3 GRAM SERAT LARUT SETIAP HARI DARIPADA OAT, SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA PEMAKANAN YANG RENDAH LEMAK DAN KOLESTEROL, BOLEH
"MENGURANGKAN PARAS KOLESTEROL"
.
.
.
.
Memang ramai tidak menggemari oat sebab oat itu tidak sedap, malah ena juga tak berminat sebenarnya pada pengambilan oat tetapi sejak En. Husby yang banyak bagi dorongan untuk amalkan oat, dari tak suka terus jadi suka dengan oat ni sebab???
PERTAMA -------> DIDIK DIRI UNTUK CINTAKAN OAT & KHASIATNYA
KEDUA ---------> BUAT MINUMAN OAT YANG MENYEDAPKAN
Jadi, sebelum berkongsi resepi minuman yang mudah dan menyedapkan serta menyelerakan, mari baca kebaikan oat ini kepada kesihatan diri :)
Antara nutrien penting di dalam oat adalah Protein, Serat (Fibre), Karbohidrat, Zat Besi (Iron), Zink, Magnesium, kalsium, Fosforus dan Vitamin B.
1) Tenaga & Protein
- Untuk mencergaskan anda dengan oat bijian penuh dan 1.7kali lebih protein daripada nasi putih.
2) Pengurangan Kolesterol
- Serat larut (BETA GLUKAN) dalam oat bijian penuh boleh mengurangkan kolesterol.
3) Serat Makanan (Fibre)
- Untuk mengenyangkan anda dengan 7kali lebih serat makanan daripada nasi putih.
***Maka secara kesimpulannya, semua orang sudah mengetahui oat baik untuk penyerapan kolesterol di dalam tubuh badan manusia:-
- Baik untuk diet.
- Mencegah sembelit dan buasir.
- Baik untuk ibu mengandung dan juga mereka yang kurang darah merah.
- Siapa nak kulit cantik, boleh amalkan oat terutama masalah alahan kulit.
Nampak sedap kan???? tetapi bagi anda yang tidak rajin nak masak2 ni kan, boleh lah buat minuman harian yang simple macam ena ni. Amalkan pada setiap waktu pagi ketika sarapan.
BAHAN-BAHAN:-
Susu tepung Dutch Lady perisa Madu, Milo, Quaker Instant Oatmeal, Air Panas
CARA MEMBUAT:-
Letakkan 3sudu susu + 1sudu milo + 3 sudu oat ke dalam 1cawan. kemudian bancuh bersama air panas. Sedia di minum. Rasanya cukup lemak dan enak.
SELAMAT MENCUBA!!
7 Comments
tapi dah lamaa tak makan ahahah
thankssss <333