Tips kali ni paling mudah ena nak share sebab apa mudah? sebab mak2 macam ena ni bukan taknak kelihatan cantik tapi kalau boleh nak praktikkan benda yang mudah dan jimatkan masa..
Sebab ena ni tak rajin nak tepek2 lemon, madu, aloevera, apa lagi lipbalm kan. Bila kat rumah ni banyak benda nak buat sampai nak fikir tepek2 benda macamtu pon jadi malas. Memang mudah tapi sebab sifat MALAS la ena ni nak buat kan.
Sebelum ni memang ena akan pakai lipbalm. tapi lama2 malas pulak nak pakaikan. Tu pon pakai masa keluar rumah.
Pakai lipstik lagi la malas sebab sekejap je pakai mula la bibir ni mengelupas sebab bibir ena jenis kering.
AKHIRNYA..... jumpa la satu idea paling mudah lagi menjimatkan masa tak payah nak keluar modal banyak kali.
TARAAAAAA..........2 benda ni je ena guna.. Memang mudah sangat2 sebab memang hari2 kita guna. Then jimat masa sebab sambil gosok gigi tu boleh sambil cantikkan bibir.
.
.
CARA PENGGUNAAN :
1. Letak ubat gigi pada berus then sapukan pada bibir. Biarkan selama 2-3minit.. Selama korang menunggu tu, bole lah gosok gigi tu macam biasa. (Macam ena memang guna ubat gigi Mukmin dengan ekstra kayu sugi)
2. Kemudian gosok lembut pada bibir. Memang berangin je rasa bibir tu. Setiap kali gosok gigi tu jangan lupa gosok pada bibir juga. Lepastu bilas.
3. Kalau bibir korang jenis kering, mesti rajin tarik kulit kering tu kan.. kadang2 sampai luka. Lepasni jangan tarik kulit kering lagi taw. Cara sama gosok lembut pada bibir sampai kulit yang kering tu nak tertanggal.. Then korang bole lah tarik slow2. Bibir takkan luka..
MUDAH SANGAT KAN???
Cuba lihat hasil dalam masa seminggu. InsyaAllah berkesan. Tak perlu lah asyik minum air masak untuk pastikan bibir sentiasa lembab.
Rasa gembira bila nak keluar rumah. Dah tak perlu pakai lipbalm :)
Rajin pakai lipstik je sekarang ni.
SEKIAN.....
7 Comments