Assalamualaikum & Hye :)
Baru2 ni ena berkesempatan ke Don Hu Jurassic Park Garden Muar untuk kali ke-3 tapi kali ni berbeza sebab tempatnya dah renovate baru dan banyak permainan. Masa pergi kali kedua dengan family memang tempat masih seperti dulu sama macam Part 1.
Jadi kali ni teruja pergi sebab memang tak tahu pula dah makin besar.hehe.. Tupon tahu sebab bawa family jalan2. Kebetulan sedara Pontian singgah Muar jadi ena suggest lah pergi sini.
Masuk PERCUMA
Masa 10pagi hingga 6.30petang
Tutup hari Rabu sahaja.
Jambatan kedua Muar ( Bypass Muar No.2 Jalan Bakariah )
Jambatan Kedua Muar
1. Dinosaur World Water Fun
Harga tiket : RM10 / 2 orang
Kalau anak kecik boleh la salah seorang parents guide. Paras air kalau ketinggian rendah macam ena ni paras pinggang. hehe.. Kawasan sini memang panas sikit, main pon tak lama dalam 7-10 minit. So mak2 yang berhasrat nak naik ni jangan pakai skirt taw. Macam tak sesuai.
2. One Dinosaur Motorcycle
Harga tiket : RM5 / 1 orang
Permainan ni sesuai untuk anak yang dah pandai menunggang. So anak ena memang tak dibenarkan main. Suka tengok taman ni cantik penuh dengan bunga2. Kami dapat tengok jelah. Jalan pon memang tak lurus, kalau sumayyah main memang tak reti nak belok2..
3. Pengembaraan Kereta Api Dunia Dinosaur
Harga tiket : RM10 / 3 - 4 orang
Untuk tempat duduk ni bergantung kepada saiz family. Kalau saiz comel2 muatlah 4 orang. Kereta Api ni takdelah panjang sangat. Pusing dalam 4kali. Puaslah nak tengok pameran binatang gergasi seperti dinosaur, labah2 dan sebagainya.
4. Bumper Car
Harga tiket : RM10 / 2 orang
Anak kami ni masih kecil lagi jadi tak dibenarkan memandu sendiri. So dapatlah pakcik ena drive bawak budak2. Sekali muat 4 orang. Di sini bagus staff sangat bertolak ansur. Macam kereta api tu pon bayar RM20 je untuk 6 orang lepastu kami duduk sampai 3seat berbeza.hehe.. Pandai2 lah uolss bodek.
Sebenarnya masa sampai lagi budak2 dah nangis sebab dinosaur kat sini memang nampak hidup taw ada bunyi sekali. So kami memang bawak main kat dalam khemah dulu, mood dah ok baru mereka nak dekat dengan dinosaur kat luar ni.
Memang ada effect bergerak dan bunyi sekali. Suruh dekat nak ambil gambar pon mereka takut.
Dinosaur paling besar. Mulut dia tu pon besar siap macam nak makan orang.hehehe.. Budak2 taknak dekat takut kena makan agaknya. hahahaha..
Rumusan ena, better pergi waktu yang sesuai pukul 10pagi atau 3petang. Cuaca tak berapa panas. Even dalam khemah tapi terasa juga bahang kalau nak tnegok dinosaur kat luar. Ambil masa 2 jam jugaklah explore dalam ni.
Toys pon tak mahal sangat. rate RM3 dan ke atas.
Kesayangan sumayyah RM25. Puas hati besar, lembut dan tak berapa keras. Kualiti dan tahan lasak.
15 Comments
Muar we no go before, need to plan go, so need tell my dear of this place too.
Katanya best jugak.Nanti kalau Amni ke sana bolehlah bercuti dengan anak dan suami
Nampak menarik dan harga berpatutan heheh