah juga nak hadiahkan kepada saudara mara dan kenalan rapat. Kalau jauh boleh lah delivery tanpa perlu gubah sendiri dan akan menerima box yang nampak mewah dan eksklusif.
2) Paling ena suka, boleh ubah nama bayi pada pakaian, selimut ataupun tuala. Wahhh eksklusif gitu dan orang yang menerima pon teruja. Ehhh ena pon nanti kalau ada rezeki second baby pon boleh beli taw sebab geram pula tengok boleh letak nama anak tu.
3) Penghantaran pula adalah percuma di Singapura (3 hingga 5 hari) manakala penghantaran Antarabangsa dikenakan sebanyak SGD $25 dan percuma bagi tempahan melebihi SGD $250 (4 hingga 8 hari).
4) Cara pembayaran adalah menggunakan Paypal atau Googlepay.
Set Hamper Barangan Bayi
.
.
1) Terlalu banyak pilihan seperti selimut dan tuala, pakaian (Romper, Pyjamas, Towelling robe dan Tutu skirt) serta aksesori dan anak patung.
2) Anda boleh memilih set mengikut jantina seperti set biru (baby boy) dan pink (baby girl). Kalau nak unisex pon boleh !
3) Umur yang sesuai adalah bermula dari lahir sehingga 3 tahun mengikut kepada kesesuaian barangan.
4) Material kain adalah 100% daripada cotton (kapas) dan pastinya ibu bapa takkan ragu2 untuk memilihnya kerana keselesaan bayi sesuai dengan material kain yang sejuk.
PERSONALISED BABY WELCOME GIFT SET (BLUE OR PINK)
Pendapat ena kalau nak bagi hadiah untuk welcome baby ni akan pilih set ni sebab complete untuk si manja seperti romper (bayi 0-3bulan), towelling robe (bayi 0-6bulan) dan selimut selendang cotton yang paling lembut dan tidak lupa juga bunny yang comel.
Boleh memuatkan 10 patah perkataan untuk semua set kecuali anak patung Bunny hanya 6 patah perkataan.
Towelling robe
Baby grow atau Romper
BASHFUL BUNNY AND TUTU DELIGHT SET
Kalau anda mempunyai baby girl ataupun nak hadiah kan kepada pasangan lain, ena suggest tutu set ni. Comel sangat tengok tutu skirt kembang2 taw. Boleh letakkan nama bayi sehingga 7 patah perkataan.
Bunny Soft Toy bersaiz 30cm dan material 100% poliyester. Boleh dicuci menggunakan mesin.
Vintage Pink Tutu pula sesuai bayi berumur 0 - 18 Bulan. Kain 100% Chiffon Frill dan cucian tangan dalam air suam.
kalau anda rasa teruja dan nak tengok lagi produk yang lain, boleh la layari laman web berikut :
Facebook : https://www.facebook.com/lovinglysigned/
Instagram : https://www.instagram.com/lovinglysigned/
28 Comments
EPF increases minimum basic savings! See how it affects you!
Kan best kalau ada yang nak hadiahkan pada kita akan datang. Haha