Cara menghubungi Technician HP | Under Warranty | Produk HP Rosak

Assalamualaikum Reader :)

Lama tak update blog sebab tiba2 laptop ni buat hal (physical keyboard not function). Lama juga lah ena cuba nak settlekan problem ni.

Contact kedai yang ena beli pon tak dapat nak bantu sebab dia cakap contact sendiri HP :(.
Warranty 2tahun, so agent cakap selagi under warranty diorang tak boleh campurtangan. Aduhai. Ingatkan dapatlah membantu.

Bukan senang taw dok research camne nak contact tu. Kalau bab call jangan cakaplah memang bazir kredit kau jelah takkan membantu punya plus bil pon berjalan.

Jadi ena sediakan langkah mudah bagaimana nak dapatkan technician ni datang repair terus ke rumah. Jangan risau selagi under warranty takkan dikenakan cas servis.


2 CARA MENGHUBUNGI TECHNICIAN


1. Jika produk masih baru, boleh direct hubungi authorized part resellers seperti berikut :


                      A) Johor Bahru : HP-Tech Computer Sales & Services                     07-386 3950
                      B) Selangor : ECS Astar Sdn Bhd                      03-62868222 (Ext.8433 till 8435) 
                      C) Selangor : Parts Avenue Sdn Bhd                                      03-80236946 / 2299
                      D) Kuala Lumpur : ServLink Technology Resources (M) Sdn Bhd 03-20930888
                      
2. Jika warranty sudah melebihi 6 bulan, dinasihatkan tak perlu contact resellers di atas, maka hubungi HP melalui langkah di bawah.

Tips persediaan berhubung dengan technician
Tips 1. Ena sarankan untuk step di bawah bermula seawal yang mungkin. kalau petang paling lewat dalam pukul 2.00petang sebab nak tunggu turn chat memang lama, then nak ikut arahan dia test laptop pon lama. Last chat pukul 5.30 petang. So kalau mula lambat, sia2 je auto reconnect, esok kena mula balik.


Tips 2. Standby laptop siap2 kat tepi. Dia ajar step by step. Jangan on dulu.

CARA MENGADU MASALAH KEPADA TECHNICIAN

1. Pergi kepada website google dan search "hp customer support"


2. Scroll sehingga jumpa link seperti "green star" yang ditanda dan klik.


3. Masukkan "serial number" dan enter.
4. Paparan akan menunjukkan berapa lama warranty yang masih ada.

5. Klik "show option" untuk dapatkan 2 option seperti dibawah. ena sarankan pilih "Chat" sebab lebih mudah message direct dengan technician. Call tidak membantu pon. Jangan bazir kredit,


6. Isi maklumat dan terangkan apa masalah, contohnya "Touch keyboard not function"
Klik "I'm not a robot" then "chat now"



7. Ni contoh yang ena sempat save. Nampak tu time petang. Esoknya kena contact balik, so dah pahamkan kenapa jangan buat lewat sangat.  

Pastikan masa on ni jangan gatal2 buka apps lain, sebab bila nak masuk balik chat ni sia2 je refresh balik. Tunggu turn kalau sampai 8 orang tak ke setengah jam kena tunggu :(

Yang bagusnya bila habis time, dia tak tinggal kau kontang kating sorang2, lepas pukul 5.30 petang bila auto reconnect, akan call untuk sambung balik chat. Bukan dari malaysia ya.. So jangan terkejut dapat nombor dari overseas.
 Contoh ena dapat dari Mr.Sovan from Australia +61282781039






8. Disini dia minta reboot sistem. Sebabtu kena standby.




9. Paparan melalui laptop ena. Step di beri oleh technician. Just follow.






10. So dia dapat detect keyboard ena rosak berdasarkan pada "Failure ID"  Jadi ena dapatlah keyboard baru :)



11. Selepas tamat chatting, mereka akan hantar email untuk minta snap gambar invoice yang ena beli.
Selepas itu, tunggu feedback email seterusnya. Ambil masa 1 hari juga.



12. Issue masalah pada 12/1/18. Technician contact untuk appointment pada 16/1/18. So ambil masa 5 hari. Masa ni ena balik kampung, jadi kena postpone date.

