Cara Berkesan Merangsang Kecerdasan Otak anak Bawah 2 tahun

Assalamualaikum Reader :)

Alhamdulillah semalam genap usia Dhia Sumayyah 2 tahun 2 bulan.

Seronok sangat sebab selain dapat membesar depan mata, ena boleh ajar dia directly sebagai persediaan untuk pra sekolah akan datang.

Apa yang Sumayyah dah pandai di waktu usia dia 2 tahun?? 

1. Kenali huruf A-Z
2. Minat mengaji dan kenali Alif Ba, Ta, Sa
3. Kenali warna dalam Bahasa inggeris
4. Kenali anggota badan dalam Bahasa Inggeris
5. Hafal 1-10 dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (Sekarang mula sebut nombor belasan)
.
.
Persoalan : Why BI??? Kenapa tak ajar anak guna BM?

 Jawapan : Sumayyah mula berjalan pada usia 1 tahun 1 bulan. Gigi tumbuh pada 1 tahun 2 bulan. Jadi proses dia lambat sedikit berbanding kanak2 lain. Dia cakap pon sebenarnya lambat dan agak pendiam sebab dekat rumah yang ada cuma ibu dan ayah. 
So inisiatif yang ena research untuk anak cepat bercakap adalah dengan mengajar dalam BI. Bahasanya lebih simple dan mudah di dengar.. 
Tapi memang betul bila ena ajar sebut "MATA", dia taknak sebut, then ena sebut "EYES" baru dia ikut. Maybe dia rasa senang untuk disebut. Bila anak dah boleh bercakap dan petah baru ena ajar dalam BM.



Jadikan "Silent Teacher" peneman anak (Boleh target tapi tidak memaksa)


1. Flash Card atau buku

Pada usia lingkungan 1 tahun dah boleh dedahkan anak kepada buku ataupon flash card.
TAPI INGAT ! Jangan memaksa. Set your mind anak masih kecil.. Jangan sekat kebebasan dia bermain.

Pertama.. belikan buku yang simple sahaja sebab first impression bagi anak2 adalah dia taknak mengenal apa yang terkandung di dalam buku. Tapi yang dia tahu adalah koyakkan atau buang. Its OK jangan marah dia.

Esok2 berikan lagi kepada anak. Anak masih koyakkan. Its OK jangan marah dia. Sampailah buku tu dah lunyai pon takpe.. This is learning for child. Tak kisah lah kalau dia tak suka berbulan2 atau setahun.

Percayalah.. oneday, anak akan datang pada kita dengan bawa buku tu sambil tunjuk ini apa? Bila dia menunjukkan minat barulah slowly ajar anak.
.
.
Persoalan : Kenapa beri anak buku  masa dia masih kecil ? Nantikan cikgu ajar di sekolah,

Jawapan : Supaya anak tak kena "Culture Shock" di Pra Sekolah nanti. Kalau boleh ajar dia faham apa kegunaan buku itu. Lama2 dia seronok dan minta lagi untuk baca.



2. Puzzle Play Mat (Alphabet or Number)

Sama juga konsep jangan memaksa. Sumayyah tak berminat pon dekat huruf pada puzzle ni. Pada usia setahun dia cuma keluarkan huruf tu dari puzzle. Lepastu campak ke merata tempat.

Jangan frust apa yang dia lakukan. Cuba lagi bagi sambil sebut "A". Dia campak sambil buat muka bosan dengar perkataan "A". Tapi percayalah sebenarnya dia dah simpan dalam otak perkataan "A" tu walaupun taknak sebut. Dalam masa setahun Sumayyah dah boleh pegang setiap puzzle sambil tunjuk pada ibu ini "A". Dan huruf seterusnya.

Pastikan dia tidak hafal semata2. Tapi kenali apa huruf yang ditunjuk. Ibu uji dengan ambil huruf atau nombor secara rawak dan tanya kepada anak. Jika sebutan itu betul, maka memang dia kenal. Jika tidak, ajar lagi sampai dia kenal. Kalau boleh ajar secara rawak. Bila anak sudah cam, baru ajar ikut turutan.


3. Wooden Puzzle (Alphabet or Number)

Puzzle ni ena suka sebab ada blok. Jadi anak suka susun. Beli di Lazada hanya RM17.20 after diskaun. Boleh taip "Wooden baby puzzle".



4. Lego Builder

Permainan ini memang sangat bagus sebab efektif untuk merangsang anak belajar perkara baru. Hari ni dia buat bentuk A. Esok dia buat bentuk B. Akan ada Innovasi di situ.

Selain itu, akan timbulkan kreativiti berdasarkan imagine oleh anak itu sendiri. Secara automatik anak akan berfikir untuk menyelesaikan masalah dari apa yang cuba dia lakukan. Anak juga akan jadi lebih confident.



