***Pendapat setiap ibu bapa adalah berbeza. Apa yang ena sharing ni berdasarkan pengalaman ena sendiri. Usia sumayyah dah genap 3 tahun dan waktu tidurnya masih teratur. Cuma ia akan berubah ketika sumayyah tidak sihat ataupun perubahan pada suatu tempat. Tetapi jarang berlaku.
Dhia Sumayyah berusia 10 jam pada 30/8/2015
-- Rutin tidur sumayyah --
Waktu tidur dan waktu bangun sumayyah biasanya tak banyak berubah. Masa dia baby lagi dah terbiasa bangun pukul 6 - 7 pagi. Baby kan banyak tidur siang tapi malam normally tidur semula dalam pukul 9 - 10 malam. Bangun menyusu dalam 2 - 3 kali.
Bila usia menginjak ke 1 tahun waktu tidur tetap sama cuma beza menyusu pada waktu malam berkurang. 1 - 2 kali sahaja. Kalau terlalu letih, bangun pon hanya sekali.
Dan bila usia dah masuk ke 2 tahun sehingga sekarang, selepas masuk waktu tidur malam, memang tidur lena sampai ke pagi. Cuma pastikan dia menyusu sebelum tidur. Bangun pagi pula dari pukul 7 - 8 pagi.
Kalau jumpa sepupu dia main sampai tengah malam 12 malam hingga 1 pagi tu, ingatkan dia akan bangun lewat dalam pukul 10 pagi ke.. tapi sumayyah tetap bangun seperti biasa. Kadang ena yang paksa tidur balik 😂 dia memang taknak tidur semula.
***Mesti korang ingat ena ni jenis paksa anak bangun pagi setiap hari. Seriously tak sampai hati pon kejut. Dia automatik bangun sendiri.
***Mesti korang ingat ena ni jenis paksa anak bangun pagi setiap hari. Seriously tak sampai hati pon kejut. Dia automatik bangun sendiri.
Bagaimana nak didik anak tidur tetap???
1. Didik anak bermula dari dalam kandungan.
Mungkin korang rasa macam tak logik. Tapi ni yang ena terapkan berdasarkan ceramah ustaz. Yes.. ena akui sebab ena lakukan dari awal.
Bermula dari kandungan 6 bulan ena dah ajar anak dalam kandungan untuk ikut waktu. Bunyi macam kelakar kan??? Tapi tahu tak sebenarnya waktu ini otak anak tengah berkembang. Apa sahaja rutin harian kita lakukan, mempengaruhi kandungan. Contohnya, cek pergerakan anak pukul berapa dia aktif bergerak dan pukul berapa dia tidur.
Pada mulanya, memang tak tentu. Sukar nak jangka kan. Kebiasaannya aktif malam. Siang banyak tidur. So bila bangun subuh tu dalam pukul 6 pagi cuba gosok perut dengan lembut dan ajak berborak. Cakap "anak ibu... bangun sayang.. dah pagi ni. Belajar bangun awal ye.."
Mula2 memang susah nak gerak taw. Biasalah kena paksa kan. Tapi praktikkan je hari2 sampai dia bangun. Kesannya, tunggu kandungan 8 - 9 bulan. Nanti pergerakan dia cantik taw.. tiap2 pagi perut ni bergerak tak perlu kejut 😘😘😘. Dan sebagai preggy mommy, sudah tentu waktu tidur kita pon ikut teratur nanti.

***Start sumayyah lahir dalam pantang waktu tidur dia memang tak sama sebab dia macam kejutan kan. Tiba2 jumpa dunia luar. Waktu tidur memang huru hara. Buat camne pon tetap tak boleh agak tidur tu pukul berapa dan berapa lama. Tapi yang ajaibnya selepas ena habis pantang waktu tidur dia sama masa dalam kandungan. Mungkin masa pantang tu kena demam kuning, kadang demam on off dan tak cukup susu. Awal2 jadi ibu memang banyak benda tak tahu dan kena belajar faham kehendak anak.
2. Bila anak dah mula membesar, kurangkan aktiviti luar pada waktu malam.
Ena memang jarang keluar malam. Kalau hari raya terlajak open house tu pon sumayyah memang slumber je taw tidur rumah orang. Style dia kau bising camne pon kalau dia nak tidur situ, memang dia tidur jugak. Hahaha..
Masa pantang ena memang biasakan suasana bising even takde orang pon ena akan buka TV. Senang pergi mana2 ada kenduri kahwin buka lagu kuat pon dia jenis akan tidur je. Takde masalah. Kadang orang pulak pelik banyak tanya anak kau ni memang tak reti bangun lewat ke ??? Tak menganggu bising2 ke??? So far jawapan dia cukup rehat! kalau sumayyah tak cukup tidur confirm dia mengamuk ngigau malam.
So point dia dah tahu lah apa buat dia mengamuk. TAK CUKUP REHAT!!! Dan ena ajar dia tidur tak bergelap sangat. Jadi pergi mana2 pon terang or bising, dia dah terbiasa dan senang tidur.
Kelemahan sumayyah bila kepanasan. Cuaca panas ataupon badan melekit. So pastikan baju anak tukar siap2 dan bersih baru dia boleh tidur lena.

