Menarik di Muar | Don Hu Jurassic Park Garden Muar Part II


Assalamualaikum & Hye :)

Baru2 ni ena berkesempatan ke Don Hu Jurassic Park Garden Muar untuk kali ke-3 tapi kali ni berbeza sebab tempatnya dah renovate baru dan banyak permainan. Masa pergi kali kedua dengan family memang tempat masih seperti dulu sama macam Part 1.

Jadi kali ni teruja pergi sebab memang tak tahu pula dah makin besar.hehe.. Tupon tahu sebab bawa family jalan2. Kebetulan sedara Pontian singgah Muar jadi ena suggest lah pergi sini.


Masuk PERCUMA

Masa 10pagi hingga 6.30petang

Tutup hari Rabu sahaja.

Jambatan kedua Muar ( Bypass Muar No.2 Jalan Bakariah )


Jambatan Kedua Muar


1. Dinosaur World Water Fun

Harga tiket : RM10 / 2 orang

Kalau anak kecik boleh la salah seorang parents guide. Paras air kalau ketinggian rendah macam ena ni paras pinggang. hehe.. Kawasan sini memang panas sikit, main pon tak lama dalam 7-10 minit. So mak2 yang berhasrat nak naik ni jangan pakai skirt taw. Macam tak sesuai.







2. One Dinosaur Motorcycle

Harga tiket : RM5 / 1 orang


Permainan ni sesuai untuk anak yang dah pandai menunggang. So anak ena memang tak dibenarkan main. Suka tengok taman ni cantik penuh dengan bunga2. Kami dapat tengok jelah. Jalan pon memang tak lurus, kalau sumayyah main memang tak reti nak belok2..




3. Pengembaraan Kereta Api Dunia Dinosaur

Harga tiket : RM10 / 3 - 4 orang

Untuk tempat duduk ni bergantung kepada saiz family. Kalau saiz comel2 muatlah 4 orang. Kereta Api ni takdelah panjang sangat. Pusing dalam 4kali. Puaslah nak tengok pameran binatang gergasi seperti dinosaur, labah2 dan sebagainya. 







4. Bumper Car

Harga tiket : RM10 / 2 orang


Anak kami ni masih kecil lagi jadi tak dibenarkan memandu sendiri. So dapatlah pakcik ena drive bawak budak2. Sekali muat 4 orang. Di sini bagus staff sangat bertolak ansur. Macam kereta api tu pon bayar RM20 je untuk 6 orang lepastu kami duduk sampai 3seat berbeza.hehe.. Pandai2 lah uolss bodek.



Sebenarnya masa sampai lagi budak2 dah nangis sebab dinosaur kat sini memang nampak hidup taw ada bunyi sekali. So kami memang bawak main kat dalam khemah dulu, mood dah ok baru mereka nak dekat dengan dinosaur kat luar ni.


Memang ada effect bergerak dan bunyi sekali. Suruh dekat nak ambil gambar pon mereka takut.



Dinosaur paling besar. Mulut dia tu pon besar siap macam nak makan orang.hehehe.. Budak2 taknak dekat takut kena makan agaknya. hahahaha..

Rumusan ena, better pergi waktu yang sesuai pukul 10pagi atau 3petang. Cuaca tak berapa panas. Even dalam khemah tapi terasa juga bahang kalau nak tnegok dinosaur kat luar. Ambil masa 2 jam jugaklah explore dalam ni. 


Toys pon tak mahal sangat. rate RM3 dan ke atas.




Kesayangan sumayyah RM25. Puas hati besar, lembut dan tak berapa keras. Kualiti dan tahan lasak.

Post a Comment

15 Comments

CXopportunities said…
Wah! Cx tak pernah lagi sampai. Best juga ya tempat dia. Anak cx dah pernah pergi tapi dengan paklong dan maklong dia. Masa tu awal² penubuhan. Belum dilancarkan lagi tapi dah boleh masuk tengok . Ada lagi gambar dia. Hehe. Nanti cx pula la nak pergi. Harga pon mcm just nice. Tapi air paras pinggang tu mcm menakutkan je sbb cx rendah hahaa
Faradidi said…
Best bawak budak2 tempat gini.. Nak bawak anak sedara lahh..
Suria Amanda said…
Dah Darnah datang datang sini..memang anak dan anak buah akak enjoy sangat..tp si kembar dibantainya melalak macam ape dh..last2 mana yang bberani je bawak masuk sini dan experienced tengok Dinasour banyak..bunyi memang menakutkan...
so fun and yes my kids too love dinosaur. Yeah I also like your blog design too very nice.
Muar we no go before, need to plan go, so need tell my dear of this place too.
looks like a nice place in Muar, especially for the small ones. I have not visit Muar for years. maybe its time to plan a trip there with my kids yo
Ana Suhana said…
Selalu baca je orang review g sini. Tapi tak sangka sekarang dah makin banyak aktiviti menarik. Boleh lah masuk dlm list utk diterjah bila ke muar nanti.
Zharif Azis said…
Wahhh bestnya ada theme park macam nie. Budak2 mesti suka. Dinosour mmg kegemaran budak2, baik kanak2 lelaki mahupun perempuan. Harganya pulak sangat berpatutan. Nie sementara tgh cuti nie, bolehlah bawak mereka
Bella Jamal said…
Takut pula bebudak tengok dinosour yang besar tu ye. Tambah pulak T-Rex makan orang. Hehe. Harga tiket dan toys memang berpatutan. Btw, tempat makan pun ada sekali ke kat sana?
Auni Muthal'lib said…
Tempat yang menarik untuk bawa anak-anak. Tiket pun murah gila. Sekali sekala happykan anak dalam dunoa dinosour pun bagus juga..
Mimie said…
Anak anak kalau bawa tempat macam ni memang diorang seronok kan. Tempat ni memang dekat sangat dengan kampung suami .Kalau balik kampung selalu shopping kat Muar. Bila pergi Muar mesti akan nampak tempat ni. Cuma tak berkesempatan bawa anak anak lagi
Cik Nor said…
siap bli dinosor tu..:)
Owh pernah gak tgk sorang kwn bwk anak2 dia p sini.

Katanya best jugak.Nanti kalau Amni ke sana bolehlah bercuti dengan anak dan suami

Nampak menarik dan harga berpatutan heheh
Muar skrg dah makin maju dan byk tempat2 yg menarik dpt kita pg bersama family
Sunshine Kelly said…
Wah baru I tau kat Muar juga so happening. Sekarang dah ada mini theme park, bagus la now orang muar boleh bawa family jalan jalan waktu hujung minggu tanpa perlu pergi jauh jauh lagi.
Aleez said…
Hai nk tny nie sume dekat satu tmpt yg sama ye