5. Rainbow Balls

Bola ni ena beli 200pcs.. Memang puas hati Sumayyah baling2 dalam katil dia.haha.. Beli di Lazada juga. Harga ikut kepada berapa unit bola. Rate RM10-RM40. Boleh taip "Colourful soft plastic ball". Selain anak seronok bermain, ajar dia untuk kenal warna yang ada. Sangat efektif untuk anak cepat kenal warna.



6. Bowling Set

Bowling ni sangat bagus ajar masa anak berusia 6 bulan. Kenapa ena pilih bowling? Untuk anak belajar sifat "SABAR" dan "FIKIR".

Pada usia seawal 6 bulan ni bagus untuk melatih anak supaya susun bowling secara tegak. Kebiasaanya anak akan marah bila dia tak dapat susun bowling ni. Sumayyah sendiri asyik marah sampai tahap menangis bila kecewa dia tak dapat tegakkan bowling tu.

Hari2 dia praktikkan sambil marah dan baling bila tak dapat buat. Dalam masa seminggu juga lah baru dia dapat susun tegak sambil tepuk tangan :).



7. Buku Iqra'

Pada usia 1 tahun 11 bulan baru ena ajar sumayyah mengaji. Yang ni ikut kepada cara masing2.. macam ena ikut pada usia ni sebab sebelum tu ena latih dia untuk tidak mengganggu ena ketika solat.

Biasalah budak2. Apa yang ibu dia buat memang dia suka kacau. Dari dia kacau duduk dan berdiri depan sejadah, duduk kat pangku, jalan ulang alik sampailah dia dah faham untuk menunggu ibu selesai solat. (Sekarang cuma dia lalu jelah depan ena).

Pleaseee jangan marah dia ganggu kita solat. Sebab bila kita marah dia, automatik dia akan rasa tak suka. Apa lagi dia nak melihat dan belajar. Anak cuma nak rasa selamat di samping kita. Maka ajar dia untuk duduk di tepi. Insya-Allah dia akan faham nanti.

Sebelum mengajar Sumayyah ngaji, ena biasakan mengaji depan anak. Sumayyah pada mulanya memang kacau habis. Siap tutup Al-Quran tu tak bagi baca. Bagi dia lihat sehingga dia dah mula tak kacau kita mengaji.

Kemudian tengok kalau dia berminat untuk ikut serta. Ya Allah Sumayyah excited taw first time dapat buku Iqra'. Bersungguh2 dia ikut baca. Terharu pada bacaan pertama dia ikut sebut Alif... Ba.. Ta.. Sa..

Jangan push anak terlalu banyak. Tengok berapa banyak minat dia nak teruskan mengaji. Biasanya Sumayyah nak ngaji dalam tempoh 5-10minit je. Kejap kan? Yess.. ikut time dia. Jangan paksa dia kalau dah taknak. Esok cuba lagi. Sampai dia dah hafal.
.
.
Dialog harian (Tanpa buka buku Iqra'):

Ibu : Sumayyah, cuba baca Alif...
Sumayyah : Ba.. (Dia sambung..)
Ibu : Ta (Ibu sambung..)
Sumayyah : Sa...(Sumayyah tahu ikut turutan)



Eye Contact (Sebut perkataan yang sama pada satu masa tertentu.)

Jika nak ajar anak pada satu perkataan, contohnya "EYES". Sebut sekerap yang mungkin sampai anak berjaya untuk sebut dan ingat. Dalam apa jua proses pembelajaran pasti kena ada Eye Contact. Terutama bila anak respon kepada sesuatu, elakkan menjawab sambil main handphone. Anak sangat perlukan perhatian di saat dia inginkan kepastian.

Jangan push anak dengan sebut perkataan yang banyak dalam 1 hari untuk elakkan mereka keliru untuk ingat. Belajar perkataan basic sebara berperingkat.

Susu, air, makan, buka, tutup, sedap, nak, taknak, habis,dah, tidur, poo poo, angkat tangan, mandi, jom, bye2, salam dan sebagainya....

Ajar anak untuk kenal siapa dia, ibu, ayah, atuk, nenek dan saudara lain. 

Pastikan bila kita tanya dia siapa.. Dia tahu nama dia Sumayyah.


Menyanyi sambil menari.

Idea menyanyi ini adalah saranan daripada doktor apabila Sumayyah lambat bercakap dan pendiam. Kesan dari aktiviti ini Sumayyah cepat pick up banyak perkataan. Budak2 memang suka kan muzik. Tak kisahlah lagu apa yang penting boleh merangsang anak untuk menyanyi dan menari.

