Assalamualaikum Readers :)
Bagi wanita yang bakal melahirkan anak sulung, pasti akan rasa nervous sebab takut susah bersalin nanti. Termasuk ena juga masa mula2 mengandungkan Sumayyah.
Petua ini ena dapat dari kalangan makcik2 ena sendiri, banyakkan membaca dan membuat kajian. Oleh itu, ena ingin kongsikan bagaimana ena mudah bersalin.
.
.
.
Pengalaman Bersalin - 37 minggu 3 hari
29/8/2015 6.00 petang ( Keluar Tanda )
Masa ni tak sakit lagi. Ena mula rasa perut memulas nak buang air besar. Ena alami cirit birit selama setengah jam dalam toilet.. Ena tak tahu pon ni salah satu tanda nak bersalin sebab ikutkan due ena lagi 2 minggu (17/9/2015). Haaaa lama kan..
Pukul 7.00 malam tiba2 air ketuban pecah. Masih tak rasa sakit lagi. So relax2 lah baring dulu. Sebab nak pergi hospital macam awal lagi kan.
Pukul 8.30 malam pon masih tak rasa sakit. Maka mula tak sedap hati sebab air ketuban dah pecah lama, untuk elakkan apa2 berlaku, ena pon pergilah hospital.
Setelah masuk wad dalam pukul 9.00 malam, ena mula rasa contraction. Masa ni rasa dalam 10 - 15 minit sekali.. Masih sakit biasa2 lagi. Cek bukaan baru 1 cm.
30/8/2015 2.00 pagi ( Bersalin )
Sakit paling kuat dalam setiap saat dan mula susah nak berjalan tu dalam pukul 1.00 pagi. Gagahkan diri berjalan nak minta nurse cek bukaan lagi. Nurse cek dah buka 7 cm. Maka, terus masuk labour room. Nurse pon gelabah kelam kabut prepare barang.
Ena ni rasa nak push je tapi nurse suruh tahan. Serious memang tak tahan sebenarnya. And last ena bersalin tepat 2.00 pagi.
Nurse tu asyik tanya ena ada minum air selusuh ke? Ena memang tak pernah minum air selusuh pon. Tak sempat buat sebenarnya. Ena banyakkan bersenam lagi2 masa contraction tu.
.
.
.
Tips Mudahkan Bersalin
1. Minum air Anugerah
Air Anugerah adalah air yang bersifat alkali untuk membantu menghilangkan kesakitan rohani dan jasmani anda. Disebabkan ena trauma keguguran 2kali dan sering di ganggu (BACA SINI) , maka sepanjang kehamilan sentiasa amalkan air anugerah.
2. Doa Nabi Yunus
Doa ini sangat mudah diamalkan. Lagi2 di saat dekat nak bersalin.
3. Makan Set Hamil Salindah (B1 -B6)
Ingin lahirkan anak pintar, cerdas, kuat tulang & gigi, keletah, comel, & cantik kulit, mulakan dengan B1, B2 & B3. ( Yang ni ena akui memang tulang Sumayyah kuat sejak lahir. Kepala anak cepat tegak ).
Untuk mudah bersalin ( B4, B5 & B6).
Ena memang suggest sangat2 kepada ibu2 mengandung makan Salindah ni sebab nampak Sumayyah cepat belajar dan hafal. Harga dalam RM200 lebih. Rasa pon manis je.
Masa contraction dari 1 cm sampai dah nak masuk labour room tu memang ena banyak makan set B6. Setiap 15 minit ena kemam sebiji. Insya-Allah cepat bukaan.
4. Senaman 3S + 1Z
Kenapa ena kata 3S +1Z? Sebab ada 3 jenis senaman yang ena amalkan. Sambil senam tu disertakan dengan zikir "Ya Fattah (Maha Membukakan)".
Senaman 1 - Jari Hantu di Pusat
Senaman 3S ni boleh mulakan pada kehamilan 8 bulan ke atas. Paling ringkas adalah sambil duduk, Letakkan jari hantu di tengah pusat sambil pusing lawan jam dan zikir "Ya Fattah".
Senaman 2 - Lying Side Leg Raises
Senaman ni sangat efektif. Masa dah kena tahan wad nak bersalin tu ena amalkan senaman ni di atas katil untuk cepatkan bukaan. Sebab nak duduk atau baring memang tak larat rasa sakit.
Gerakkan kaki ke atas ke bawah berulang kali sambil zikir "Ya Fattah".
Senaman 3 - Pose Tailor or Butterfly Pose ( Gerakan Duduk Bersila )
Senaman ni dah boleh amal pada usia kandungan 9 bulan sehingga di hujung kehamilan. Gerakkan badan ke depan berulang kali sambil zikir "Ya Fattah".
5. Baca Surah Maryam dan Surah Yassin
Ena amalkan surah Yusuf ketika hamil 3 bulan (Persediaan ditiupkan roh )
Surah Luqman ketika hamil 6 bulan ( Perkembangan otak anak bermula)
Surah Maryam dan Surah Yassin ketika hamil 8 bulan (Permudahkan bersalin)
Bermula kandungan 8 bulan dah boleh amalkan surah berikut setiap hari sehingga hampir bersalin.
6. Minum air hujung rambut
Amalkan pada kandungan 9 bulan ketika mandi, minum air hujung rambut sambil niatkan "Ya Allah, engkau permudahkan aku bersalin sepertimana selajunya air mengalir melalui rambutku ini".
7. Minta maaf kepada suami.
Yang ni perkara penting sebelum bersalin. Pastikan sempat untuk minta ampun dengan suami. Minta doakan isteri dimudahkan bersalin.
Semoga bakal2 ibu dipermudahkan bersalin. Aaamminnn..
Ada petua lain yang ingin dikongsikan? Sila berikan komen di bawah. TQ.
27 Comments
tq for sharing kak!
Which Income Group Do You Belong To?
www.maisarahsidi.com