3. Jangan biasakan anak tidur buai.
Masa awal2 dulu sumayyah memang tidur buai. Kelebihan anak tidur lama, jadi ena nak buat kerja rumah pon banyak masa. Tapi kelemahannya, kalau travel dia mudah mengamuk nak tidur sebab terbiasa dengan buai. Dalam kereta lagi susah nak tidur so dari situ ena decide putuskan buaian dengan anak dari usia dia 7bulan.
Seminggu tu jangan cakaplah dugaan nak tenangkan dia. Tapi 1 perkara ena belajar "hati mak kena kental". Jangan lembut hati kalau nak didik anak. Permulaan ajar dia tidur buai siang je. Malam tidur direct katil. Bila dia dah ok dengan keadaan macamtu, baru tukar siang tak pakai buaian.
Siang ni susah sikit nak putus buaian. So bila dia nangis tu memang buat tak tahu biarkan sampai dia terlelap. Lama2 dia biasa. Buaian tu janganlah pula bagi nampak, terus simpan je. Selagi dia nampak memang tak kan berjaya !

Disebabkan sumayyah suka buat aksi camni yang decide taknak tidur buai. Seram mak tengok.
Rutin tidur siang ni bagi ena masih penting tetapi ikut pada peningkatan usia. Contohnya masa baby memang kerap tidur siang tetapi bila meningkat ke usia 2-3tahun, waktu begini mereka banyak meneroka keadaan sekeliling. Jadi, kalau boleh berikan mereka tidur dalam 2jam pon ok sebenarnya.
Kebiasaan rutin untuk usia sekarang dia akan tidur dalam 2 hingga 3 jam. Waktu pula, pukul 2 hingga 5 petang. Kalau dulu ena biasa akan cakap pada dia untuk tidur. Jadi mungkin dah terbiasa dan mula pandai memberi hint dan cakap "ibu..nak tidur". Dia yang akan offer diri tidur sendiri.
Kalau dia taknak tidur siang pon ena tak paksa sebab malam akan tidur lebih awal dalam pukul 9malam. Cuma beza tidur siang ni akan buat dia tidur malam jadi lewat dalam pukul 10 hingga 12 malam. Ia sangat jarang berlaku sebab biasa akan tidur siang. Hehehe..(mungkin boring takde geng lagi)
Ena tahu ramai yang susah control bila anak ramai ni. So tunggulah kalau ada rezeki akan datang, nak tengok juga flow dia berubah ke tidak.
So far kalau dia jumpa geng sebaya dia memang akan tidur lewat punya sebab seronok ada geng main. Ena biarkan dia main tapi agak2 dah jam 12 malam tu memang ena paksa tidur. Perkara biasa dia akan memberontak tak puas main. So cari kelemahan dia. Macam sumayyah takut tidur dalam gelap, so ena akan tutup lampu, memang dia tarik bantal tutup muka dan tidur (sambil nangis tak puas main 😂😂😂)
***Lagi 1perkara nak sharing, jangan manjakan anak mandi air panas or ber air-cond.
Habis pantang memang ena ajar anak mandi air sejuk. Tulang anak lebih kuat. Balik kampung pon senang tak banyak kerenah..kau tahu lah kan air kat kampung sejuk dia lagi berganda.
Even rumah ada air-cond, ena tak ajar guna hari2. Bukan sebab berjimat. Tapi long term. Kena fikir dia nanti tak biasa dengan suasana luar. Kena ajar anak jadi orang kampung taw. Senang cerita campak mana2, dia senang hidup. Kasar bunyikan.. 😬

So apa yang ena harapkan tips ni dapat membantu. Semoga sumayyah akan konsisten sampailah dia sekolah. Senang sikit pagi2 nak kejut anak kan.
Tips lain : Cara berkesan merangsang kecerdasan otak anak
Tips lain : Cara berkesan merangsang kecerdasan otak anak
TQ Reading :)
33 Comments
christmas buffet with discount promo code!
Tq sharing tips ye Ena. Mana tau ada rezeki saya boleh praktik mende ni.. sekarang takleh lagi belum kawen hehe