Pilih lagu yang penuh isi pembelajaran. Contoh paling basic lagu ABC, If you happy, One little finger dan sebagainya. Sebab sambil anak menyanyi, pergerakan badan itu penting untuk dia kenal apa yang disebut.


Sekarang Sumayyah mula belajar menyanyi lagu cina. Hari2 ena buka siaran kartun cina. Haha.. Tak sangka pula dia boleh ikut. Ibu lagi suka kalau Sumayyah boleh cakap banyak bahasa. Ammminn.. Semoga dipermudahkan.


TQ Reading :)

Post a Comment

23 Comments

EFA said…
Syukur, Alhamdulillah.....
Rafi Salim said…
Comelnye sumayyah..
cik tom said…
Seronok plk bc tips ena...baby dlm perut lg..blh bookmark entri ni utk ajar anak akan dtg..xsangka plk yg bowling tu dah blh start dr umur 6 bln..
Ezna Khalili said…
Budak ni cepat je dia serap ilmu. Tu kena tunjuk contoh yang baik2 ajer....
besnye sumayyah cepat belajar. boleh saya tau, ena ajar sumayyah sendiri ka atau da hantar pengasuh?
dboystudio said…
bagusnya banyak info.. tq for share yah! best kalau prob yang main kale dan rasa dapat uji minda dorang.
Khaidir said…
Dan, nak memperkembangkan minda kanak-kanak, bagi dia tgk TV. Children show of course. Adik saya suka Wonderpets. Cemerlang 6A UPSR sekarang. Anak saudara saya didedahkan kepada Upin dan Ipin yang memberikan teladan. Ini akan memperkembang EQ kanak-kanak sebenarnya. Bagi dengar muzik yang baik-baik. Kita pun nak bagi anak kita happy. Anak saudara saya suka Mamma Mia! Adik saya yang sorang lagi suka Lizzie McGuire the Movie. Lagu waktu ending movie itu. Haha.
fleurmj said…
Lebih kurang umur dengan anak sedara. Hehe. Good tips mommy 👍👍
ANZ said…
Good info. Seronok baca. Tak sangka pula pendekatan dalam BI itu sebenarnya memberi kesan yang besar.
MaisarahSidi said…
perkongsian yang menarik ni..boleh juga para ibu bapa jadikan panduan

www.maisarahsidi.com
Hasif Hamsyari said…
Wahh bagus betul tips begini untuk bakal ibu dan bapa. Iyalah.. Orang kata melentur buluh biarlah dari rebungnya. Perlu ada ketelitian dan kesabaran untuk mencorakkan anak menjadi insan berguna dan berjaya. InsyaAllah...
anak ni ibarat kain putih ..macamana kita mencorakkannya...macam tu la keperibadiannya nanti
SalinaJohari said…
Seronok sebenarnya mengajar anak²..k.sal selalu gunakan konsep belajar sambil bermain..takdela nampak menekan sgt..tp kena sabar..pendekatan yg berbeza k.sal buat utk my 4 hero..kihkihkih
Syafiera Yamin said…
Budak budak memang cepat dapat ilmu, memang kebanyakan tips di atas I buat untuk anak anak I..
Nadia Johari said…
Alhamdulillah..parents kene jadi cikgu kepde ank2
Henry Tan said…
no wonder kanak kanak nowadays semakin bijak! hehe!

YourFinanceDoctor
Cik Puan Ena said…
Hantar pengasuh smpai umur setahun je.. lepastu totally mmg ena yg jaga..tula seronok dpt membesar depan mata..
Cik Puan Ena said…
Tula sumayyah ni memilih kartun. Upin ipin ke boboiboy, atau yg kartun melayu die xlayan..rupanya die lagi minat kartun english n cina.. pelik btol.. tp selagi ia bagus membantu pkembangan ena bgi je..
Cik Puan Ena said…
Bestnya semua hero.. dah besar senang bantu mak ayah.. doakan ena dpt boy pulak 😄
Cik Puan Ena said…
Tula.. saje bg main. Baru perasan ia membantu anak ntk sifat sabar.. hehe.. budak2 kn. Xdpt buat 1benda mengamukla.
Cik Puan Ena said…
Btol tu.. jgn tnjuk perkara xbaik depan anak..mereka cepat blajar dgn apa yg dilihat.
Cik Puan Ena said…
Ramai hntr sekolah sbb ada cikgu yg ajar.. tp sbenarnya parents la yg jdi cikgu dlm masa yg sama dirumah.. xboleh semua harap pd cikgu di sekolah shj.
sitirohaida said…
sangat betul semua tips yang ena bagi tu.Yang penting kita tak boleh marah mereka dan paksa mereka untuk belajar.5 minit tu pun rasanya dah ok untuk pembelajaran diorang.Boleh je nak ajar diorang selalu,cuma kena dlam bentuk permainan la..