Tujuan seksyen ini untuk menguji pengetahuan calon berkaitan
teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan ICT, jentera
pentadbiran negara dan isu-isu semasa.
Masa : 40 minit
Soalan : 50 (aneka pilihan)
SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH
Dalam kertas ini calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah
dengan menggunakan pendekatan seperti berikut:
i) Kemahiran Menggunakan Logik;
ii) Kemahiran Menginterpretasi Data; dan
iii) Konsep-konsep Matematik.
i) Kemahiran Menggunakan Logik;
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala
pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi
maklumat-maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang
paling tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang
dikemukakan.
ii) Kebolehan Menginterpretasikan Data;
Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang
menggunakan data dan perangkaan. Data/ perangkaan yang diberi
perlu dianalisis untuk menyelesaikan masalah-masalah yang
dikemukakan.
iii) Konsep-konsep Matematik;
Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri.
Asas-asas Matematik yang digunakan adalah tidak melebihi sukatan
peperiksaan Tingkatan 5 (SPM).
Masa : 45 minit
Soalan : 40 (aneka pilihan)
UJIAN PENAKSIRAN PERSONALITI
Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan
personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi,
toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.
Masa : 30 minit
Soalan : 94 (aneka pilihan)
ARAHAN KEPADA CALON
1. Pada hari peperiksaan anda perlu membawa perkara berikut:
(i) Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan ini;
(ii) Kad Pengenalan;
(iii) Alat tulis; pensel 2B, pen, pembaris, pemadam dan lain-lain yang difikir perlu;
2. Calon mesti berada di pusat peperiksaan 30 minit sebelum peperiksaan dimulakan.
3. Calon hanya dibenar meninggalkan pusat peperiksaan apabila diarah oleh Ketua Pengawas.
4. Calon diwajibkan berpakaian kemas dan sopan.
5. Calon yang tidak menghadiri peperiksaan tidak akan disenaraihitamkan.
6. Sila baca arahan dan soalan dengan teliti sebelum menjawab. Pastikan Angka Giliran, Nombor Kad Pengenalan dan maklumat lain ditulis dan dihitamkan di ruangan yang disediakan dalam borang jawapan dengan betul. Sebarang kesilapan boleh menyebabkan borang jawapan dibatalkan.
7. Calon diwajibkan mengenalpasti lokasi pusat peperiksaan yang berkenaan.
8. Semakan keputusan boleh dibuat di Portal SPA, 5 minggu dari tarikh peperiksaan dijalankan.
9. Layari Portal SPA www.spa.gov.my untuk mengetahui maklumat terkini mengenai peperiksaan.

2 Comments
Kakak mencari dropship untuk butik Aimida. Jika berminat, bolehlah ke link berikut :
http://kelip-kelipkehidupan.blogspot.my/2017/09/dropship-wanted.html
Terima kasih.
Thanks so much and I am having a look forward to touch you.
Will you kindly drop me a e-mail?