Tadaaaa.. nampak En. Azhan dari KL datang rumah ena taw di Muar, tak perlu susah2. Ambil masa 2jam jugaklah dia nak bukak laptop tu. En. Azhan ni untuk rujukan di Johor, So kalau orang ada masalah berkaitan komputer boleh tanya dia 016-9811624. Dia bukan staff HP tapi company bos dia ada kerjasama dengan HP.


Selepas itu, akan terima resit melalui email. Mudah kan.. Mula2 tu stress jugaklah macam2 cara nak deal, tapi harap step ni dapat memudahkan korang untuk refer. Gud Luck :)

Post a Comment

28 Comments

PeRdU cINta said…
Terima kasih perkongsian ini :)
Galaksi Viral said…
Dulu lappy GV brand Toshiba pernah juga rosak. GV bawa sendiri ke pusat Toshiba untuk baiki. Kebetulan pusat utama Toshiba tu berada dalam lingkungan yg GV boleh pergi sendiri. GV tak pernah guna HP tapi info akak di atas pasti dapat membantu ramai orang yang guna HP jika lappy HP ada problem sama seperti di atas. Terbaik kak. :)
cindyrina said…
Whoa detail perkongsian awak. Saya suka if this people can response very well. Paling benci if the support tu mcm robot je reply.
Ezna Khalili said…
Bagus ni. Nak nak lappy ni baru beli brand HP. Mana la tau ada problem boleh refer blog ni. Perkongsian yang baik untuk saya.
Nadia Johari said…
Nampak mudah bila dah selesai..tapi mcm sush juga..hehehe
Emas Putih said…
Good sharing ! Btww i pun pakai theme ni dlu 😂
Syafiera Yamin said…
tHANK yOU for the POST ! BAGUS betul customer service dari HP ni ! I suka sangat, last time pun i ada hantar laptop rosak i dekat depa, banyak kali dorang tukar
Rafzan Tomomi said…
ohh baru tahu ada services ni. senang lepas ni nak baiki phone ni :)
Suria Amanda said…
Nice sharing...boleh bg link ni kat kawan2 yang ada HP mana tau boleh memabntu diorang kan...SA rasa mana2 jenama pun sama konsepnya kan..
Tengkubutang said…
fuh.. banyak jugak step-step nya yea.. huhu.. walauapapun terima kasih atas perkongsian ni, memang berguna untuk mereka yang memerlukan nanti..
Mawardi Yunus said…
wah nice article. mudah bagi siapa2 nak rujuk kalau ada masalah dengan produk HP
Zharif Azis said…
Thank you for this post. I pkn guna HP. So next time kalau rosak boleh refer blog nie
Hanny Abdullh said…
Sis tak pakai HP, tapi mana tahu kalau satu hari nanti pakai HP bolehlah jadikan rujukan
MaisarahSidi said…
perkongsian tips yang menarik ni.. sangat berguna untuk mereka yang sedang mencari penyelesaian

www.maisarahsidi.com
Dikbee said…
Laa.. baru tau boleh contact guna HP Chat Support. kite pun pakai laptop HP gak ni. So, senang la nanti kalau ada masalah..
Wah, perkongsian yg sangat detail. Thank you. Will follow these guide kalau ada brg hp saya rosak nt. :)
Jia Shin Lee said…
Thanks for the instructions this will be useful for the HP users.
Rawlins GLAM said…
Rawlins suka dengan pendekatan sebegini tetapi kekadang, Rawlins suka nak walk-in ke service centre - biar puas hati dapat penerangan hehe.
Eintan Nurfuzie said…
wa.. snenag la de tech cmni.. xyh anta kedai dah baiik.
ray said…
looks complicated i can say but it's for the best
Hans Hanis said…
perkongsian yang bagus :)
Anonymous said…
I have read some excellent stuff here. Certainly value bookmarking for revisiting.
I wonder how so much effort you set to create any such magnificent
informative website.
She Is Farahain said…
hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
sincerely , farahain zfa
Anonymous said…
Sy pon guna cara ni utk repair laptop, masih dlm proses. Tp takde pulak dia mintak invoice n it is still in warranty . Hmm ,mcm mna tu?
Cik Puan Ena said…
Dia akan call nanti n email mintak reply snap invoice tu.
Mia Liana said…
thanks atas perkongsian ini.. amat membantu...
Haziqah said…
nak tanya kalau baru beli x sampai 1 hari boleh tukar laptop baru dekat kedai yg kita beli tak?
Cik Puan Ena said…
Rasa boleh sbb baru lg. Bawak resit tnjuk owner kedai