Pengalaman Ujibakat TV3 | Rakaman TV1 | Anugerah

Assalamualaikum Reader :)

Lama betul ena perap video ni sebab fikir nak ke tidak share pengalaman ena lalui.

Pengalaman shooting adalah tahun lepas tapi rakaman untuk program TV1 ni lambat ditayangkan pada bulan Feb 2018. 


1) UJIBAKAT CLEVER GIRL TV3

Program ni suami yang suruh. Dia cabar suruh try ujibakat. Masa ni ok lah study sikit2. Boleh tengok contoh soalan di SINI

Ok la tu dapat lepas stage 1 mungkin sebab markah more pada test 2 ( Hadapan Juri ) . Dapat sumbangan hadiah saguhati dari Seraimas Herbs.

Bila fikir balik nasib baik lah tak terpilih ke peringkat akhir masuk TV kan. Hahaha.. 


Sebab kenapa ???

>> Kalau salah jawab 1 soalan mesti dah kena label " Bimbo "
>> Banyak sangat konflik berlaku kan musim ke-2 ni. Tapi malas cakap lebih. Siapa yang tengok musim lepas mungkin fahamlah maksud ena tu. Yelah sampaikan ada peserta tarik diri disebabkan ada isu tertentu.

So next time ada lagi memang taknak pergi dah. 




2) RAKAMAN TUMIT TINGGI TV1


Masa ni memang dugaan sebab ikut planning asal nak shooting dalm pukul 3.00 petang di area Muar. Tiba2 hujan turun lebat. So kena lah tunggu dalam pukul 5.00 petang. 

Masa tu hujan dah renyai. Jadi dapatlah teruskan rakaman. Masa ena cakap ni sebenarnya tengah hujan taw tapi renyai je, yang penting jurukamera boleh shoot. Kalau hujan tak berhenti juga memang kena postpone. 

Untuk ketahui program apa "Tumit Tinggi" ni boleh klik di SINI.


Seriously memang nervous sangat2 sebab malu cakap depan orang awam. yelah kita tak biasa cakap depan orang tak kenal. Memang banyak kali asyik cut. Dialog pon sampai ulang2 je dah nak cepat masa tu pukul 6.30 petang dah gelap. Hentam saje lah.

Ikut planning ena hafal skrip lain. tapi penerbit asal bertukar pulak, dia suruh cakap perkara lain. Haaa masa tu ada masa ke nak hafal dialog??? Nasib baik crew banyak membantu bagi idea. kalau tidak, mungkin penyampaian ena lebih baik.



3) REZEKI BUAT DHIA SUMAYYAH 

Tahun ni lebih ke arah rezeki anak pula. Masa pertandingan GUGU GAGA tempoh hari, ramai yang membuat tekaan sumayyah akan jadi juara sebab kami buat ujian IQ ( Tonton Video penuh ). 

Bukan menari atau menyanyi. Tapi namanya rezeki. Tidak berpihak kepada sumayyah. Sebabtu ena tidak rasa sedih sangat sebab sumayyah kalah bermaruah. Ceewahhhh.

Ada hikmah kekalahan itu, rupanya sumayyah mendapat perhatian dari pihak Anugerah untuk dipanggil interview berdasarkan rekod kecerdikan dia di atas pentas. Syukur rezeki itu luas :)

Kali ni untuk produk baru keluaran Anugerah juga. So nantikan episod baru Dhia Sumayyah :)

Ena perasan dia boleh menghafal banyak perkara masa umur dia 1 tahun 6 bulan. So ena banyak training dia. Budak kan bukan boleh push sangat takut stress. Tapi kita ikut flow dia. 

Boleh guna kaedah ena ni ( Tips Merangsang Minda Anak )


Terima kasih sudi meluangkan masa singgah di Blog ini (^_^)

Post a Comment

30 Comments

Anum said…
alhamdullilah
MYPeroduaclub said…
Keep in touch for next sesson #CleverGirlMY Jgn hirau dgn Tomahan atau sesuatu yg NEGATIF! Terus mara dgn harapan dan impian yg POSITIF! Bakat jgn dipendam, teruskan menguji bakatmu Miss President Ranger #MYPeroduaclub
aizamia3 said…
Alhamdulillah.. dan tahniah.. ;)
I am LZ said…
Bila LZ baca pengalaman Ena casting, mesti satu hari nanti Ena akan popular atau paling tidak pun dikenali ramai.. Teruskan mencuba. Don't give up okay.. I support u!
Cik Nor said…
yeayy..kita sma2 mask program tumit tinggi..sy kat kelantan..hihi
Eyqa Hasnan said…
Nie lah pengalaman paling berharga. Bukan mudah nak dapat peluang sebegini.
Betty's Journey said…
Although you facing with a lot of challenges but is a good experience. I also go through casting but never thing of doing it as career.
Eintan Nurfuzie said…
wow.. bestnya dapat shooting.. cik en nnti rasanya kekok gak.. hahahaha.. anyway tahniah sebab jd blogger selebriti.. hahaha
Ezna Khalili said…
Clever girl ni saya tengok banyak juga soalan matematik yang ditanya. Bukan ajer rupa paras yang menawan tapi kena juga pandai nak atasi tekanan sebab kena berlawan dengan clever girl dari negeri lain.
Syoknya sis ada keyakinan untuk pergi ujibakat tu. Pernah teringin, tapi tak cukup ada keyakinan. Haha
Suria Amanda said…
Wow pengalaman casting macam ni memang makan masa lama kan..bestnya Ena dapat pengalaman yang berharga, all the best for next session kalau join..pedulikan cakap- cakap belakang..sorry akak tak pernah tengok clever girl ni..rancangan apa pun kat tv jarnag tengok..
khai artzfar said…
wah bagusnya ada pengalaman macam2 dalam tv hahah nanti boleh tunjuk kat family ada pengalaman dah hehehe. dulu pun pernah lama-lama gian pulek
Zurainny Ismail said…
Bagus tu dapat learning experience. Bkn mudah utk kita bercakap didepan kamera & nak hafal skrip. Byk betul yg kena ingat, kena fikir. Everything happen for a reason - mgkn ada something bigger utk Ena in the future. All the best!
Mahamahu said…
Wow kita komen blogger retis hehehe keluar banyak program tv ni glamor sangat hehehehe tak apa ada rezeki kita cuba mana yang boleh kan tak salah.... Selamat maju jaya lagi dalam bidang yang diceburi...
Unknown said…
So good to see opportunities like this. If it were me, I'd panic in front of the camera.
Hanny Abdullh said…
Kira berani jugak lah untuk ke uji bakat bagai dan mengadap kamera, kalau sis mau terkencin kencin..hahaha.Selamat maju jaya dalam mengejar impian
Bonde pon pernah dulu ada pengalaman macam ni.. Rasa memang stress tanpa skrip banyak kali kena cut, cut.. Masa tu pun kena berlakon time bulan puasa.. Tapi bila dah keluar kat tv tergelak pon ada
Emi said…
Wahhh rajinnya pergi ujibakat macam ni. Blogger retisss sangat. Emi tak berapa confident nak join ujibakat tv ni, hehe.
Lia Hasty said…
Pengalaman Yang bagus boleh improve kan lagi masa akan datang. Pernah juga kena buat video shooting bercakap depan camera. Gemuruh plak hafal lain bila cakap lain. Tiba2 kena tukar suruh cakap isu lain then terus shoot memang gagap lah.
Wawa Ashihara said…
Best dpt merasa pengalaman casting.. Pling tdk mengajar kita suatu hari supaya xkekok lagi kan... Dan alhamdulillah juga rezeki buay tiny dpt rezeki walaupun xmenang ke peringkat seterusnya tp dtg rezeki lain...
Zharif Azis said…
wahhh tahniah, satu permulaan yg baik. ada bakat nie sbb bukan mudah nak jadi pengacara tv. pernah cuba juga iv untuk pembaca berita. nervous dia, tuhan sahaja yg tahu. sangat kekok dan gemuruh x biasa org ramai tgok. hahahaa
Huda Halid said…
Wah hebat ena, masuk clever girl tu. Pastu anak pun bijak. Memang rezeki Ena kan... Suka la tengok video2 ena share ni. Menarik!
Ruby said…
Pengalaman berharga ni takkan bleh lupa. Walaupun masa rakaman tu gugup dan kekok. Hahaha. Ruby pun ada pengalaman macam ni. Belum bersedia utk kongsi. Segan gila. Kemudian utk anak, dia dah selalu tengok mak dia buat rakaman tutorial. Lepas tu dia tengok YouTube bebudak review toys. Dia pun buat perkara sama. Tapi tulah, depan kamera berani, tak semestinya atas pentas berani. Mereka tak nampak real crowds. Ruby bermula dr ujibakat dan seterusnya video. Bila anak bermula dari video, dia akan lari dari naik pentas. Nak ibu ada sekali. Haha
ya allah kagum dengan u...rajin dan berkeyakinan..tapi sebenarnya bagus kalau kita sentiasa optimis dan positif kita pasti akan dapat pergi lebih jauh lagi
Wani SK said…
salam ena singgah sini dan salam kenal . wahh blogger selebriti awakk ni.. tahniahh ya ..
Sunshine Kelly said…
It a good experience, I have tried to go casting before but rezeki belum sampai lagi, maybe one day la.
Mek Onie said…
Actually onie pernah shooting gak dengan salah satu saluran televisyen ni...pengalaman dia Allah sahaja tahu betapa payahnya bagi kita yang tak biasa ni kan. Apapun saya ucapkan tahniah pada awak kerana mendapat pencapaian ke tahap begini..
Hans Hanis said…
alhamdulillah
pengalaman mahal tu
Azirahman said…
tahniah...bukan semua orang dapta pengalaman macam ni
Murni Alysa said…
Wah hebatnya awak..hihihi